Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Friday, April 30, 2010

Metro 2033


Publisher - THQ
Developer - 4A Games
Engine - 4A
Platform - PC, 360
Release Date - 16 March 2010

EnvyReview for PC
Difficulty - Normal

Gameplay - 3
  • Paparan adalah daripada perspektif first person.
  • Combat membolehkan Artyum membawa 3 senjata pada satu masa tidak termasuk variasi grenade, pisau serta throwing knife. Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (hold E) yang dijumpai sepanjang permainan.
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu Artyum memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Ia juga dinyahaktifkan apabila sprint. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan
  • Melee hanya boleh digunakan dalam ketika menggunakan automatic shotgun
  • Beberapa jenis grenade (5) turut disediakan seperti grenade dynamite dan sticky grenade. (Hold MB1) untuk melontar grenade tersebut.
  • Metro 2033 mebolehkan pendekatan stealthy dalam menghadapi musuh dengan terdapatnya abiliti untuk memadamkan lampu atau merosakkannya untuk mambuatkan persekitaran menjadi gelap supaya pergerakkannya lebih sukar untuk dikesan oleh musuh. Pergerakan dalam gelap boleh dibantu LIGHT METER (hold T) yang terdapat pada jam Artyum berfungsi untuk mengukur tahap visibility Artyum di sebalik kegelapan tersebut. Ia dipaparkan pada 3 led berwarna hijau (kedudukan selamat dan tidak dapat dilihat), kuning (kedudukan agak selamat tetapi kelihatan sebahagian) dan merah (keadaan terbuka dan mudah dilihat oleh musuh). NIGHTVISION (N) membantu Artyum bergerak di dalam gelap. Penggunaan NIGHTVISION dicas semula menggunakan UNIVERSAL CHARGER (hold F + repeat MB1)
  • Flashlight (F) boleh digunakan ketika berada di kawasan yang gelap. Ia boleh digunakan secara berterusan tanpa ditutup. Namun begitu, perlu diingat cahaya yang dihasilkan mudah menarik perhatian musuh. Untuk cahaya yang lebih terang, UNIVERSAL CHARGER (hold F + repeat MB1) digunakan untuk mengecas kuasanya.
  • Hazard terbesar adalah radiasi yang memenuhi ruang atmosfera di luar Metro atau di atas permukaan daratan. Artyum boleh mengetahui keadaan udara yang bahaya kepadanya melalui tanda seperti nafas yang tersekat dan pandangan menjadi kabur. Untuk membolehkannya melalui ruang udara tersebut dengan lebih selamat, GAS MASK (G) digunakan. GAS MASK menggunakan AIR FILTER untuk membekalkan udara bersih kepadanya. Setiap kali FILTER tersebut kehabisan udara, nafas Artyum akan menjadi sesak dan mengaburkan pandanganya sebelum FILTER baru ditukar. Katrij FILTER tersebut diperolehi sama ada dikutip dalam permainan atau dibeli di market. Mask sebaiknya dielakkan dipakai ketika combat memandangkan ia mudah rosak akibat damage yang diterima. Mask yang rosak tidak boleh digunakan lagi dan perlu diganti. Kapasiti GAS MASK dirujuk pada WATCH (hold T)
  • Sistem ekonomi menggunakan Military Grade Ammo, peluru bersaiz 5.45 mm dan bersinar. Ia merupakan peluru yang sama digunakan di dalam assault rifle. Jadi perlu berhati-hati setiap kali kehabisan dirty ammo kerana kemungkinan terguna ammo bernilai tinggi tersebut. Military Grade Ammo digunakan untuk membeli senjata, ammo dan item lain di weapon station
  • Health dipaparkan secara dinamik dalam Metro 2033 tanpa sebarang meter. Petunjuk damage hanya skrin merah yang dipaparkan setiap kali menerima damage. Damage yang kritikal mengakibatkan lapisan merah yang terang menutupi skrin dan menghadkan pandangan. Untuk pemulihan yang segera, Medkit (Q) digunakan walaupun ketika dalam combat.

Difficulty selection

Universal charge (hold F)

Watch (hold T)

Action
- 3.5
  • Lokasi utama Metro 2033 adalah Moscow di era post-apocalypst, kebanyakkannya melibat penempatan sistem metro di bawah tanah yang bukan sahaja menempatkan populasi manusia tetapi juga mutan. Namun begitu, sestengah misi juga memerlukan Artyum keluar ke permukaan bumi yang dipenuhi radiasi dan hazard dan mustahil untuk dilalui tanpa gas mask.
  • Metro 2033 menampilkan variasi senjata fiksyen moden. Antaranya adalah o.44 mm Revolver, Bastards, Kalash, Kalash 2012, VSV, Duplet shotgun, automatic shotgun, Tihar pneumatic sniper rifle dan Hellsing pneumatic crossbow. Kebanyakkan senjata didatangkan dengan pelbagai attachment seperti scope, red dot sight, silencer, stock dan barrel tambahan
  • Artyum juga boleh menggunakan mounted machine gun dan mounted flamethrower yang disediakan di sesetengah stesen.
  • Variasi musuh perlu ditempuhi oleh Becket sepanjang permainan terdiri daripada tentera Fascist dan Reds yang berperang sesama sendiri, Bandit dan mutan.
  • Tentera Reds dan Fascist dicam melalui penampilan mereka yang dilengkapi dengan armor, Bandit pula merupakan kumpulan manusia yang melakukan pelbagai aktiviti jenayah untuk meneruskan kehidupan. Mutan pula terdiri daripada Nosalis, Lurker, Librarian dan Demon.
  • Ancaman juga datang daripada Ghost yang hanya boleh dikesan menggunakan flashlight dan Dark Ones. Dark Ones berwarna merah akan cuba membunuh Artyum, tetapi jika berwarna putih akan cuba membantu dan menyelamatkannya.

Artyum

Polis

Librarian

Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape 4.5, Character 4, Costume 4, Weapons 2.7, Objects 3.5, Babes 2, Creatures 4


You Live in it - 2.7
  • Jalan cerita yang menarik
  • Environment kemusnahan, gore dan kegelapan yang amat baik dan realistik dihasilkan untuk menghidupkan elemen seram
  • Suasana seram yang amat baik dihasilkan dengan debaran memikirkan apa yang akan ditemui diiringi laungan dan dengusan makhluk mutan yang sayup kedengaran
  • Mayat yang kekal pada kedudukan asalnya
  • Kehidupan manusia di dalam sistem metro bawah tanah yang realistik dan menarik
  • Efek shadow dan lighting yang baik menghidupkan suasana menakutkan.
  • Efek letupan yang sangat baik dan mengagumkan
  • Recoil senjata yang realistik
  • Tanpa sebarang indikator, mengelak daripada letupan grenade musuh menjadi sangat mencabar dan menyeronokkan
  • Slot senjata untuk pneumatic rifle sepatutnya diasingkan memandangkan ia juga amat penting untuk stealth combat terutamanya.
  • Hit detection yang sangat lemah walaupun headshot. Malah musuh masih mampu bertahan dengan tembakan bertalu-talu assault rifle atau 4 hingga 5 tembakan shotgun. Headshot hanya berkesan sekiranya Artyum menembak musuh tanpa disedari oleh mereka.
  • Ketiadaan abiliti lean dan melee menyukarkan combat
  • Kemunculan makhluk-makhluk mutan yang sangat mengejutkan
  • Pendekatan combat yang agak kurang realistik apabila menghadapi mutan. Pendekatan combat yang digunakan juga menyebabkan tembakan dilepaskan membuta tuli dan membazirkan peluru
  • Glitch yang amat ketara menyebabkan banyak NPC kaku atau tidak bergerak

Persekitaran metro yang realistik

Begitu juga environment kemusnahan yang sangat realistik

Overall
- 2.7

Metro 2033 menawarkan environment kemusnahan yang sangat realistik dengan elemen seram yang cukup mendebarkan. Konsep FPS yang ditawarkan tidak banyak berbeza daripada kebanyakkan permainan FPS yang lain. Namun begitu, aksi dan misi yang perlu ditempuhi menarik dan penuh debaran. Kelemahan ketara Metro 2033 adalah hit detection yang sangat lemah dan pendekatan combat yang agak kucar-kacir ketika berdepan kumpulan mutan
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Metro 2033 Screenshots

In-Game Action




















In-Game Combat









World and Environment