Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Tuesday, September 15, 2009

A New Name

Bagi mengurangkan kekeliruan dalam setiap keluaran produk Intel Core, Intel telah menamakan semula produk-produk tersebut supaya lebih jelas iaitu Intel Core i3, Intel Core i 5, Intel Core i7 dan Intel Core i9.

Bagi menjelaskannya lagi, Core i3 adalah jenama untuk produk entry-level, Core i5 bagi pertengahan dan Core i7 yang merupakan flagship kepada produk ini. Core i9 hanya menunggu masa untuk diumumkam

Intel Hyper-Threading Technology

Intel Hyper-Threading merupakan ciri keistimewaan yang pernah diaplikasikan pada CPU single-core Pentium 4 pada satu masa dahulu sebelum digantikan dengan teknologi multicore Intel Core2 series. Walaubagaimanapun, teknologi ini kembali semula dengan pelancaran Intel Core i7 yang berasaskan Nehalem Architecture. Secara mudah, Hyper-Threading ialah satu teknologi yang membolehkan OS mengenalpasti dua logical processor sebalik satu physical processor untuk memaksimumkan keupayaannya melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa. Dengan 2 threads bagi setiap core, 4 core yang dimiliki dalam setiap Intel Core i7 CPU membolehkannya memiliki 8 logical cores secara efektif.

Antara kebaikan yang diperolehi daripada teknologi tersebut adalah:
  • Setiap aplikasi dapat dijalankan secara serentak tanpa menggangu sistem responsif PC
  • Persembahan multimedia dan grafik yang lebih baik walaupun aplikasi lain seperti antivirus berjalan serentak.
  • Tempoh respon yang lebih pantas untuk Internet dan e-perdagangan
  • Memastikan sistem lebih selamat, efisyen dan mudah diurus

Hyper-Threading Technology Scheme

Selain daripada Intel Core i7 dan Pentium 4, teknologi Hyper-Threading turut digunakan pada Intel Atom. Agak mendukacitakan kerana CPU Nehalem terbaru, Intel Core i5 tidak disokong dengan ciri istimewa ini.

Untuk keterangan lebih terperinci, sila klik pada rujukan di bawah.

Intel Core i7 800 series and i5 series

_________________

Dengan lahirnya moteherboard P55 chipset, Intel turut melancarkan CPU Lynnfield berasaskan Nehalem Architecture terbarunya dengan socket 1156. 3 model telah diperkenalkan iaitu:
  • Intel Core i5 750
  • Intel Core i7 860
  • Intel Core i7 870
Ketiga-tiga CPU ini menggunakan teknologi 45 nm fabrication process dengan keistimewaan-keistimewaan berikut:
  • Empat x86 processing core dengan sokongan teknologi HyperThreading
  • Dual channel DDR3 memory controller
  • TurboBoost Technology
  • 32 kb instruction + 32 kb data L2 Cache bagi setiap core
  • 256 kb L2 cache bagi setiap core
  • 8 mb L3 cache dikongsi bersama kempat-empat core
Berikut merupakan spesifikasi ringkas ketiga-tiga CPU tersebut

CPU
Clock
(Ghz)
Turbo
Boost
(Ghz)
Core / ThreadL3 Cache
TDP
i5 750
2.66
3.20
4 /4
8
95
i7 860
2.80
3.46
4 / 8
8
95
i7 870
2.93
3.60
4 / 8
8
95