Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, September 26, 2010

Mafia II - The Story Review



Game - Mafia II
Publisher - 2K Games
Developer - 2K Czech
Engine - The Illusion
Platform - PC, 360 PS3
Release Date - 24 August 2010

Envy Review for PC
Difficulty - Hard
Gameplay - 4.7
  • Paparan perspektif permainan adalah third person
  • Karekter utama dalam Mafia II ialah Vito Scaletta, seorang veteran Perang Dunia ke-2 dan juga imigran Sicily yang membesar di USA
  • Awal permainan membawa Vito ke Sicily sebagai paratrooper daripada 504th Parachute Infantry Regiment, menyertai Operation Husky di samping Don Calo, seorang ketua Mafia tempatan
  • Mafia II berlatarbelakangkan Kota Empire Bay sekitar tahun 40 dan 50-an. Antara lokasi yang terdapat di Empire Bay adalah seperti Greenfield, Riverside, Chinatown, Dipton, Little Italy, Kingston dan Oyster Bay. Nama setiap lokasi dinyatakan secara automatik apabila Vito memasukinya
  • Berada di dalam open world yang luas di Empire Bay, Vito boleh bergerak ke tempat lain menggunakan kereta. Kereta boleh diperolehi sama ada dari garaj kereta di kediaman Vito atau mencurinya dari tempat parkir awam. Pemilihan kereta dari garaj akan turut memaparkan bilangan koleksi kereta dan maklumat terperinci kereta tersebut daripada kelajuan, harga, berat hinggalah tuning yang telah dilakukan. Kenderaan turut disediakan fungsi HORN (E), BRAKE (S), HAND BRAKE (Space), SPEED LIMIT (L) dan radio dengan pelbagai saluran seperti Empire Central, Antara kereta yang disediakan adalah Smith Custom 200, Smith Thunderbolt , Shubert Frigate dan Potomac Indian
  • Mencuri kenderaan boleh dilakukan dalam 2 cara. Cara pertama adalah dengan memecahkan tingkap kereta tersebut. Untuk memastikan keadaan kereta sempurna, apabila dicuri, sebaiknya teknik LOCKPICK digunakan.
  • Pemanduan kenderaan dalam Mafia II lebih realistik berbanding kebanyakan permainan video lain dengan penggunaan bahan api untuk menggerakkannya. Isian semula boleh dilakukan di stesen minyak yang disediakan.
  • Melalui akses MAP (Tab), waypoint boleh ditandakan untuk menunjukkan laluan yang perlu diambil untuk elak daripada tersesat. Terdapat beberapa warna waypoint yang perlu diberi perhatian iaitu warna merah merujuk kepada laluan objektif manakala warna hijau pula merupakan waypoint ke arah dsetinasi yang ditetapkan sendiri oleh Vito. Waypoint objektif akan dipaparkan secara automatik di dalam peta
  • Beberapa interaksi (E) turut diperlukan dalam permainan. Lazimnya ia dilakukan melalui indikator yang dipaparkan pada skrin. Antaranya adalah mengangkat telefon, membuka peti sejuk, menghidupkan suis, membuka pintu, membeli makanan dan mengambil senjata
  • Terdapat juga interaksi agresif (Q) yang boleh dilakukan oleh Vito seperti menendang pintu atau memecahkan tingkap kereta
  • Dalam combat, Vito dibekalkan dengan dua slot senjata. Setiap senjata yang dijumpai boleh diambil menggantikan salah satu senjata yang berada dalam simpanan. Antara senjata yang disediakan adalah .38 Revolver Model 12, Magnum Model 19, Mauser C96 pistol, M1911 semi automatic pistol, Thompson 1928, M1A1 Thompson, Beretta Model 38A, MP40, M3 Grease Gun (SMG), M1 Garand, Kar98 (rifle), Remington-870 shotgun dan MG42 machine gun yang hanya boleh digunakan di stesennya sahaja. 2 jenis explosive turut disediakan iaitu MK2 frag grenade dan molotov cocktail
  • Penggunaan senjata akan memaparkan crosshair pada skrin untuk memudahkan sasaran tembakan. Sasaran yang mengenai musuh akan menukarkan warna crosshair tersebut kepada warna merah. Untuk tembakan yang lebih tepat, ZOOM (MB2) diperlukan terutama headshot yang mampu memberi critical damage ke atas musuh
  • Abiliti COVER (default C = MB3) yang dimiliki memberikan sistem pertahanan yang lebih baik. Untuk tembakan yang lebih tepat semasa dalam COVER, abiliti LEAN (MB2) membolehkan Vito menghendap keluar senjatanya.
  • Selain menggunakan senjata, hand to hand combat juga turut digunakan apabila menghadapi musuh tanpa senjata. Pelbagai variasi gerakan dapat dilakukan dalam hand to hand combat seperti LIGHT PUNCH (MB1), HARD PUNCH (MB2) dan dodging (hold SPACE). Pertengahan permainan, beberapa combo boleh dimiliki oleh Vito seperti COUNTER ATTACK (Space + MB1) dan GRAB (MB2)
  • Pendekatan stealth juga boleh diambil untuk menangani musuh dengan lebih senyap dan selamat. Untuk itu, abiliti CROUCH (L-CTRL) amat berguna kerana langkap yang dibuat oleh Vito amat senyap walaupun menggunakan SPRINT (L-Shift). Untuk combat, STEALTH KILL (in stealth mode + MB1) mampu membunuh musuh tanpa menarik perhatian yang lain
  • Health dipaparkan pada bulatan yang mengelilingi minimap berwarna hijau. Apabila menerima damage yang teruk, makanan dan minuman dapat memulihkan sebahagian damage tersebut.
  • Sistem saving checkpoint digunakan dalam Mafia II. Jika terbunuh, Vito akan memulakan semula permainan daripada checkpoint terakhir
  • Sistem Wanted Level digunakan untuk menunjukkan tahap respon pihak berkuasa ke atas setiap kesalahan atau jenayah yang dilakukan Vito. Tahap wanted level yang diperolehi oleh Vito boleh diketahui menerusi ikon yang akan dipaparkan pada atas mini map bergantung kepada tahap jenayah yang dilakukan serta status dikehendaki oleh pihak polis. Semakin tinggi level, semakin tinggi tekanan yang diberikan oleh polis. Jika tembak menembak sudah dianggap jenayah berat, kesalahan seperti memandu pada kelajuan tinggi sahaja sudah mampu menarik perhatian polis
  • Setiap kali dikesan atau dikejar pihak berkuasa, heat meter berwarna biru akan menaik di sisi mini map serta mewujudkan kelipan biru dalam mini map. Untuk mengelak daripada terus diburu, Vito perlu melepaskan diri atau lari daripada polis yang mengejar sehinggalah heat meter tersebut menurun. Untuk menurunkan wanted level, beberapa cara boleh dilakukan seperti menukar pakaian atau mengubah suai kereta yang telah dicam oleh polis
  • Jika ditangkap, beberapa pilihan diberikan kepada Vito bergantung kepada tahap kesalahan atau jenayah yang dilakukan. Jika kesalahan ringan seperti memandu laju, kemungkinan hukuman yang dikenakan adalah denda manakala jika lebih serius seperti menyerang orang kemungkinan Vito akan ditahan. Untuk mengelak daripada hukuman tersebut, beberapa tindak balas boleh diambil seperti memberi rasuah, atau mengelak daripada ditahan sama ada melarikan diri atau membunuh polis tersebut
  • Tempat seperti butik pakaian, restoran, bar dan kedai senjata disediakan sebagai kemudahan bagi Vito membeli pakaian, makan, minuman, senjata dan bekalan senjata.
  • Di samping menyelesaikan objektif, terdapat banyak collectible yang tersembunyi di Empire Bay yang boleh dicari oleh Vito merangkumi Playboy (50 majalah kesemuanya) dan Wanted Poster (159). Setiap koleksi tersebut boleh dipaparkan semula daripada akses COLLECTIBLE dalam MENU.
  • Berbeza dengan COLLECTIBLE, ARTWORK diunlock secara automatik apabila Vito memasuki chapter baru. Koleksi artwork juga boleh dipaparkan semula daripada MENU.


Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape - 4.9, Characters - 4.7, Costume - 4.7, Weapons - 4.5, Objects - 4.9, Babe - 4



You Live in it - 4.7
  • Latar belakang era 40 dan 50-an yang baik dan realistik. Edaran zaman merangkumi perubahan model dan reka bentuk kereta, penampilan fesyen serta lagu juga dapat dilihat.
  • Kebebasan eksplorasi di dalam Empire Bay sangat yang mengagumkan dan memuaskan
  • Pelbagai kenderaan merangkumi variasi model disediakan
  • Crowd yang hidup dan variasi dengan aktiviti masing-masing. Reaksi dan tindak balas mereka terhadap setiap tindak tanduk Vito juga realistik dan variasi. Sebahagiannya takut kepada Vito, ada yang memarahinya dan ada yang cuba membalas perbuatan kasar Vitoke atas mereka.
  • Pemanduan kenderaan sangat realistik dengan penglibatan pihak polis jika Vito melakukan kesalahan lalu lintas seperti memandu melebihi had laju atau melanggar kenderaan lain. Penggunaan bahan api juga turut memainkan faktor penting menghidupakan pemanduan
  • Kawalan combat dan kenderaan yang amat baik dan mudah.
  • Mayat yang kekal di kedudukannya
  • Efek darah yang sangat baik. Kesan darah turut terdapat pakaian Vito jika terkena damage yang agak besar dan kritikal
  • Kesan damage ke atas environment yang sangat realistik.
  • Efek letupan yang sangat baik dan realistik
  • In-engine cutscene menjadikan penghayatan permainan lebih menarik kerana setiap yang berlaku dalam permainan turut mempengaruhi cutscene
  • Voice acting yang sangat baik dan menarik menghidupkan jalan cerita
  • Permainan ketika di dalam penjara Hartmann Federal Penitentiary yang sangat menarik dan realistik walaupun eksplorasi di dalam penjara tersebut agak terhad
  • Penamat yang dramatik dan mengejutkan
  • Koleksi untuk dikumpul yang berbaloi
  • Banyak karekter yang mempunyai rupa yang sama pada satu masa
  • Mafia II tidak memberi peluang untuk eksplorasi bebas kepada pemain setelah tamat keseluruhan permainan
  • Perubahan zaman daripada 40-an ke 50-an tidak mengubah fesyen dan penampilan yang disediakan kepada Vito
  • Mafia II perlukan side mission yang lebih banyak dan variasi untuk memastikan kepuasan permainan serta eksplorasi penuh Empire Bay. Banyak lokasi masih belum dilalui oleh penulis kerana tiada kesempatan untuk melakukannya dalam misi. Penulis khuatir jika terbunuh ketika itu maka permainan perlu dimulakan semula daripada checkpoint terakhir
  • Kurang aktiviti jenayah untuk dilakukan. Kebanyakkannya hanya melibatkan membunuh individu tertentu
  • Tiada aktiviti racketeering juga agak mengecewakan


Overall - 4.7

Mafia II menawarkan kebebasan dan keluasan eksplorasi di dalam Empire Bay. Namun begitu agak mengecewakan Mafia II kekurangan misi sampingan serta peluang untuk eksplorasi bebas di luar misi untuk dinikamati oleh pemain. Ketiadaan eksplorasi bebas ini sedikit sebanyak merugikan keperinciaan yang dihasilkan oleh 2K Czech ke atas Empire Bay serta penghuninya kerana tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh pemain. Mafia II mungkin akan lebih menarik jika beberapa elemen gameplay daripada The Godfather II dapat digarap ke dalam permainannya. Walaubagaimanapun, kawalan dalam combat yang sangat mudah, keperincian grafik serta zaman 40 dan 50-an yang realistik menjadikan Mafia II masih lagi menarik untuk dimainkan berulangkali. Antara permainan video terbaik 2010

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Mafia II Screenshots

Vito Scaletta


Joe Barbaro


Henry Tomasino


Vito in army uniform


Joe Barbaro with custom M1911


Vito's wardrobe


Collecting random Playboy magazine


Buying weapon and ammo at Gun Shop



In-Game Combat













In-Game Action





















World and Environment












No comments:

Post a Comment