Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Tuesday, March 9, 2010

The Void

Game - The Void
Publisher - Noviy Disk , BitComposer
Developer - Ice-Pick Lodge
Engine - Ice-Peak
Platform - PC
Released Date - 23 October 2009

Envy Review for PC

Gameplay - 3
  • Paparan perspektif first person
  • Warna merupakan elemen terpenting dalam The Void kepada Sisters, Brothers dan pemain sendiri. Ia ibarat makanan, kekuatan dan kehidupan di dalam The Void. Kepada pemain, warna berfungsi sebagai Nerva yang merupakan health kepada pemain, kelajuan, ketahanan dan daya serangan menghadapi musuh.
  • Beberapa cara digunakan untuk mewujudkan sumber warna. Di garden, pemain boleh menyuburkan setiap pokok yang telah mati dengan warna yang diingini. Di mine pula, terdapat beberapa lokasi tersembunyi tersimpan warna-warna yang boleh dilombong oleh pemain menggunakan teknik glyphs (LCTRL + MB1) Expose dan Extract. Setiap warna tersebut hanya boleh diserap selepas kitaran seterusnya.
  • Warna yang telah dikumpul perlu diporses terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Ia diproses dengan memindahkannya ke dalam Heart melalui paparan Camera Obcsura (B). Selepas diproses warna tersebut akan dipindahkan ke active lympha yang membolehkan pemain menggunakan warna tersebut untuk pelbagai tujuan
  • Warna yang dipindahkan ke dalam Heart dikenali sebagai Nerva, dipapar melalui satu meter. Di dalam The Void, Nerva berfungsi sebagai health kepada pemain. Begitu juga ketika combat menghadapi makhluk liar atau Brothers. Semakin lama pemain mengambil masa di dalam The Void, semakin banyak Nerva diserap keluar. Apabila kehabisan Nerva, pemain akan mati serta merta. Bergantung kepada warna juga, Nerva yang dimiliki oleh pemain meningkatkan kelajuan pergerakan, ketahanan dan pengaruh kepada environment.
  • Apabila berada di luar The Void seperti chambers, gardens atau mines, masa akan berhenti dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas Nerva. Nerva daripada active lympha tersebut boleh digunakan untuk beberapa perkara seperti bercakap atau memberi warna kepada Sisters, menyerang musuh, menyuburkan pokok dan memasang perangkap ke atas Brothers.
  • Heart merupakan tempat simpanan warna yang terletak pada tubuh badan pemain, diperolehi sama ada dikumpul daripada chambers dan mines atau pemberian daripada Sisters. Setiap Heart mempunyai kapasiti tertentu untuk diisi dengan warna daripada free lympha dan perlukan padanan warna yang sesuai untuk memastikan permainan lebih efektif dan lancar. Heart yang dimiliki oleh pemain juga mewakili abiliti istimewa yang dimiliki.
  • Antara abiliti tersebut adalah Donor (memberi warna kepada kehidupan), Defense , Haste (meningkatkan kelajuan dan daya lompatan) Expose and Extract, Torch (berfungsi sebagai cahaya apabila di dalam kegelapan),
  • Untuk memulakan lukisan glyphs, pemain perlu mengaktifkan camera obscura NPC (L-CTRL). Di dalam paparan tersebut pemain boleh memilih warna yang diingini daripada active lympha dan melukis glyhps yang diperlukan di atas skrin menggunakan (MB1). (hold MB1) membolehkan kapasiti warna ditingkatkan dalam sesuatu glyphs.
  • Chronicles (J) bertindak sebagai jernal kepada pemain. Ia meyimpan setiap dialog oleh Sisters dan Brothers dan boleh dilihat semula pada bila-bila masa. Chronicles juga menyediakan maklumat lain mengenai objektif, bilangan warna di dalam The Void, Sisters, Brothers, Keepers selain penerangan dan tutorial mengenai glyphs yang yang telah diperolehi
  • Kitaran (cycle) adalah masa di dalam The Void. Kitaran hanya berlaku apabila pemain berada di dalam The Void. Kitaran penting terutama apabila hendak menyerap warna daripada pokok yang telah disuburkan atau daripada lombong warna yang telah diekstrak oleh pemain. Kitaran juga diperlukan bagi membolehkan pemain melepasi sesuatu objektif.
Action - 3.5
  • Pemain memainkan peranan sebagai roh dan berlegar di dalam The Void.
  • Di dalam The Void terdapat beberapa chamber yang dihuni oleh Sisters. Setiap chamber tersebut turut dihubungkan dengan beberapa tempat seperti mine, reservoir, garden dan chamber yang lain.
  • Terdapat 7 warna ke semuanya di dalam The Void yang mewakili elemen tertentu iaitu silver (wastefulness), crimson (anger), amber (metabolisme), azure (speed), violet (inspiration), emerald (defense) dan gold (trust).
  • Setiap chamber didiami oleh seorang Sister. Sisters mempunyai rupa dan penampilan tersendiri. Barisan Sister tersebut adalah Sister, Ava, Una, Uta, Ire, Ima, Ole, Yani, Eli dan Echo
  • Brothers pula merupakan makhluk pelik yang bertindak sebagai penjaga kepada Sisters. Brothers juga mempunyai chamber mereka sendiri, berwarna kuning jika dirujuk daripada The Void. Terdapat 8 Brothers kesemuanya iaitu The Mantid, Warden, Tyrant, Caterpillar, Patriarch, Pit, Ironclad, Montgolfier dan Triumphator
Beautiful World and Detail - 3.7

Landscape - 3, Character - 4, Costume -4, Objects -2, Babe -5, Creature - 4.5

You Live in it - 3
  • Jalan cerita yang menarik
  • Perwatakan dan penampilan Brothers dan Sisters yang sangat menarik dan unik
  • Gameplay dan combat yang unik dan tersendiri
  • Environment yang menarik dan artistik
  • Pergerakan yang sangat perlahan agak membosankan eksplorasi di dalam The Void
  • Sesetengah makluk kelihatan agak ringkas dan kurang menarik
Overall - 3.5

The Void memberikan pengalaman baru kepada pemain terutama dari segi konsep dan gameplay yang ditonjolkan. Ia ternyata amat berbeza daripada kebanyakkan permainan video masa kini. Di awal permainan mungkin aakan terasa permainan The Void agak sukar dan membosankan. Tetapi sebaik melepasi Chamber pertama, keseronokan dan kepuasan akan mula dirasai dan menjanjikan eksplorasi unik yang sangat menarik dan eksotik. Wajib dicuba bagi sesiapa yang ingin mencari pengalaman permainan video yang berbeza.

The Void Screenshots

Player in camera obscura view

The Void

Sister's chamber

Heart

Growing color

Harvesting color

Exposed

Sister in chamber

Ava (chamber)


Ava (obscura view)

Echo

Eli

Ima (chamber)

Ima (obscura view)

Ire (chamber)

Ire

Ole (chamber)

Ole (obscura view)

Una

Uta

Yani

Predator

Ima's ending
The Keepers




In-Game Combat





World and Environment