Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, March 29, 2009

Brothers in Arms : Road to Hill 30



Publisher - Ubisoft
Developer - Gearbox Software
Engine - Unreal 2
Platforms - PC, Xbox, PS2, Wii

Story (from wikipedia)
Brothers in Arms is based on the true story of the 502nd Parachute Infantry Regiment of the famed 101st Airborne Division who were dropped behind German Lines on D-Day. The game is based on the historical Mission Albany, in which the player has to complete true to life missions of the 101st.

The missions range from dropping into France on June 6 to the final defense of Hill 30 eight days later. Baker must lead his men through troubled times and make decisions that may result in the death of a paratrooper, which causes him much heartache.


Envy Review For PC

Gameplay - 3.7
BIA:Road To Hill 30 menampilkan Situational Awareness, berfungsi memberikan overview posisi Baker, ahli skuad dan musuh dalam pause mode. Ia membantu Baker mengatur strategi dan taktik yang akan digunakan untuk menyerang musuh. Selain itu, bilangan musuh juga boleh dikira dalam mode ini bagi mendapatkan maklumat yang lebih dalam merencana strategi. Namun begitu, paparan musuh terhad kepada musuh yang telah diserempak tetapi jika bernasib baik mungkin musuh yang berdekatan juga boleh dilihat. Bergantung kepada level, Baker akan turut dibantu oleh satu atau dua squad iaitu Fire dan Assault Team malah sesetengah level turut menyediakan bantuan tank untuk heavy firepower dan mobile cover. Fire team dan assault team yang bersama Baker memainkan peranan tersendiri. Fire team bertindak menyerang musuh dengan suppressing fire menyebabkan musuh terpaksa berselindung di sebalik cover, Baker atau assault team boleh bertindak secara flank untuk menyerang musuh yang sedang berselindung. Jika cekap menggunakan rifle, tembakan jarak jauh juga masih boleh menumpaskan musuh yang sekali-sekala menjenguk. Namun begitu, ketepatan tembakan agak sukar kerana had yang ditetapkan dalam game ini atau goyangan senjata yang terlalu kuat dan tidak stabil. Malah tembakan yang nyaris mengenai Baker turut mengganggu tumpuan untuk mencari ketepatan tembakan. Headshot juga agak sukar dilakukan. Supressing indicator merupakan ikon yang dipaparkan pada kedudukan musuh, menunjukkan tahap tumpuan dan keadaan mereka. Command interface juga ditampilkan dengan kawalan yang mudah. Pada asasnya, setiap arahan daripada Baker melibatkan MB2 untuk Assault command dan fire command. Fire command berperanan memberikan suppressing fire terhadap pertahanan musuh. Assault command pula merupakan arahan yang mengarahkan skuad untuk menyerang pertahanan musuh. Namun begitu, assault command membuka ruang untuk musuh menyerang skuad. Sebaiknya, bilangan musuh dipastikan terlebih dahulu sebelum serangan dibuat. Command juga boleh digunakan untuk mengarahkan skuad ke posisi tertentu. Namun begitu, setiap arahan yang diberikan tidak boleh dibatalkan. Ia menyulitkan keaadaan jika Baker tersilap memberi arahan. Segala arahan yang diberikan kepada skuad akan diikuti walaupun ada sesetengah yang tidak dapat dipatuhi. AI ahli skuad juga agak mengagumkan. Mereka tahu bila ada tembakan dari musuh pergerakan dan larian akan lebih laju dan segera mencari posisi untuk berlindung. Apabila ada musuh yang kelihatan, tembakan akan dilepaskan secara automatik. Ketepatan tembakan di dalam game ini bergantung kepada posisi Baker. Senapang akan kurang bergoyang jika dalam kedudukan kneeling berbanding berdiri. Iron sight amat diperlukan untuk ketepatan tembakan. Ketika berlari, targeting menggunakan iron sight akan melambatkan pergerakan Baker dan mendedahkannya kepada peluru musuh. Sebaiknya, iron sight digunakan apabila sudah berlindung. Ini semua mewujudkan dan menghidupkan realiti peperangan di dalam game ini.

Action -3.7
Bermula pada malam sebelum menjelang D-Day, Baker perlu menempuhi pelbagai halangan dan menyelesaikan objektif tertentu di samping teammate yang lain untuk menawan Carentan, sebuah bandar di Perancis. Kempen di dalam game ini menawarkan pelbagai misi yang sukar dan level yang panjang. Dari menghapuskan Infantri tentera Jerman, memusnahkan penghalang untuk memastikan pendaratan glider selamat, merobohkan jambatan, memusnahkan tank Jerman dan 88mm guns hinggalah mempertahakan kubu sementara. Pelbagai pilihan senjata disediakan bagi kedua belah pihak. Senjata juga boleh diambil daripada watak yang telah mati. Tank hanya terjejas menggunakan bazooka, panzerfaust dan 88mm artileri. Namun begitu, jika mempunyai grenade, Baker boleh menyelinap ke belakang tank musuh, memanjat ke atasnya dan melontar grenade ke dalam hatch tank tersebut. Teknik ini memusnahkan tank dengan lebih pantas dan bekesan walaupun sukar untuk mendekati tank. MG42 dan StG merupakan senjata German yang paling memberi impak kepada health. Impak damage senjata tersebut memang besar dan seringkali membunuh Baker dengan segera jika tidak berlindung. Springfield Scoped, BAR dan Garand merupakan favourite dalam game ini kerana impak yang besar kepada musuh serta kelebihan dari segi targeting. Tembakan yang mengenai sasaran boleh dilihat melalui percikan darah ini. Percikan darah musuh akibat tembakan atau bom dihasilkan dengan amat menarik dan realistik. Kesan apabila terkena bom atau mortar juga boleh dilihat seperti tercampak tinggi ke udara dan putus anggota badan. Headshot pula agak mengecewakan kerana gagal membunuh walaupun selepas 2 atau 3 tembakan.

Beautiful World - 3.7

Landscape 4, Karekter 4 , Kostum 4.5, Weapons 3.7, Buildings 3, Objects 2,

You Live in it - 4
Misi yang perlu diselesaikan merangkumi waktu siang dan malam dalam pelbagai cuaca. Salah satu faktor yang menghidupkan situasi peperangan adalah taktikal yang diperlukan berbanding teknik tipikal run and gun. Setiap taktikal dan strategi yang direncanakan dengan baik amat diperlukan untuk menyelesaikan setiap misi dan objektif. Selain itu, voice acting yang disampaikan dengan amat baik menghidupkan komunikasi di antara skuad menghidupkan perasaan dan mewujudkan hubungan brotherbood di kalangan Airborne, begitu juga beberapa dialog kelakar yang amat menghiburkan. Setiap dialog dan ekspresi muka dan badan juga disampaikan dengan penuh keperincian dan penghayatan. Karekter dan detail setiap watak dan objek dihasilkan dengan baik. Ianya boleh dilihat pada setiap watak yang mempunyai wajah berbeza dengan personaliti yang tersendiri, uniform dan kenderaan yang terperinci dan realistik. Senjata masih dihasilkan dengan realistik namun agak kurang terperinci. Watak yang mengalami kecederaan yang agak serius boleh dilihat melalui pergerakaan mereka yang lambat dan sedikit pincang. Efek bunyi juga merupakan faktor besar yang menghidupkan game ini. Bunyi letupan dari jarak jauh, bunyi tembakan senjata, jeritan skuad dan musuh, bunyi kenderaan, semuannya dihasilkan dengan begitu baik. Setiap tembakan musuh yang sipi menghasilkan debris atau serpihan apabila peluru tersebut mengenai tempat berselindung. Bergantung kepada permukaan tempat berlindung, debris dan serpihan yang berterbangan seperti tanah, konkrit atau kayu akan melekat pada skrin. Efek peluru juga dihasilkan dengan baik dengan bunyi desingan yang menarik apabila melintasi Baker. Ketepatan tembakan juga dihadkan apabila bergerak dan berlari. Elemen yang mengurangkan realiti dalam game ini adalah watak skuad yang mati dalam sesuatu level akan kembali semula pada level seterusnya. Ini mengurangkan sedikit realiti game tersebut melainkan menganggap teammate yang mati tersebut cuma cedera sahaja.

Overall - 3.7
Antara FPS terbaik pernah dihasilkan. Ia memberi nafas baru kepada genre ini. Situational Awareness, Command Interface dan Supressing Indicator merupakan ciri-ciri yang menjadikan game ini hebat dan begitu mengagumkan Walaubagaimanapun, bagi platform PS2 lebih menyeronokan berbanding PC kerana tembakannya lebih tepat dan membunuh. Mesti main....

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Brothers In Arms : Road To Hill 30 Screenshots


Sergeant Matthew Baker


Menu interface


Situational Awareness Interface
Show the position of Sgt. Baker


Enemies position


Unsuppressed enemies showed by full red circle are much more accurate with their shots and may actually move, either to get a better attack position, or to find more useful cover. Once you hit, a blood spray will splash on the screen.


Fully suppressed enemies will not move or fire much, and when they do shoot, their accuracy is poor. Empty circle indicated enemies are fully supressed


Dirt covering the screen


Throwing grenade in the tank


Explosion effect


Iron sight from Garand


Mount the machine gun on the tank


Planting satchet charge


Cpl. Joe "Red" Hartsock


Sniping enemy with scoped Sprinfield


KIA interface