Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Friday, December 3, 2010

Call Of Duty : Black Ops - Campaign Review



Game - Call Of Duty : Black Ops
Publisher - Activision
Developer - Treyarch
Engine - IW Engine
Platform - PC, 360, PS3, Wii, NDS
Released Date - 09 November 2010

Envy Review For PC
Difficulty - Regular
Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif first person
  • Mengikut level, pemain membawakan tiga watak berbeza. Watak pertama dan juga watak utama adalah Alex Mason, anggota SOG, Hudson (agen CIA) dan Reznov (Red Army). Salah satu misi membolehkan pemain menerbangkan pesawat perisik SR-1 Blackbird serta melakukan tinjauan.
  • Modern Warfare 2 membawa pemain ke pelbagai lokasi seluruh dunia seperti Cuba, Vorkuta, Pergunungan Yamantau, Baikonur (USSR) Khe Sanh, Hue City (Vietnam), Laos, Kowloon (Hong Kong), dan Artik
  • Permainan di dalam Black Ops menampilkan lebih banyak elemen baru dan tidak hanya combat semata-mata.
  • Antaranya melarikan diri daripada Penjara Vurtuka dengan menunggang motorsikal, tembak menembak di atas bumbung bangunan di Kowloon, menyamar sebagai anggota Spetsnaz, menggunakan slingshot, berjumpa dan mendengar taklimat misi daripada Presiden Kennedy di dalam Pentagon
  • Combat membolehkan pemain membawa 2 senjata pada satu masa tidak termasuk grenade. Pemain boleh menukar senjata yang digunakan dengan yang di dalam inventori menggunakan (1). Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (F) yang dijumpai sepanjang permainan.
  • Sesetengah senjata turut dilengkapi dengan ciri istimewa atau attachment seperti scope, infrared scope, red dot sight, ACOG scope, dan silencer. Senjata turut ditampilkan dengan variasi magazin seperti dual mag, drum dan extended mag. Sesetengah fungsi attachment (5) pula perlu diaktifkan untuk menggunakan grenade launcher, shotgun dan flamethrower
  • Black Ops menampilkan variasi senjata moden dengan ciri dan kelengkapan tambahan yang canggih. Pada amnya, senjata yang disediakan adalah Makarov, CZ75, Python, M1911 (pistol), M16, FN FAL, Enfield, AK-47, IMI Galil, Styer AUG, FAMAS, CAR-15 Colt Commando, G11 (assault rifle), Dragunov, WA2000, PSG-1(sniper rifle), MP5k, Skorpion, AKS74, PM63, OTs-02 Kiparis, Spextre M4 (SMG), SPAS-12, Olympia, HS-10, Ithaca 37 Stakeout, KS-23 (shotgun), RPK, M60, HK21 (LMG) dan M202, RPG-7, M72 LAW, 9K34 Strela-3, China Lake NATIC (rocket / grenade launcher) dan crossbow
  • Bergantung kepada level, pemain memiliki beberapa sokongan ketenteraan seperti UH-1 Huey Gunship, Lockheed SR-1 Blackbird dan M113 APC
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Ia juga dinyahaktifkan apabila sprint. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan terutama untuk headshot yang mampu membunuh musuh dengan segera
  • Abiliti STEADY (MB2 + Shift) diperlukan dalam menggunakan Sniper rifle untuk mengurangkan goyangan rifle tersebut supaya lebih stabil untuk memastikan ketepatan tembakan terutamanya headshot.
  • Abiliti lean (Q / E) yang dimiliki membolehkan senjata dihendap keluar dari cover tanpa mendedahkan badan.
  • Beberapa jenis grenade dan explosive turut disediakan seperti frag grenade, flashbang, smoke grenade dan claymore mine. Explosive seperti C4 hanya boleh digunakan mengikut in-game indicator yang dinyatakan . Grenade (G) boleh dicharge (Hold G) untuk untuk memastikannya meletup sebaik dilontar ke arah musuh
  • Grenade Indicator perlu diberi perhatian oleh pemain untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut atau melontar kembali ke arah musuh (MB3). Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkan pemain terbunuh.
  • Abiliti SPRINT (Shift) buka sahaja membolehkan pemain bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas, tetapi juga amat berguna untuk diaplikasikan dalam combat terutama untuk retreat, berpindah cover dan mengelak damage yang besar daripada tembakan musuh. SPRINT hanya boleh dilakukan dalam jarak tertentu sahaja sebelum keletihan.
  • Black Ops turut menampilkan slow motion action yang membantu pemain bertindak pada saat penting seperti ketika hendak menyelamatkan Weaver. Sebaik tingkap dipecahkan, secara automatik pergerakan diperlahankan membolehkan pemain menembak ke semua musuh tanpa sempat mereka bertindak balas.
  • AI musuh dihasilkan dengan amat baik sekali malah amat mencabar pemain dengan corak menyerang yang terancang dan sangat agresif. Setiap serangan musuh seringkali menyebabkan pemain terpaksa berundur atau mencari cover lain. Musuh juga mampu berlindung dengan baik untuk mengelak setiap serangan pemain. AI teammate yang lain juga amat baik dan sangat membantu pemain dalam menghapuskan musuh.
  • Apabila menerima damage, percikan darah akan terhasil pada skrin, menunjukkan tahap kritikal damage tersebut. Semakin besar damage, semakin banyak percikan darah membasahi skrin sekaligus menghadkan pandangan pemain. Apabila ini berlaku, langkah terbaik adalah berundur dan berlindung untuk mengelak serangan seterusnya sehingga paparan skrin kembali normal menandakan keadaan pemain kembali pulih. Health yang kritikal juga mengakibatkan nafas pemain menjadi kencang.


Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape 4.5, Character 4.5, Costume 4.5, Weapon 4.7, Object 4.7


You Live in it
- 4.7
  • Kesinambungan cerita dan aksi antara gameplay dan in-engine cutscene yang sangat menarik
  • Grafik yang cantik dengan keperincian karekter, senjata dan environment yang sangat baik dan mengagumkan
  • Penggunaan senjata yang mudah dan amat selesa.
  • Voice acting yang sangat baik dan menghidupkan jalan cerita
  • Plot yang menarik dan dipenuhi kejutan menghidupkan lagi jalan cerita
  • Reflek damage yang sangat baik. Setiap musuh yang terkena tembakan akan bertindak balas bergantung kepada kritikal damage yang diterima. Musuh yang hampir mati juga masih mampu melepaskan tembakan ke arah pemain.
  • Efek darah dan gore juga kelihatan sangat menarik dengan kesan percikan darah yang realistik, anggota badan terputus serta kesan gas Nova.
  • Mayat kekal pada kedudukannya
  • Penampilan John F. Kennedy dan Fidel Castro dalam permainan
  • Musuh respawn tanpa henti
  • Tiada fungsi restart checkpoint

Overall - 4.7

Berbeza daripada siri terdahulu, Black Ops menampilkan plot cerita yang berlainan. Gameplay yang disediakan lebih mudah dan selesa jika dibandingkan dengan Modern Warfare 2. Aksi dan plot yang disajikan juga menjanjikan aksi yang hebat dan mengagumkan serta dipenuhi kejutan. Penyampaiannya dihasilkan ibarat sebuah filem perang Hollywood dipenuhi ketegangan dan aksi tanpa henti

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Call Of Duty : Black Ops Screenshots

In-Game Action








































In-Game Combat













World and Environment