Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Saturday, October 24, 2009

Watchmen : The End Is Nigh Part 2


Publisher - Warner Bros Games
Developer - Deadline Games
Engine - Kapow
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 30 July 2009

Envy Review for PC

Gameplay - 4
  • Memaparkan permainan daripada perspektif third person, ia berkonsepkan beat-em-up.
  • Masih menampilkan permainan yang sama dengan Part 1. Cuma kali ini karekter yang dipilih telah memiliki ke semua abiliti istimewanya.
  • Dua watak boleh dipilih pada permulaan permainan atau restart permainan iaitu, Rorschach atau Nite Owl. Setiap watak mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Untuk review ini, watak Rorschach dipilih. Rorschach memiliki pergerakan yang tangkas dalam tempur tanpa senjata dan boleh menggunakan senjata yang dikutip atau dirampas daripada musuh, abiliti yang tidak dimiliki oleh Nite Owl.
  • Secara amnya, tidak banyak pergerakan dalam navigasi. Rorschach berlari sepanjang masa dan di sesetengah tempat, dia boleh memanjat paip atau tembok, terjun dan melompat. Kesemua pergerakan ini melibatkan indicator (F) yang dipaparkan pada skrin yang perlu direspon oleh Rorschach untuk melakukan pergerakan tersebut.
  • Kebanyakan navigasi perlu melibatkan kerjasama Nite Owl untuk ke kawasan seterusnya kerana dia yang akan membuka pintu besi kepada Rorschach untuk melaluinya atau sama-sama membukanya.
  • Abiliti lockpicking membolehkan Rorschach membuka sesetengah pintu yang mengandungi item seperti kad.
  • Dalam menghadapi musuh, Rorschach perlu menggunakan setiap kemahiran tempurnya bagi menumpaskan lawan yang biasanya menyerang secara berkumpulan dan membawa senjata.
  • Asas serangan Rorschach terbahagi kepada dua, fast attack (MB1) untuk serangan yang pantas dan heavy attack (MB2) untuk damage yang lebih. Namun begitu, heavy attack agak lambat malah mudah ditepis oleh musuh tertentu. Gabungan tertentu kedua-dua serangan ini menghasilkan combo yang sangat menarik untuk diaplikasikan terhadap musuh. Combo yang berjaya akan dipaparkan pada skrin. Combo tidak boleh dilakukan apabila Rorschach menggunakan senjata. Antara combo yang menarik adalah Knock Down (MB2+MB2+MB2), Area Attack (MB2+MB1+MB1+MB2) dan Extra Damage (MB2+MB2+MB1+MB1+MB2)
  • Abiliti dodge (Space) amat penting bagi mengurangkan damege dan melepaskan diri dari kerumunan musuh yang ramai. Abiliti ini juga membuka peluang untuk melancarkan serangan balas terhadap musuh. Ia dipanggil Counter Attack (Space+MB1). Rorschach perlu mengelak serangan musuh terlebih dahulu sebelum mengenakan serangan pantas yang mampu membunuh, memeningkan musuh malah merampas senjata yang sedang digunakan. Abiliti ini melibatkan timing tertentu bagi memastikan keberkesanannya. Counter Attack amat penting sepanjang permainan dan amat mustahak bagi pemain untuk menguasai abiliti ini bagi menghadapi level seterusnya supaya menghadapi combat tidak terlalu sukar dan kurang tekanan.
  • Finisher merupakan satu serangan yang dimiliki oleh Rorscach bagi menghapuskan musuh. Serangan ini dilakukan menerusi respon terhadap indicator yang dipaparkan pada atas kepala musuh. Apabila menekan indicator yang betul, satu in-engine cutscene akan dipaparkan menunjukkan Rorschach melancarkan serangan membunuh yang sangat kejam dan pantas
  • Abiliti Throw (MB3) berfungsi menghumban musuh. Musuh yang berada dalam kedudukan terbaring amat memberi peluang kepada Rorschach untuk membunuh mereka tanpa sebarang serangan balas
  • Rorschach juga memiliki dua serangan istimewa iaitu Rage (E) dan Bull Rush (Q). Rage adalah satu kuasa yang menghasilkan extra damage dalam setiap serangan yang dilancarkan manakala Bull Rush pula membolehkan Rorschach merempuh musuh yang berada dalam laluannya pada kelajuan yang tinggi. Serangan istimewa ini bergantung kepada rage meter yang dipaparkan pada skrin di bawah health meter. Rage meter akan menurun apabila berada di luar combat dan akan menaik secara automatik apabila ada kelibat musuh. Rage yang telah digunakan akan meningkat semula secara perlahan.
  • Health dipaparkan pada health meter di penjuru bawah kiri skrin. Apabila dalam keadaan kritikal, skrin akan bertukar kemerahan memberi amaran Rorschach hampir terbunuh. Health akan pulih semula sedikit demi sedikit apabila Rorscach mengelak daripada damage untuk beberapa ketika. Pemulihan yang agak cepat memberi kelebihan kepada Rorschach untuk menghadapi musuh yang ramai.

Action - 3.5
  • Objektif utama Rorschach dalam permainan ini adalah untuk menyiasat dan menjejak kehilangan seorang gadis dipercayai diculik oleh Twilight Lady.
  • Rorschach perlu menghadapi ancaman daripada pelbagai orang suruhan Twilight Lady seperti Heavies, Dominatrix dan Gimps. Kumpulan Knot-Tops turut ditampilkan dalam Part 2.
  • Pelbagai senjata digunakan oleh musuh bagi menumbangkan Rorschach seperti crowbar, paip, pisau dan pemukul besbal. Permainan ini langsung tidak melibatkan penggunaan senjata api.
  • Menghadapi musuh bersenjata langsung tidak mendatangkan masalah kepada Rorschach malah memberi kelebihan kepadanya dengan abilliti Counter Attack. Menguasai Counter Attack juga, menghadapi sedozen musuh pun tidak begitu menjadi masalah tetapi menjanjikan aksi yang amat menyeronokkan. Efek slow-motion bagi setiap Finisher turut menambah aksi dan kepuasan dalam combat.
  • Kehadiran Nite Owl juga banyak membantu Rorschach dalam combat walaupun abiliti yang dimiliki membolehkan Rorschach menghadapi musuh berseorangan.
  • Combo yang padat, selesa dan mudah untuk aksi tanpa henti yang realistik dan menarik

Beautiful World and Detail - 4
Landscape 4, Karekter 3.7, Weapon 1.7, Kostum 3.7, Objects 3.7, Babes 3.7


You Live in it - 3.5
  • Jalan cerita yang menarik
  • Grafik environment yang cantik dan terperinci
  • Pergerakan dan teknik combat yang realistik, variasi dan menarik. Setiap gerakan terutama Finisher jelas menunjukkan kekejaman.
  • Combo yang padat, selesa dan mudah menghidupkan kelancaran aksi tanpa henti yang realistik dan menarik.
  • Efek darah juga realistik dan baik
  • Damage senjata seperti paip besi dan perengkoh paip yang realistik dengan kesan damage yang sangat besar.
  • Mayat yang kekal pada kedudukannya
  • Voice acting dan efek bunyi yang baik dan menarik.
  • Indicator yang menunjukkan combo yang berjaya agak membantu untuk mengetahui keberkesan serangan Rorschach, tetapi sedikit sebanyak ia mengganggu sedikit tumpuan dalam combat.
  • Agak membosankan kerana sepanjang permainan hanya diisi oleh musuh tanpa orang awam lain.
  • Penggunaan pisau yang tidak realistik agak mengecewakan kerana selepas beberapa hirisan di dada, musuh masih tidak mati malah masih kuat.
  • Terlalu banyak invisible wall juga agak mengecewakan

Overall - 3.5

Aksi tempur tanpa senjata dalam Watchmen ini amat menarik dan menjanjikan kepuasan. Kawalan combatnya amat selesa dan mudah diingati membolehkan combat yang lancar dan realistik. Selain itu, pilihan watak yang boleh ditukar sama ada Rorschach atau Nite Owl sepanjang level membolehkan kedua-dua watak dihayati serentak tanpa mengulang semula permainan. Watchmen Part 2 sangat pendek dari segi tempoh permainan dengan hanya melibatkan 3 chapters. Keseluruhannya Watchmen Part 2 agak kurang menarik dari segi jalan cerita dan feel berbanding Part 1

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Watchmen : The End Is Nigh Part 2


Rorschach and Nite Owl

Twilight Lady

Lockpick minigame

In-Game Action



















Twilight Lady and Nite Owl Fight







World and Environment







Assassin's Creed 2 - Developer Diaries 5 : Clothes Make The Man

Game - Assassin's Creed II
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Anvil
Platform - PC, 360, PS3
Release - Q1 2010 on PC,
17 November 2009
on 360, PS3