Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Thursday, July 1, 2010

Egyptian Assassin Updates


Pada 04 Jun 2010 yang lalu, penulis telah menerbitkan satu post mengenai kemungkinan Egyptian Assassin untuk siri Assassin's Creed yang baru.

Maklumat yang terkini diperolehi daripada UbiWorkshop.com walaubagaimanapun menyangkal andaian tersebut. Imej tersebut sebenarnya eksklusif untuk Assassin's Creed art book yang akan diterbitkan satu masa nanti. Art book tersebut mengumpulkan banyak karya daripada artis seperti Craig Mullins, Tavis Coburn, 123Klan, Gabz dan James NG berkonsepkan Assassin's Creed.

UbiWorkshop turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menghantar karya assassin mereka sendiri di mana jika terpilih karya mereka akan turut diletakkan di dalam art book tersebut di samping karya artis pilihan.

Bagi yang berminat, hantarkan karya asssassin anda ke ubiworkshop@ubisoft.com. Penghantaran karya dibuka sehingga 15 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment