Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Tuesday, September 22, 2009

Twin Sector Demo

Game - Twin Sector
Publisher - Headup Games
Developer - DNS Development
Platform - PC
Release - 17 September 2009

Envy Review on PC
Gameplay - 1.7
  • Memaparkan perspektif first person dengan kawalan tipikal FPS.
  • Permainan banyak bergantung kepada penggunaan Glove yang dipakai Ashley membolehkannya mengawal objek secara kinesis. Ia terbahagi kepada dua fungsi iaitu, kuasa tarikan bagi Glove kiri dan kuasa lontaran bagi sebelah kanan.
  • Kekuatan tarikan dan tolakan Glove tersebut bergantung kepada charge terhadapnya. Lebih lama tempoh charge, lebih kuat daya dihasilkan. Jumlah charge boleh diketahui berpandukan kepada bar pada glove tersebut. Kuasa yang maksimum menghasilkan charge elektrik. Tenaga yang telah digunakan akan mengurangkan energy meter yang dipaparkan pada crosshair. Setiap penggunaanya akan dicharge semula secara automatik dalam tempoh masa yang singkat.
  • Bagi kuasa tarikan (MB1), ia boleh digunakan untuk menarik objek yang berada jauh daripada Ashley. Lebih jauh objek, lebih kuat tenaga diperlukan. Setelah objek yang ditarik mendekati Ashley, objek tersebut perlu dikawal dengan menekan sekali lagi (MB1) supaya tidak terlepas daripada kawalannya. Objek tersebut boleh diputar (scroll MB3) dan dipusing (MB3) mengikut kesesuaian kedudukan. Apabila berada dalam kawalan Ashley, objek tersebut juga boleh dilontar (MB2) terhadap musuh atau environment. Charge yang kuat akan menghasilkan damage yang lebih. Kuasa tarikan juga boleh digunakan untuk melompat kepada sesuatu platform yang disasarkan.
  • Selain melontar objek, Kuasa tolakan (MB2) boleh menghasilkan Energy Jump untuk lompatan yang sangat tinggi. Ia juga mampu menyerap daya ketika melakukan terjunan dengan mengenakan sedikit kuasa apabila hampir mendarat untuk mengelak damage atau terbunuh.

Action - 2
  • Dalam demo ini, Ashley perlu menghidupkan semula alat penjana kuasa yang tiba-tiba berhenti dan mengancam nyawa ramai manusia di dalam Cryogenic Chambers.
  • Antara ancaman yang perlu dihadapi oleh Ashley adalah terjatuh daripada tempat yang tinggi, letupan, pancaran laser yang mampu membunuh dengan segera dan bebola elektrik yang sentiasa mengejar Ashley
  • Banyak melibatkan penyelesaian puzzle yang amat biasa.
  • Musuh yang dihadapi pula amat menyakitkan hati kerana sentiasa mengejar Ashley, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Ashley melainkan melancarkan objek terhadapnya ataupun melarikan diri.

Beautiful World and Detail - 2
Landscape 2, Karekter 2.7, Weapon 0, Kostum 1.7, Objects 2.5, Babes 3


You Live in it - 2
  • Kawalan navigasi dan objek yang mudah.
  • Kuasa tarikan dan tolakan yang agak menarik.
  • Suasana yang amat membosankan tanpa sebarang aksi-aksi menarik.
  • Rekaan environment yang sama dan kosong.
  • Voice acting dan efek bunyi yang sangat hambar dan membosankan.

Overall - 2

15 minit di dalam dunia Twin Sector amat membosankan kerana kekurangan aksi. Paparan grafik dan physic yang agak biasa juga tidak banyak memberi kelebihan kepada permainan ini. Mungkin ada yang berminat untuk mencuba permainan ini, tetapi Twin Sector bukanlah pilihan aku. Mungkin elok mencubanya dahulu dengan memuat turun demo ini terlebih dahulu sebelum membeli permainan penuh.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Twin Sector Screenshots

Menu interface



Ashley Simms







Throwing power


The Keycard


Ashley killed




Powering the generator

The World


2 Days To Vegas


Game - 2 Days To Vegas
Developer - Steel Monkeys
Engine - Novodex
Platform - PC, 360, PS3
Release - Q4 2009

The Cars









The People










The World