Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Thursday, September 17, 2009

Rig To Envy

Dilhamkan daripada Guru 3D Rig Of The Month, aku berharap agar segmen Rig To Envy ini menjadi medan kepada komuniti gamers sama ada di Malaysia atau antarabangsa untuk berkongsi pengalaman dalam gaming selain menghargai usaha para gamers membina rig masing-masing. Anda boleh menghantar foto rig untuk PC desktop, laptop atau lain-lain platform dan gajet bersama butiran seperti spesifikasi, harga, performance benchmark, atau pengalaman menggunakannya sama ada untuk gaming atau aktiviti lain. Bagi yang meminati console dan mobile, ruangan ini turut membeli peluang kepada 360, PS3, PS2 atau lain-lain console untuk show off console dan gajet masing-masing. Foto dan butiran diri pemilik juga amat dialukan bagi meluaskan kenalan dalam komuniti Envy.

Sebagai contoh, sila rujuk kepada Petruchellis rig, Dejavu dan Envy. Kreativiti anda untuk setiap pos amat dialu-alukan.

Bagi yang tidak keberatan, sila emel ke envydream11@gmail.com