Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Monday, August 16, 2010

Kane And Lynch 2 : Dog Days - Demo Impression



Game - Kane And Lynch 2 : Dog Days
Publisher - Eidos Interactive
Developer - IO Interactive
Engine - Glacier
Platform - PC, 360, PS3
Release Date - 17 August 2010

Envy Review for PC
Difficulty - Medium
Gameplay - 3.5
  • Paparan perspektif third person
  • Karekter utama yang akan dimainkan adalah Lynch
  • Beberapa perbezaan dapat dilihat jika dibandingkan dengan siri pertama.
  • Antara perubahan yang dilakukan adalah abiliti COVER (C) perlu dilakukan secara manual apabila mendekati dinding atau sesuatu pelindung, pemain juga kadang kala akan jatuh terbaring apabila diserang bertalu-talu oleh musuh dan perlu bangun semula mendekati cover atau menyerang balas juga menggunakan (C).
  • Ammo daripada senjata musuh perlu diambil secara manual menggunakan (E). Untuk memudahkan carian ammo yang dijatuhkan oleh musuh yang telah dibunuh, abiliti LOCATE WEAPON (hold O) amat membantu
  • Beberapa elemen permainan yang telah dibuang adalah memberi atau mendapat bekalan ammo daripada rakan
  • Dalam combat, hanya dua senjata boleh dibawa. Senjata tersebut boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (E) yang dijumpai sepanjang permainan
  • Di sebalik cover, pemain boleh memilih samada mahu melepaskan tembakan blindfire (COVER + MB1) tanpa mendedahkan badan tetapi mengurangkan ketepatan tembakan ataupun menggunakan AIMING MODE (hold MB2) supaya tembakan lebih tepat
  • Abiliti HUMAN SHIELD (F) juga sangat membantu sebagai pelindung daripada tembakan musuh
  • Beberapa interaksi juga diperlukan dalam permainan seperti membuka atau menendang pintu
  • Apabila menerima damage, percikan darah akan terhasil pada skrin, menunjukkan tahap kritikal damage tersebut. Semakin besar damage, semakin banyak percikan darah membasahi skrin sekaligus menghadkan pandangan pemain. Apabila ini berlaku, langkah terbaik adalah berundur dan berlindung untuk mengelak serangan seterusnya sehingga paparan skrin kembali normal menandakan keadaan pemain kembali pulih.

Beautiful World and Detail - 4

Landscape - 4, Characters - 4, Costumes - 3, Weapons - 3.5, Objects - 4.5


You Live In It - 3.7
  • Paparan visual Kane And Lynch 2 agak unik, dihasilkan seperti visual daripada kamera CCTV
  • Gambaran Shanghai diterap dengan baik dan realistik
  • Voice acting dan dialog yang baik dan menarik
  • Kesan damage ke atas objek dan environment yang sangat realistik
  • Efek bunyi merangkumi senjata dan environment yang baik dan realistik
  • Environment yang luas serta invisible wall yang terhad membolehkan pelbagai rancangan serangan dilakukan secara bebas
  • Detection untuk HUMAN SHIELD agak lemah
  • Ada kalanya hit detection agak lemah
  • Pakaian orang awam yang kebanyakkannya sama kesemuanya agak membosankan

Overall - 3.7

Keseluruhannya, masih terlalu awal untuk menilai Kane And Lynch 2 kerana permainan yang ditawarkan agak terhad dan sangat singkat. Walaupun pada awalnya penulis menghadapi sedikit kesukaran dalam combat terutamanya akibat masalah camera view dan hit detection, namun penulis mula merasa keseronokannya sedikit demi sedikit setelah permainan diulang beberapa kali (mungkin lebih 10 kali). Bagi penulis, Kane And Lynch 2 : Dog Days akan berada dalam senarai utama permainan video yang akan didapatkan apabila telah dikeluarkan nanti

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Kane And Lynch 2 : Dog Days
Demo Gameplay Video


No comments:

Post a Comment