Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Thursday, October 14, 2010

Arcania : Gothic 4 - Demo Impression



Game - Arcania : Gothic 4
Publisher - JoWood Entertainment / DreamCatcher Interactive
Developer - Spellbound Entertainment
Platform - PC, 360, PS3
Release Date : PC, 360 -12 October 2010 (Europe)
PS3 - TBA 2011

Envy Review for PC
Gameplay - 3.7
  • Paparan third person
  • Permainan terbahagi kepada dua, iaitu eksplorasi dan combat.
  • Eksplorasi membolehkan pemain berinteraksi dengan ramai NPC lain (yang bernama) sama ada untuk mendapatkan misi dan objektif baru, menyelesaikan misi atau mendapatkan petunjuk. Selain itu, variasi tumbuhan dan objek boleh dikumpul untuk kegunaan pemain. Lazimnya, NPC atau objek lain yang boleh diinteraksi akan memaparkan nama dan indikator ACTION (E) pada bahagian atas health meter.
  • Interaksi dengan NPC lazimnya akan memberikan pilihan dialog untuk dipilih yang akan mempengaruhi tindakan NPC
  • Combat dalam Arcania merangkumi one handed melee weapon, two handed melee weapon dan ranged weapon
  • Combat diaktifkan apabila berhadapan dengan musuh. Asas serangan adalah menggunakan ATTACK (MB1) dan BLOCK (MB2). Blocking membolehkan DIVEROLL (MB2 + A / D / S)
  • Range combat memerlukan penggunaan RANGE WEAPON (2) seperti short bow dan crossbow. Untuk menghasilkan damage yang lebih tinggi, range weapon sebaiknya disasar lebih lama ke atas sasaran (hold MB1) sehingga aim meter penuh
  • Serangan istimewa juga boleh dilancarkan oleh pemain menggunakan magic spells merangkumi elemen fire, ice dan lightning. Penggunaan magic spells bergantung kepada mana meter yang berwarna biru. Mana meter dicas semula secara automatik apabila tidak digunakan
  • Beberapa menu disediakan untuk kemudahan dan rujukan pemain iaitu LOG (L), INVENTORY (default I = Tab), SKILLS (default K = L-Shift) dan MAP (M)
  • Log memberi maklumat serta penerangan ringkas mengenai objektif sama ada objektif semasa atau objekti yang telag diselesaikan. Pemain boleh memiliki lebih daripada satu objektif di dalam log tetapi hanya satu objektif boleh diselesaikan dalam satu masa. Fungsi highlight membolehkan objekti yang dipilih dipaparkan di dalam map lokasinya
  • Inventory pula memberi maklumat mengenai persenjataan, armor, amuniti, ubat dan pelbagai objek lain yang berada dalam simpanannya. Setiap objek tersebut dikelaskan mengikut jenis yang sama dan pemain boleh memilikinya tanpa sebarang had. Setiap senjata dan objek dalam inventory boleh dilengkapkan pada pemain menggunakan EQUIP (MB2) yang akan diletakkan mengikut kategori dalam QUICK SLOT (1 - 9)
  • Upgrade kepada skil yang dimiliki boleh dilakukan menggunakan fungsi SKILLS yang disediakan. Upgrade yang disediakan merangkumi
  • Health pemain dipaparkan pada satu bar melintang berwarna merah. Apabila menerima damage, ia dipulihkan semula menggunakan healing potion atau makanan. Sumber mentah yang diperolehi juga seperti daging binatang boleh dimasak dan dimakan untuk memulihkan health.

Beautiful World and Detail - 4.5
Landscape - 4.5, Karekter - 3.7, Costume - 3.7, Weapon - 4, Objects - 4, Babes - 2, Creatures 3.5


You Live in it - 4.5
  • Kitaran siang dan malam yang sangat baik
  • Environment yang menarik dan cantik dengan open world yang luas
  • Mayat yang kekal pada kedudukannya
  • Efek darah yang baik akibat damage
  • Membawa barang terlalu banyak tidak memberi kesan kepada pemain dan ini agak mengurangkan realistik permainan
  • Melee combat agak kurang variasi dari segi gerakan, teknik dan combo
  • Penggunaan magic spells agak menyusahkan kerana perlu diakses daripada inventory

Overall - 4.5

Tidak banyak untuk diperkatakan setakat pengalaman permainan menerusi demo ini. Namun begitu, open world yang luas dan kitaran waktu yang realistik pastinya memberi kredit positif kepada demo ini. Aksi combat juga menarik dan memuaskan walaupun kekurangan variasi teknik dan combo

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Arcania : Gothic 4 Screenshots

Hero


Skills upgrade


Looting from enemy body


Demo closing scene



In-Game Combat








World and Environment






No comments:

Post a Comment