Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Monday, October 4, 2010

Amnesia : The Dark Descent - Demo Impression



Game - Amnesia : The Dark Descent
Developer - Frictional Games
Engine - HPL 2
Platform - PC, Mac, Linux
Released Date - 08 September 2010

Envy Review for PC
Gameplay - 3.7
  • Paparan perspektif first person
  • Karekter utama adalah Daniel, seorang lelaki Inggeris tanpa sebarang pengetahuan mengenai masa lampaunya yang terjaga di dalam sebuah istana terbiar bernama Brennenburg Castle.
  • Eksplorasi dalam Amnesia adalah tipikal seperti kebanyakkan permainan first person yang lain
  • Amnesia melibatkan banyak interaksi dengan objek dan environment. Secara amnya, interaksi melibatkan beberapa tindakan kepada objek secara real time seperti GRAB (MB1), THROW (MB1 + MB2), membuka serta menutup pintu dan laci, mengaktifkan lever dan memutarkan wheel lever menggunakan teknik putaran circular motion. Asas interaksi lain adalah PUSH, PICK, IGNITE, ENTER DOOR dan CLIMB.
  • Daniel tidak dibekalkan dengan sebarang senjata termasuk untuk menghadapi makhluk yang berkeliaran di dalam istana tersebut. Amnesia menggalakkan Daniel untuk bersembunyi di sebalik kegelapan atau melarikan diri dan sembunyi sebaik dikesan oleh makhluk tersebut.
  • Daniel mempunyai tahap sanity yang mempengaruhi tahap halusinasi serta pandangan dan pendengarannya. Sanity akan menurun apabila berada di dalam kegelapan terlalu lama, menyaksikan peristiwa yang tergantung atau melihat makhluk terlalu lama. Seiring dengan penurunan sanity, penglihatan dan pendengaran Daniel akan mula kabur dan terganggu akibat halusinasi menyebabkannya mudah dikesan oleh makhluk-makhluk yang berkeliaran.
  • Untuk mencegah daripada penurunan sanity, langkah terbaik adalah sentiasa berada di dalam cahaya. Cahaya diperolehi daripada lampu minyak atau menyalakan lampu-lampu serta lilin yang terpadam menggunakan tinderbox (mancis). Jumlah mancis yang terhad dan kebergantungan lampu minyak terhadap bahan api memerlukan Daniel mengimbangkan tempoh masa berada di dalam gelap serta penggunaan sumber cahaya.
  • JOURNAL (J) menyediakan 3 akses kepada Daniel iaitu DIARY, NOTES (N) dan MEMENTO (M)
  • Health akan berkurangan apabila Daniel menerima damage sama ada akibat kemalangan seperti terjatuh atau disebabkan serangan makhluk. Terbunuh di dalam Amnesia akan membuatkan Daniel memulakan permainan daripada tempat terakhirnya berada tetapi dengan perubahan pada world dan environment

Beautiful World and Detail - 3.5

Landscape - 3.5, Objects - 4, Creatures - 3.5


You Live in it - 3.7
  • Keperinian dan keluasan Brennenburg Castle yang baik dan mengagumkan
  • Environment kegelapan dan menakutkan yang sangat realistik
  • Muzik latar yang sangat baik menghidupkan lagi suasana menakutkan dan menyeramkan
  • Interaksi dan penggunaan objek dilakukan dengan realistik
  • Makhluk yang menakutkan
  • Grafik yang biasa
  • Agak kurang menarik Daniel tidak boleh menggunakan sebarang senjata untuk menghadapi combat

Overall - 3.7

Pendapat awal penulis untuk Amnesia adalah baik disebabkan penyampaian elemen seram dan menakutkan dalam permainannya yang sangat baik dan realistik. Selain itu, interaksi yang realistik dengan objek dan environment juga menjadikan permainan lebih menarik

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Amnesia : The Dark Descent Screenshots









No comments:

Post a Comment