Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, December 21, 2008

XFX GTX 280




____GPU terbaru aku. Sebelum ini, aku menggunakan Gigabyte HD 2600, tetapi kemampuannya agak terbatas terutama apabila mengunakan setting kualiti tinggi dalam permainan video seperti 8x Anti Aliasing dan 16x Anistropic Filtering. Harapan aku, dengan GPU terbaru daripada Nvidia ini dapat memaksimakan kualiti grafik permainan video aku selepas ini. Walaupun awal 2009 nanti Nvidia bakal melancarkan GTX 295 dan GTX 285 yang berasaskan cip 55 nm, aku tetap membeli GTX 280 ini kerana ia telah menjadi impian aku sekian lama.

Spesifikasinya adalah :
  • Processor Core - 240
  • Graphic clock - 602 mhz
  • Shader clock - 1296 mhz
  • Memory clock - 1107 mhz
  • Memory config - 1 GB
  • Memory interface - 512 bit
  • Texture fillrate - 48.2 billion/sec
  • Max temp. - 105 C