Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Saturday, August 27, 2011

Homefront - Single Player Review



Game - Homefront
Publisher - THQ
Developer - Kaos Studios
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Release Date - 15 March 2011

Review for PC
Difficulty - Normal

Gameplay - 3.5
  • Paparan perspektif first person
  • Pemain membawakan watak Robert Jacobs, bekas juruterbang helikopter Marine
  • Homefront membawa pemain ke pelbagai lokasi sekitar Amerika seperti Colorado, San Francisco, Utah dan California
  • Combat membolehkan pemain membawa 2 senjata pada satu masa tidak termasuk grenade. Pemain boleh menukar senjata yang digunakan dengan yang di dalam inventori menggunakan (1). Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (E) yang dijumpai sepanjang permainan.
  • Homefront menampilkan variasi senjata moden dengan ciri dan kelengkapan tambahan yang canggih. Pada amnya, senjata yang disediakan adalah M9 (pistol), M16, M4, T3AK, ACR, SCAR-L (assault rifle), M110 SASS, M200 (sniper rifle), PWS Diablo, Super V (SMG), 870 Express, (shotgun), M249 SAW, SCAR-H (LMG) dan RPG, AAWS-M (rocket / grenade launcher)
  • Bergantung kepada level, pemain memiliki beberapa sokongan ketenteraan seperti Goliath dan AH-64 Apache
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Ia juga dinyahaktifkan apabila sprint. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan terutama untuk headshot yang mampu membunuh musuh dengan segera
  • Beberapa jenis grenade dan explosive turut disediakan seperti frag grenade, flashbang dan EMP grenade
  • Grenade Indicator perlu diberi perhatian oleh pemain untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut. Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkan pemain terbunuh.
  • Abiliti SPRINT bukan sahaja membolehkan pemain bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas, tetapi juga amat berguna untuk diaplikasikan dalam combat terutama untuk retreat, berpindah cover dan mengelak damage yang besar daripada tembakan musuh. SPRINT hanya boleh dilakukan dalam jarak tertentu sahaja sebelum keletihan.
  • Apabila menerima damage, lapisan merah akan terhasil pada skrin, menunjukkan tahap kritikal damage tersebut. Semakin besar damage, semakin terang lapisan merah memenuhi skrin sekaligus menghadkan pandangan pemain. Apabila ini berlaku, langkah terbaik adalah berundur dan berlindung untuk mengelak serangan seterusnya sehingga paparan skrin kembali normal menandakan keadaan pemain kembali pulih.

Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape 4.5, Character 3.7, Costume 4, Weapon 4.5, Object 4.5


You Live in it
- 4
  • Kesinambungan cerita dan aksi antara gameplay dan in-engine cutscene yang sangat menarik
  • Grafik yang cantik dengan keperincian karekter, senjata dan environment yang sangat baik dan mengagumkan
  • Penggunaan senjata yang agak mudah dan selesa.
  • Voice acting yang sangat baik dan menghidupkan jalan cerita
  • Reflek damage yang sangat baik. Setiap musuh yang terkena tembakan akan bertindak balas bergantung kepada kritikal damage yang diterima.
  • Efek darah dan gore juga kelihatan realistik
  • Mayat kekal pada kedudukannya
  • Hit detection kadang kala agak lemah
  • Kawalan senjata sedikit lemah terutama ketika hendak menembak musuh yang sedang bergerak

Overall - 3.7

Homefront menyajikan aksi dan jalan cerita yang unik dan sedikit berbeza daripada kebanyakkan permainan FPS lain. Namun begitu, kawalan FPSnya sedikit lemah terutama ketika hendak menembak musuh yang sedang bergerak sedikit mengurangkan kelancaran permainan.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Homefront Screenshots

Rianna, Boone and Connor



Action and Combat


















World and Environments











No comments:

Post a Comment