Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Saturday, December 19, 2009

Spike Video Game Award 2009


About Spike Video Game Award 2009
____Spike Video Game Award 2009 atau VGA 2009 telah diadakan buat kali ke-7 pada 12 Disember 2009 yang lalu bertempat di LA Live Complex, Los Angeles. Walaupun acara ini dianjurkan bagi mengiktiraf permainan video terbaik, kebanyakkan pengkritik melabel VGA sebagai anugerah permainan video paling popular memandangkan kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian secara online.

Exclusive Looks

Game - Batman : Arkham Asylum 2
Publisher - Warner Bros Games
Developer -Rocksteady Studios
Release Date - TBA


Game - Prince Of Persia : The Forgotten Sands
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Anvil
Platform - PC, 360, PS3, Wii, PSP, NDS
Release Date - May 2010


Game - Star Wars : The Force Unleashed 2
Developer - Lucas Arts
Release Date - TBA


Game - Green Day : Rock Band
Publisher - MTV Games
Developer - Harmonix
Platform - 360, PS3, Wii
Release Date - TBA 2010


Game - Halo : Reach
Publisher - Microsoft Game Studios
Developer - Bungie
Platform - 360
Release Date - 2010

List Of Winners

Game Of The Year


Studio Of The Year

Rocksteady Studios

Best PC Game


Best Xbox 360 Game


Best PS3 Game


Best Wii Game


Best Handheld Game


Best Shooter Game


Best Action Adventure Game


Best RPG Game


Best Fighting Game


Best Driving Game


Best Music Game


Best Team Sports Game


Best Individual Sports Game


Best Multiplayer Game


Best Soundtrack


Best Original Score


Best Graphic


Best Game Based On
A Movie/TV Show


Best Performance By A
Human Male

Hugh Jackman as Wolverine in
X-Men Origin : Wolverine

Best Performance By A
Human Female

Megan Fox as Mikaela Banes in
Transformers : Revenge Of The Fallen

Best Cast


Best Voice

Jack Black as Eddie Riggs in
Brutal Legend

Best Downloadable Game


Best DLC


Most Anticipated Game
Of 2010

Source
-gametrailer.com
-wikipedia.org
-gamespot.com

EnvyDream One Year - 2009 Round Up


Genap 20 Disember 2009, laman blog Envy Dream bakal berusia 1 tahun. Dalam tempoh tersebut hampir 70 permainan video telah dihabiskan oleh penulis dengan lebih kurang 41 tajuk telah dibuat ulasan penuh. Tujuan asal blog ini adalah melahirkan rasa kagum penulis terhadap Assassin's Creed, permainan video third person action adventure berlatar belakangkan zaman Crusaders mengenai Altair Ibnu Al-Ahad. Namun begitu, minat mendalam penulis dalam permainan video dan tidak mahu bazirkan setiap pengalaman yang diperolehi daripada setiap tajuk permainan video mendorong penulis menerbitkan setiap ulasan permainan video yang telah dihabiskan. Ini sekaligus memberi ruang kepada penulis untuk meluahkan pandangan mengenai permainan video tersebut daripada perspektif penulis sendiri.

Dalam tempoh itu juga, beberapa kolum telah diwujudkan bagi menambahkan topik liputan dalam Envy Dream seperti Tech Demo and Benchmark, System and Hardware dan New Released. Jun 2009, kolum Event diwujudkan bagi membuat liputan ringkas mengenai penganjuran konvensyen, pameran, pertandingan atau ekspo yang bertemakan permainan video. Antara acara yang telah dibuat liputan adalah E3 2009, Gamescom 2009, PAX 2009, Tokyo Game Show 2009, Comic Con 2009 dan Blizzcon 2009.



Kolum Preview mula diwujudkan pada bulan Ogos disebakan banyak permainan video yang menarik akan dikeluarkan. Kolum ini bertujuan supaya penulis sentiasa mengikuti perkembangan terbaru permainan video yang akan datang merangkumi trailer, teaser, gameplay dan temuramah. Antara permainan video yang mendapat liputan hangat di EnvyDream adalah Assassin's Creed 2, The Saboteur, Bayonetta, Darksiders dan Mass Effect 2. Preview juga merupakan sumber post terbanyak di dalam EnvyDream dan dikemaskini hampir setiap hari.


Penulis telah mewujudkan dua kolum dengan harapan supaya lebih ramai pengunjung EnvyDream dapat berinteraksi dan berkongsi pendapat dan pengalaman. Kolum tersebut adalah Rig To Envy dan Round Infinity yang mula diwujudkan pada bulan September. Namun begitu, kedua-kedua kolum ini gagal mendapat sambutan dan menyebabkan penulis kurang memberi tumpuan kepadanya. Sebagai statistik, Round Infinity hanya mampu menarik perhatian 5 pengundi sahaja bagi post Isaac Clarke vs. John Shepard manakala 2 undian diterima bagi undian bertemakan James Cameron's Avatar : The Game bagi memilih pihak yang disokong sama ada RDA atau Na'vi.

September juga memperlihatkan satu lagi kolum diterbitkan oleh penulis. Xverse merupakan kolum bagi permainan video yang hanya disediakan bagi platfom Xbox 360, Playstation 3, Nintendo Wii dan Playstation Portable. Antara permainan video yang mendapat tempat di kolum ini adalah Wet, Halo : ODST, Brutal Legend, Silent Hill : Shattered Memories dan Assassin's Creed : Bloodlines.


Penulis juga telah menggunakan counter bermula pada pertengahan September bagi memantau jumlah pengunjung ke EnvyDream. Di awal penghasilan blog ini, penulis sebenarnya berasa sedikit malu untuk menggunakan widget counter ini kerana berasakan blog ini hanya untuk kegunaan penulis sendiri dan tidak akan mendapat perhatian. Namun begitu, seorang rakan menasihat penulis dan mengesyorkan agar counter dipaparkan untuk memantau bilangan pengunjung agar menjadi lebih bersemangat lagi untuk menerbitkan post yang baik dan berkualiti apabila melihat jumlah pengunjung yang ramai. Oleh itu, penulis mengenepikan perasaan malu tersebut dan memilih widget Flag Counter sebagai counter EnvyDream. Bersyukur, rupanya ada juga pengunjung yang sudi melawat EnvyDream. Sehingga ke tarikh post ini diterbitkan EnvyDream telah menerima kunjungan 3,440 pelawat dari seluruh dunia dan majoritinya adalah dari Amerika. Dengan bertambahnya jumlah pengunjung dan pembaca ini, penulis berharap dapat menambahbaik dan meningkatkan mutu setiap post yang diterbitkan agar dapat menarik perhatian lebih ramai terutama dari Malaysia. Kagum juga penulis melihat blog seorang rakan yang telah dilawat oleh lebih 19,000 pengunjung dari serata dunia dengan 72% daripadanya adalah dari Malaysia. Untuk rujukan, lawat Dunia Jam


Satu lagi kolum ditambah pada 16 Disember 2009 yang lalu apabila penulis menerbitkan review Borderlands. Kolum tersebut adalah Envycyclopedia. Sejak kebelakangan ini, penulis dapat lihat banyak permainan video yang dihasilkan mengandungi banyak elemen, hidupan, tempat, konsep, karekter dan makhluk yang unik dan tersendiri. Envycyclopedia dijadikan pusat oleh penulis untuk mengumpul seberapa banyak maklumat tersebut agar liputan mengenai sesuatu permainan video lebih luas.


Penulis juga dalam perancangan untuk mewujudakan dua kolum terbaru. Hero Of The Game untuk ulasan dan screenshots karekter utama setiap permainan video dan Chapter Eve, kolum yang didedikasikan kepada setiap karekter wanita di dalam permainan video. Kemungkinan post pertama bagi Chapter Eve akan menampilkan karekter dari Borderlands iaitu Lilith manakala Mordecai bagi Hero Of The Game.

Jika dilihat sejak awal penghasilan EnvyDream, banyak penambahbaikkan dan perubahan dilakuan untuk memastikan kualiti setiap post. Antaranya adalah kualiti imej dalam setiap post. Ketika awal penerbitan post, kebanyakkan imej yang dumuatkan agak kabur dengan saiz resolusi yang tidak menentu. Penulis telah mengambil langkah drastik dengan menetapkan standard bagi setiap imej yang akan dimuatkan, iaitu memastikan saiz resolusi 800 X 450 atau 800 X 600 dan menetapkan kualiti imej pada tahap 7 menggunakan Adobe Photoshop CS3. Selain itu, watermark juga telah diubahsuai oleh penulis menggantikan watermark sebelum ini yang ringkas.

Sebelum

Selepas

Penulis juga mengenal pasti beberapa kekangan dalam usaha menambahkan post di dalam EnvyDream terutamanya pada bahagian review. Antaranya adalah masa yang terhad di mana penulis terpaksa membahagikan masa untuk menghabiskan permainan video, membuat ulasan penuh, mencari sumber, proses editing, proses penerbitan serta yang utama adalah tumpuan yang diberikan kepada isteri, keluarga dan kerja. Penulis sedaya upaya menyiapkan sekurang-kurangnya satu review setiap bulan bagi rujukan pelawat.

Berikut merupakan ringkasan statistik mengenai EnvyDream
  • Post terbanyak bagi satu hari - 8 posts (12 Disember 2009)
  • Post terbanyak bagi satu bulan - 65 (November)
  • Post terbanyak mengikut kategori - Preview
  • Liputan terbanyak - Assassin's Creed 2
  • Rating Review tertinggi - Batman : Arkham Asylum - 4.9
  • Rating Review terendah - Fenimore Fillmore Revenge - 1.5