Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Monday, July 5, 2010

Sniper : Ghost Warrior - Demo Impression


Game - Sniper : Ghost Warrior
Publisher -City Interactive
Developer - City Interactive
Engine - Chrome 4
Platform - PC, 360
Release Date - 29 June 2010

Envy Review for PC
Difficulty - Medium
Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif first person
  • Melibatkan kawalan tipikal seperti kebanyakkan FPS yang lain
  • Bermain dalam medium difficulty, satu indikator bulat turut dipaparkan di dalam scope menunjukkan sasaran sebenar tembakan
  • Untuk rujukan pemain, beberapa paparan HUD sangat membantu seperti wind meter - berfungsi menunjukkan arah tiupan angin semasa, heartbeat monitor - memudahkan pemantauan heart rate agar dalam keadaan normal supaya lebih tenang dan memudahkan bidikan sasaran disebabkan kurang goyangan dan heat meter - menunjukkan tahap visibility karekter kepada musuh
  • Heat meter yang penuh akan mengakibatkan musuh mula menembak dan menyerang pemain selain memberi amaran kepada rakan lain mengenai kehadiran penceroboh. Untuk mengelak ini berlaku, pemain perlu segera bersembunyi sebaik melihat heat meter mula meningkat. Jika berjaya, meter tersebut akan mula menurun. Sebaiknya pemain mula menari posisi baru selepas itu
  • Mini map berupa imej satelit turut dipaparkan, menunujukkan kedudukan semasa pemain, lokasi objektif serta kedudukan musuh yang telah dikesan pemain
  • Menggunakan sniper rifle , pemain memiliki kelebihan yang amat ketara untuk range combat dengan attachment scope yang disertakan. Scope mode diaktifkan mengunakan (RMB) dengan fungsi ZOOM (Mouse Wheel). Pengecaman karekter juga boleh dilakukan berdasarkan wrna yang terpantul daripada badan sasaran. Pantulan warna merah menunjukkan karekter tersebut adalah musuh.
  • Antara abiliti yang ditampilkan adalah FOCUS (Shift), membolehkan pemain memperlahankan pergerakan musuh dalam scope mode.
  • Setiap tembakan yang baik dan sempurna akan menghasilkan satu cutscene menunjukkan peluru daripada tembakan tersebut meluncur dari muncung rifle ke arah sasaran dituruti dengan impak tembakan tersebut ke atas sasaran.
  • Selain pendekatan stealthy yang menjadi elemen utama permainan video ini, pendekatan assault dan open combat juga boleh dicuba dengan menggunakan senjata yang dijatuhkan oleh musuh. Namun begitu, cara tersebut sangat tidak berkesan dan agak sukar memandangkan tahap damage pemain yang agak lemah serta abiliti cover yang kurang baik
  • Health meter dengan paparan bar serta peratus dipaparkan menunjukkan tahap health pemain. Sebaik menerima damage meter tersebut dipulihkan sebahagian menggunakan syringe yang dimiliki oleh pemain
  • Dipenghujung setiap level, satu ringkasan pencapaian dipaparkan memaparkan tempoh permainan level, peratus ketepatan tembakan, serta jumlah headshot dan musuh yang dibunuh.

Sniper scope view

Bullet flying cutscene


Action - 4
  • Demo ini menyediakan senjata yang terhad untuk kegunaan pemain. Antaranya adalah H&K USP pistol dengan silencer, Stoner SR-25 dan throwing knife.
  • Antara objektif dalam demo ini adalah membunuh ketua kumpulan pengedar dadah, mendapatkan data intel daripada komputer musuh serta melepaskan diri daripada serangan musuh
  • AI musuh berfungsi dengan baik di mana mereka sentiasa waspada apabila terdengar atau terlihat sesuatu yang mencurigakan seperti bunyi tapak kasut, geseran atau bayang-bayang. Setelah melihat rakan mereka terbunuh, carian akan mula dilakukan.

Beautiful World and Detail - 4.5


Landscape - 4.5, Character - 3.7, Costume - 4, Weapon - 4, Object - 4




You Live in it - 4.5
  • Grafik yang cantik dan terperinci menghasilkan environment hutan yang hidup dan realistik
  • Misi merangkumi waktu siang dan malam
  • Efek darah yang baik dan realistik
  • Penggunaan senjata yang mudah dan amat selesa membolehkan sasaran yang baik.
  • Efek bunyi tembakan yang baik
  • Bermain dalam medium difficulty membuatkan penulis berasa seperti penembak tepat elit disebabkan kelancaran stealth serta setiap tembakan yang tepat, rata-ratanya headshot
  • Walaupun indikator sasaran tembakan sebenar dipaparkan dalam medium, tetapi permainan masih lagi mencabar dengan goyangan senjata serta tiupan angin. Cabaran tersebut menjadikan medium setting tetap berbaloi walaupun terdapat sedikit bantuan
  • Invisible wall menghalang kepuasan eksplorasi dan untuk merencana taktikal
  • Beberapa pergerakan tidak realistik. Antaranya adalah ketika menaiki tangga di mana tangan kerekter masih lagi memegang rifle
  • Rupa musuh yang sama kebanyakkannya agak membosankan


Overall - 4.5

Penulis memberi tanggapan awal yang positif kepada demo ini. Selain kelancaran permainan, grafik yang cantik serta realistik juga menjadi demo ini sangat menarik dan wajib dicuba bagi peminat FPS bergenrekan stealthy. Bagi penulis, Sniper : Ghost Warrior merupakan FPS yang wajib didapatkan

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Sniper : Ghost Warrior Screenshots


Player as Delta Force sniper


In-game Action














World and Environment







No comments:

Post a Comment