Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Tuesday, September 15, 2009

Intel Hyper-Threading Technology

Intel Hyper-Threading merupakan ciri keistimewaan yang pernah diaplikasikan pada CPU single-core Pentium 4 pada satu masa dahulu sebelum digantikan dengan teknologi multicore Intel Core2 series. Walaubagaimanapun, teknologi ini kembali semula dengan pelancaran Intel Core i7 yang berasaskan Nehalem Architecture. Secara mudah, Hyper-Threading ialah satu teknologi yang membolehkan OS mengenalpasti dua logical processor sebalik satu physical processor untuk memaksimumkan keupayaannya melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa. Dengan 2 threads bagi setiap core, 4 core yang dimiliki dalam setiap Intel Core i7 CPU membolehkannya memiliki 8 logical cores secara efektif.

Antara kebaikan yang diperolehi daripada teknologi tersebut adalah:
  • Setiap aplikasi dapat dijalankan secara serentak tanpa menggangu sistem responsif PC
  • Persembahan multimedia dan grafik yang lebih baik walaupun aplikasi lain seperti antivirus berjalan serentak.
  • Tempoh respon yang lebih pantas untuk Internet dan e-perdagangan
  • Memastikan sistem lebih selamat, efisyen dan mudah diurus

Hyper-Threading Technology Scheme

Selain daripada Intel Core i7 dan Pentium 4, teknologi Hyper-Threading turut digunakan pada Intel Atom. Agak mendukacitakan kerana CPU Nehalem terbaru, Intel Core i5 tidak disokong dengan ciri istimewa ini.

Untuk keterangan lebih terperinci, sila klik pada rujukan di bawah.

No comments:

Post a Comment