Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Wednesday, June 9, 2010

Split/Second Demo Impression


Game - Split / Second
Publisher - Disney Interactive Studios
Developer - Black Rock Studios
Platform - PC, 360, PS3, iPhone
Release Date - 18 May 2010

EnvyReview for PC

Gameplay - 3.5
  • Split/Second menampilkan abiliti POWERPLAY untuk menghasilkan pelbagai kemusnahan, shortcut dan mengubah keseluruhan haluan dan trek perlumbaan yang akan mempengaruhi perlumbaan, pemain dan pelumba lain. POWERPLAY bukan sahaja dimiliki oleh pemain tetapi juga pelumba NPC lain
  • Powerplay meter dipaparkan pada satu meter berbentuk U terbahagi kepada 3 sektor di bahagian belakang kereta. Meter tersebut diisi melalui setiap aksi pemain seperti drift, draft dan jump serta close call apabila pemain berjaya mengelak daripada POWERPLAY yang dilancarkan oleh pelumba lain
  • Sektor pertama dan ke-dua membolehkan POWERPLAY 1 (R-CTRL) dilancarkan menggunakan ikon biru yang dipaparkan pada kenderaan lawan. Sebaik dilancarkan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku berdasarkan environment yang terdapat di situ. Antaranya adalah mengarahkan helikopter melepaskan explosive ke atas kereta yang disasarkan dan meletupkan kenderaan sekeliling yang akan memberi kesan kepada lawan tersebut. Selain itu, shortcut juga boleh diaktifkan untuk menjimatkan jarak masa
  • Memenuhi sektor meter ke tiga, pemain boleh melancarkan POWERPLAY 2 (R-SHIFT) yang mampu menghasilkan kemusnahan yang amat besar sekaligus mengubah keadaan trek dan memungkinkan haluan baru perlumbaan. Namun begitu, penggunaannya akan mengakibatkan keseluruhan meter menjadi kosong dan perlu diisi semula
  • POWERPLAY memerlukan timing yang sangat tepat supaya letupan yang dihasilkan mengenai kereta lawan yang disasarkan. Timing yang kurang tepat akan membazirkan powerplay meter kerana kereta lawan masih lagi mampu berlumba.
  • POWERPLAY yang baik serta tepat akan menghasilkan satu cutscene secara slow motion memaparkan kesan kemusnahan yang dialami oleh kereta tersebut
  • Kereta yang musnah akibat POWERPLAY baik pemain atau pelumba NPC lain akan kembali seperti sediakala selepas beberapa saat untuk meneruskan perlumbaan, namun begitu mengakibatkan pelumba tersebut kerugian beberapa saat yang penting serta kehilangan kedudukan semasa ketika itu
  • Jika pemain berjaya mengelak POWERPLAY yang dilancarkan oleh pelumba lain, powerplay meter akan diisi. Namun begitu, kereta akan terbabas disebabkan letupan yang terhasil dan memerlukan kawalan yang baik untuk memastikannya kekal di trek.
  • Fungsi drift (tap DOWN) agak sukar untuk dikuasai

Start screen


Icon to activate Powerplay Level 1


Activate Powerplay to open shortcut


Full of Powerplay Meter, waiting to destroy the tower
with Powerplay Level 2


Activated Powerplay Level 2

Action - 3.7
  • Demo ini menyediakan perlumbaan di Airport Terminal dengan 3 pusingan ke garisan penamat
  • Pemain didedahkan dengan POWERPLAY yang memberi kelebihan kepada setiap pelumba untuk mengatasi satu sama lain.
  • POWERPLAY 1 melibatkan letupan beberapa kenderaan yang diparkir di sekitar laluan perlumbaan seperti kereta, bas ataupun lori. Selain itu beberapa bangunan juga boleh diletupkan seperti stesen minyak. Sumber letupan lain datang daripada helikopter yang banyak berlegar di sekitar laluan perlumbaan di mana mereka boleh melepaskan explosive ke atas kereta yang disasarkan. Letupan pada tahap ini hanya memberi kesan kepada kereta yang menjadi sasaran sahaja
  • POWERPLAY 2 pula melibatkan letupan serta kesan kemusnahan yang lebih besar seperti menara roboh, kapal terbang Boeing terhempas dan kemusnahan jalan raya akibat ditimpa oleh antenna satelit yang dimusnahkan. Kemusnahan ini lazimnya akan mengubah rupa bentuk laluan perlumbaan asal serta membuka laluan perlumbaan yang baru untuk menuju ke garisan penamat
  • Tiada sebarang customization boleh dibuat dalam demo ini ke atas kereta pemain mahupun tetapan keyboard controller atau resolusi skrin.
  • Maklumat mengenai kenderaan yang dipandu oleh pemain mahupun pelumba lain juga tidak dinyatakan

Split/Second demo take place at Airport Terminal


Petruchellis's best

Beautiful World and Detail - 4

Landscape - 4, Car -4, Object - 4


You Live in it - 3.5
  • Paparan grafik agak baik walaupun permainan bukan dalam resolusi penuh mengikut setting monitor
  • Efek kemusnahan merangkumi kereta dan environment yang sangat baik dan realistik. (kredit kepada in-game event di mana sebuah kapal terbang Boeing yang gagal melakukan pendaratan terhempas ke arah pemain mengakibatkan letupan yang amat dahsyat. Selain itu, melihat menara tinggi roboh ke bumi juga amat mengagumkan)
  • Kawalan kereta yang agak baik dalam kelajuan tinggi walaupun drift sedikit sukar dan masih memerlukan latihan
  • Efek bunyi kenderaan agak sederhana berbanding efek bunyi kemusnahan yang sangat dahsyat
  • Kaedah respawn yang ditampilkan menjadikan permainan kurang realistik
  • Ketiadaan crowd agak membosankan suasana
  • Tiada intro bagi perlumbaan juga agak membosankan perlumbaan.

Comparison of environment between before and after
Powerplay Level 2 launched


Overall - 3.7

Berdasarkan perlumbaan di airport terminal yang disediakan masih terlalu awal untuk membuat penilaian penuh kerana tidak semua elemen gameplay dimasukkan dalam demo ini. Tanggapan pertama penulis terhadap Split/Second agak baik terutama elemen destruction yang ditampilkan dalam perlumbaan dihasilkan dengan begitu baik, dahsyat dan realistik. Namun begitu, ketiadaan customization menjadikan demo ini seperti kosong tanpa dapat dinikmati sepenuhnya. Apa pun, Split/Second wajib dicuba oleh peminat genre racing kerana ia pastinya menampilkan kelainan.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Split/Second Screenshots


Player's car

In-Game Action





World and Environment



No comments:

Post a Comment