Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Saturday, April 2, 2011

Virtua Tennis 4 - Net Blitz Gameplay Trailer | HD 720p



Game - Virtua Tennis 4
Publisher - Sega
Developer - Sega AM3
Platform - 360, PS3, Wii
Release Date - 10 May 2011


Virtua Tennis 4 - Pin Crasher Gameplay Trailer | HD 720p



Game - Virtua Tennis 4
Publisher - Sega
Developer - Sega AM3
Platform - 360, PS3, Wii
Release Date - 10 May 2011


The Elder Scrolls V : Skyrim - Screens



Game - The Elder Scrolls V : Skyrim
Publisher - Bethesda Softworks
Developer - Bethesda Game Studios
Platform - PC, 360, PS3
Release Date - 11 November 2011







Mass Effect 2 - Review



Game - Mass Effect 2
Publisher - Electronic Arts
Developer - Bioware
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360
Released Date - 26 January 2010

Envy Review for PC
Difficulty - Normal
Class - Infiltrator
Gameplay – 4.5
  • Perspektif third person
  • Terbahagi kepada 3 mode gameplay - komunikasi, navigasi dan combat.
  • Dalam komunikasi, Shepard diberikan beberapa pilihan dialog yang akan menentukan hala tuju permainan serta moral NPC lain. Pilihan dialog dibuat melalui (MOUSE). Bagi dialog yang panjang dan membosankan , dialog tersebut boleh dilangkau menggunakan (SPACE) untuk ke dialog seterusnya.
  • Enam class merangkumi variasi abiliti dan kelebihan disediakan untuk pilihan Shepard. Pilihan class yang telah dibuat adalah muktamad dan tidak boleh diubah sepanjang permainan. Class tersebut adalah soldier, infiltrator, vanguard, sentinel, adept dan engineer
  • Paparan combat dalam Mass Effect adalah dari sudut atas bahu Shepard
  • Shepard boleh membawa dua orang teammate sebagai sokongan dalam combat. Pilihan teammate biasanya dibuat ketika hendak mendarat ke sesuatu planet
  • Shepard boleh memberi arahan menggunakan COMMAND MENU (default L-SHIFT = F) kepada skuadnya sama ada untuk menggunakan abiliti biotic power, tech power, menukar senjata atau arahan am. Apabila dalam command mode, permainan akan terhenti sebentar.
  • Biotic power pula merupakan kuasa sokongan yang dimanipulasi dari dunia mass effect untuk menentang musuh. Antara biotic power adalah biotic charge, pull, shockwave, throw, warp dan singularity
  • Antara tech power adalah AI hacking, concussive shot, tactical cloak, incinerate, tech armor, overload, cryo blast dan combat drone
  • Biotic power dan tech power yang tepat memudahkan combat ketika menghadapi musuh tertentu
  • Shepard boleh membawa 4 jenis senjata api tertentu mengikut class merangkumi heavy pistol, assault rifle, submachine gun, sniper rifle dan shotgun. Heavy weapon menggantikan fungsi grenade dalam siri terdahulu
  • Melalui COMMAND MENU, Shepard boleh menukar senjatanya, memilih ammo serta mengunakan biotic atau tech power yang sesuai untuk menghadapi musuh tertentu.
  • ZOOM (hold MB2) membolehkan tembakan yang lebih tepat ke atas sasaran.
  • MELEE (MB3) amat membantu ketika close combat
  • COVER amat membantu dalam menghadapi musuh untuk mengurangkan damage yang diterima
  • Shield melindungi Shepard daripada damage yang diterima. Damage yang diterima akan menjejaskan shield tersebut seterusnya akan menjejaskan health Shepard jika tidak mencari tempat berlindung. Apabila berlindung daripada serangan musuh, health dan shield akan dijana semula secara automatik.
  • MEDI-GEL digunakan untuk memulihkan teammate yang cedera akibat damage daripada musuh.
  • Misi Shepard perlu merentasi galaksi dan persinggahan ke planet-planet dalam pelbagai sistem. Untuk perjalanan tersebut, Shepard menggunakan kapal pengangkut SR2 Normandy. Perjalanan di dalam sistem melibatkan penggunaan bahan api yang boleh diperolehi dari Fuel Depot . Untuk pergi ke sesuatu planet, Shepard perlu menggunakan Galactic Map di dalam Kapal Normandy. Akses di dalam Galactic Map tersebut bukan sahaja boleh memandu Shepard ke planet yang diingini malah turut disediakan kelengkapan mineral scanner untuk mengimbas permukaan planet untuk mendapatkan sumber mineral yang diperlukan untuk tujuan upgrade. Mineral yang berjaya dikesan akan dilombong menggunakan probes. Probes juga perlu dibeli di Fuel Depot
  • Kadangkala imbasan mengesan satu isyarat anomaly daripada sesebuah planet. Imbasan yang telah dikenal pasti akan memberikan kesempatan kepada Shepard untuk mendarat ke planet tersebut seta melakukan siasatan
  • Hacking dan bypass merupakan mini game yang perlu diselesaikan oleh Shepard terutamanya untuk mengakses peralatan elektronik atau membuka peti besi
  • Mass Effect menyediakan fungsi quick save (F5) bagi memudahkan permainan disave mengikut kemahuan.
Hacking gameplay


Bypass gameplay


Galaxy map


Mineral scanning gameplay


Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape – 4.5, Characters - 4.5, Weapons - 4.5, Costume - 4.5, Objects - 3, Babes 4.5, Creatures 4


You Live in it - 4.5

  • Grafik yang cantik
  • Suasana masa depan yang realistik
  • Keperincian watak, environment, galaksi dan planet-planet yang sangat baik dan menarik. Penghasilan planet dan galaksi yang kelihatan realistik dan cantik membuatkan pemain seperti berada di galaksi sebenar walaupun hanya di dalam permainan.
  • Variasi makhluk dan hidupan merangkumi pelbagai kaum dengan penampilan yang unik dan tersendiri
  • Senjata api dan suit yang canggih dan menarik membayangkan combat moden yang realistik
  • Open world yang agak memuaskan walaupun sesetengah planet tidak dapat disinggahi. Invisible wall juga agak mengganggu permainan dan mengurangkan keseronokan eksplorasi
  • Efek bunyi merangkumi bunyi tembakan, letupan dan kenderaan yang sangat baik.
  • Voice acting yang baik menghidupkan setiap komunikasi.
  • Masalah bug yang agak minima
  • Mayat musuh yang hilang
  • Ketiadaan pemanduan kenderaan secara manual agak mengecewakan


Overall – 4.5


Pengembaraan yang menarik dan mencabar merentasi pelbagai planet yang dihuni bermacam-macam makhluk. Mass Effect 2 padat dengan aksi serta combat yang agak mencabar dan memerlukan taktikal dan strategi yang tepat untuk menghadapinya. Pilihan komunikasi dengan pelbagai makhluk dan manusi yang ditemui juga agak menyeronokkan walaupun seringkali menimbulkan kebosanan disebabkan dialog yang terlalu panjang dan rumit untuk difahami. Mass Effect 2 merupakan sekuel yang wajib dimainkan tidak kira sam ada untuk yang telah bermain Mass Effect atau kali pertama.


1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Mass Effect 2 Screenshots

John Shepard


Illusive Man


SR-2 Normandy







Opportunity for Paragon action


Renegade action

















Combat











World and Environment