Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Thursday, June 24, 2010

Need For Speed : Shift - Review

Publisher - Electronic Arts
Developer - Slightly Mad Studios
Engine - GTR
Platform - PC, 360, PS3, PSP, Mobile, iPhone
Release Date - 15 September 2009

Envy Review for PC
Difficulty - Easy
Gameplay - 3.5
  • Menyediakan 3 paparan perspektif yang boleh dipilih sama ada dari sudut belakang kereta, dari perspektif hood kereta atau dari sust tempat duduk pemandu
  • Menyediakan beberapa jenis perlumbaan dalam pelbagai kategori / acara. Antara jenis perlumbaan tersebut adalah race, time attack, drift, hot lap, lap eliminator, time eliminator dan duel.
  • Sebahagian daripada acara yang disediakan adalah RACE COALITION, CAR BATTLE, MANUFACTURER COMPETITION, MIXED SERIES, MIXED TRACK, USA SERIES, EUROPE SERIES, JAPAN SERIES, WORKS RESTRICTED COMPETITION, SUPERCAR RESTRICTED COMPETITION MANUFACTURER RESTRICTED COMPETITION serta INVITABLE EVENTS. Sasaran utama pemain adalah untuk layak menyertai NFS WORLD TOUR
  • Bagi setiap perlumbaan yang dilalui oleh pemain, profile stars dan points diperolehi berdasarkan tahap persembahan dan pencapaian pemain dalam perlumbaan. Profile stars dan points juga turut mempengaruhi wang ganjaran yang akan diterima serta mengunlock tier perlumbaan yang lebih tinggi.
  • Profile Star terbahagi kepada 3 kategori amnya iaitu podium, points treshold dan bonus. Podium menyediakan 3 stars kepada pemain di mana setiap star tersebut mewakili kedudukan podium pemain di akhir perlumbaan ((No. 3 + 1 star, No. 2 = 2, No. 1 = 3). Points treshold pula memerlukan pemain mengutip point yang ditentukan menggunakan dua skill yang berbeza iaitu precision atau aggression (keterangan di bawah). Bonus pula terbahagi kepada beberapa objektif iaitu sama ada melakukan pusingan bersih, mengatasi lap time yang ditetapkan, membalikkan kereta pelumba lain, menggunakan 75% racing line, mencapai kelajuan maksima yang ditetapkan atau mendahului satu pusingan perlumbaan.
  • Skills menentukan karekteristik pemain serta mempengaruhi profil pemain termasuk level driver, points dan ganjaran yang akan diterima. Skills terbahagi kepada dua; iaitu Precision dan Aggression. Precision merupakan skil perlumbaan yang baik dan bersih berbanding Aggression yang melibatkan pemanduan secara berbahaya dan kasar serta melibatkan banyak pertembungan dengan pemandu lain.
  • Precision terbahagi kepada beberapa teknik iaitu perfect launch, racing line, clean overtake, clean sector, speed threshold, corner mastered
  • Teknik dalam agression pula anataranya adalah spin opponent, dirty overtake, trading paint, drafting opponent, blocking opponent, corner slide
  • Point yang diperolehi daripada setiap aksi akan turut mengisi point meter. Sebaik meter tersebut dipenuhi, ikon X2 akan dipaparkan menandakan setiap aksi yang dilakukan oleh pemain akan memberikan point berganda. Meter X2 tersebut akan semakin berkurang sebelum kembali kepada sedia kala selepas tempoh tertentu membuatkan kiraan point juga kembali normal.
  • Kemenangan dalam setiap perlumbaan akan memberikan pemain ganjaran wang tunai, badge, serta
  • Kegagalan dalam setiap perlumbaan tidak akan mempengaruhi permainan, sebaliknya boleh diulang semula mengikut kamahuan. Star serta selekoh yang telah dikuasai juga akan kekal ketika permainan diulang dengan syarat permainan ketika star tersebut diperolehi atau penguasaan selekoh tersebut ditamatkan dan autosave. Pemain juga akan menerima ganjaran wang tunai penuh bagi setiap kemenangan dalam perlumbaan ulangan
  • Garage merupakan tempat kereta yang dimiliki oleh pemain disimpan. Pemain boleh memiliki sehingga 10 slot simpanan kereta untuk di unlock. Garage diakses menggunakan fungsi MYCAR dalam menu. Kereta yang dimiliki boleh diupgrade, modifikasi dan tuning di garage.
  • Upgrade menyediakan modifikasi enjin, aerodinamik sesebuah kereta. Untuk upgrade yang optimum, pemain boleh mengubahsuai kereta tertentu (dengan ikon W) untuk Work conversion. Modifikasi visual juga boleh dilakukan merangkumi cat, vinyl dan rim. Tuning merupakan modifikasi kompleks ke atas enjin dan sistem suspensi kereta dilakukan secara manual.

Some of available races

Profile star achievement

Level up rewards

Leaderboard screen

Driver profile summary

Badge earned

NFS World Tour unlocked

Driver duel result screen

Reward

Action - 4
  • Lokasi NFS : Shift mengambil tempat di 19 trek perlumbaan sebenar, antaranya Alpental, Autopolis, Glendale, Laguna Seca, London, Silverstone, Willow Springs, Tokyo, Road America, Nordschleife, SPA Sanfranchorchamps, Ebiso, Dakota dan Donington Park
  • Terdapat lebih 60 buah kereta variasi model boleh dipilih pemain. Pilihan kereta-kereta tersebut dibahagikan kepada 4 tier yang mewakili average car bagi tier 1, performance car - tier 2, sportcar - tier 3 dan supercar - tier 4. Antara model tersebut adalah SEAT, Scion, Renault, Volkswagen, Aston Martin, Audi, BMW, Chevrolet, Ford, Dodge, Lotus, Nissan, Honda, Mitsubishi, Toyota, Subaru, Mazda, Porsche, Lexus, McLaren, Lamborghini, Koenigsegg, Bugatti dan Pagani Zonda.
  • Antara kereta yang menjadi pilihan penulis mengikut kelas kategori adalah Audi R8 LMS, Audi TT Coupe 3.2 quattro (Eropah), Ford GT, Ford Shelby GT500 (USA), Nissan GT-R Spec-V (Jepun), Lamborghini Murcielago LP640 (Tier 3), Lamborghini Reventon, Pagani Zonda R dan Bugatti Veyron 16.4 (Tier 4 Supercar).
  • Trek kesukaan penulis adalah Donington, Glendale, London, manakala trek yang paling sukar adalah Nordschleife, Autopolis dan Willow Springs

Bugatti Veyron 16.4

Lamborghini Reventon

Ford Shelby GT500

Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape - 4.7, Car - 4.7, Costume - 3.5, Babe -2

You Live in it - 3.5
  • Paparan grafik yang sangat cantik dan terperinci merangkumi, kereta, trek perlumbaan, environment serta efek.
  • Kehadiran crowd menghidupkan suasana
  • Efek damage yang agak realistik.
  • Gauge meter yang realistik mengikut reka bentuk sebenar
  • Modifikasi kereta yang realistik dan memuaskan
  • Variasi perlumabaan yang boleh dipilih dan tidak wajib sangat menarik dan membantu terutama untuk mengelak daripada acara yang tidak diminati seperti drift yang amat sukar untuk dikuasai.
  • Penampilan gadis litar yang sama sepanjang permainan membosankan
  • Pemanduan kereta terutama pada selekoh agak sukar.
  • Ketiadaan cuaca lain seperti hujan agak membosankan perlumbaan
  • Ketiadaan kawalan kamera ketika di dalam garage mengecewakan kerana tidak dapat melihat perincian serta modifikasi yang telah dilakukan ke atas kereta melainkan terpaksa menunggu pusing kamera automatik tersebut ke bahagian kereta yang ingin dilihat
  • Kebanyakkan litar digunakan berulang-ulang

Damage

Overall - 3.7

NFS : Shift keseluruhannya menampilkan tema perlumbaan dalam trek yang baik berbanding siri terdahulu iaitu ProStreet merangkumi kesan efek dan keperincian grafik yang lebih baik serta realistik. Variasi kereta yang disediakan juga amat memuaskan hati walaupun tiada Ferrari dan Peugeot (duhh!!). Kawalan kenderaan juga lebih baik (walaupun tetap sukar kerana perlumbaan dalam trek memerlukan teknik pemanduan berbeza berbanding di jalan raya (Most Wanted, Undercover). Antara race game yang wajib dicuba

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Need For Speed : Shift Screenshots

In-Game Action


















World and Environment