Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Monday, January 18, 2010

Crysis


Game - Crysis
Publisher - Electronic Arts
Developer - Crytek
Engine - CryEngine 2
Platform - PC
Released Date - 13 November 2007

Envy Review for PC
Difficulty - Normal

Review ini hanya meliputi level yang melibatkan aksi antara Nomad dan tentera Korea. Level yang melibatkan alien tidak diulas kerana permainan dan aksinya yang amat membosankan

Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif first person
  • Crysis menawarkan kawalan FPS yang tipikal tetapi menampilkan beberapa ciri dan abiliti istimewa diperolehi daripada Nano Suit yang digunakan
  • Nano Suit menawarkan beberapa mode (hold MB3)untuk meningkatkan abiliti Nomad. Hanya satu mode boleh diaktifkan dalam satu masa. Armor mode mengaktifkan shield yang terhad bagi mengurangkan damage. Strength mode meningkatkan kekuatan fizikal Nomad untuk damage yang lebih tinggi bagi hand to hand combat, melontar objek dan musuh, melompat dengan lebih tinggi, mengurangkan goyangan senjata untuk tembakan yang lebih tepat dan mengurangkan recoil. Speed mode meningkatkan kelajuan Nomad ketika berlari, berenang dan memecut. Cloaking membolehkan Nomad halimunan untuk beberapa ketika.
  • Mask yang dipakai oleh Nomad menyediakan paparan HUD baginya termasuk health meter, energy meter, mini map dan maklumat senjata yang digunakan. Selain itu, ia juga menyediakan akses kepada tactical map (hold TAB), objektif (hold TAB), pilihan mode (hold MB3) dan Binokular (B)
  • Dalam combat, Nomad boleh membawa 2 senjata pada satu masa tidak termasuk double handed pistol, grenade, C4 dan LAW. Setiap senjata memiliki fungsi alternate fire bagi mengubah kadar tembakan atau jenis peluru yang digunakan. Selain itu, fungsi attachment dan customization turut disediakan untuk pengubahsuaian senjata mengikut keperluan situasi atau kemudahan untuk tembakan yang lebih baik. Antaranya adalah silencer, assault rifle scope, sniper rifle scope, reflex sight, laser pointer, flashlight dan grenade launcher. Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan senjata lain yang dijumpai (F).
  • Bantuan crosshair turut diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Namun begitu, untuk tembakan yang lebih tepat termasuk headshot, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan
  • Abiliti lean (Q / E) yang dimiliki membolehkan senjata dihendap keluar dari cover untuk melakukan tembakan tanpa mendedahkan badan.
  • Grenade Indicator perlu diberi perhatian oleh pemain untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut. Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkan pemain terbunuh atau menerima damage yang besar.
Action - 4.5
  • Dalam Crysis, pemain membawa watak Jake Dunn a.k.a. Nomad. Nomad dilengkapi dengan Nano Suit yang mempunyai pelbagai keistimewaan untuk meningkatkan abiliti dan kemampuan Nomad ke tahap maksimum.
  • Antara objektif yang perlu diselesaikan oleh Nomad menyelamatkan tahanan, memusnahkan tank tentera Korea Utara dan AA Gun, menghapukan Jeneral Kyong, mematikan reaktor dan memusnahkan The Warships.
  • Tidak banyak variasi senjata disediakan dalam Crysis. Senjata yang disediakan merangkumi assault rifle, sniper rifle, shotgun, SMG, LAW dan explosive
  • Nomad perlu menghadapi ancaman daripada musuh yang terdiri daripada militari Korea Utara dan makhluk asing ketika pertengahan permainan.
  • Tentera Korea Utara ditampilkan dengan beberapa kelas berbeza. Kelas yang lebih tinggi lebih sukar untuk dibunuh disebabkan skil yang lebih baik dan ketahanan yang lebih dengan bantuan body armor. Kelas tentera Korea Utara terdiri daripada tentera biasa, Special Forces, squad leader, sniper dan lebih sukar tentera yang dilengkapi dengan Nano Suit. Nano Suit yang dimiliki oleh Tentera Korea Utara turut memiliki keistimewaan yang sama seperti yang digunakan oleh Nomad.
  • Pelbagai kenderaan disediakan dalam Crysis seperti Humvee, bot patrol, helikopter, tank dan APC
Beautiful World and Detail - 5
Landscape 5, Character 4.5, Costume 4.7, Weapon 4, Objects 4.7, Babes 2, Creatures 1.5

You Live in it - 4.7
  • Jalan cerita yang menarik
  • Grafik yang sangat cantik, realistik dan mengagumkan
  • Open world yang amat menarik dan sangat luas, mengagumkan dan memuaskan hati walaupun permainan secara linear
  • Efek damage yang sangat realistik termasuk ke atas enviroment, objek dan watak
  • Hampir setiap objek di dalam Crysis boleh dipegang dan digunakan oleh Nomad.
  • Kitaran waktu siang dan malam yang realistik
  • Efek air yang sangat realistik dan menarik
  • Setiap gerakan, tindakan dan aksi dilakukan dalam real time tanpa pause.
  • Nano Suit dihasilkan dengan amat terperinci dan menarik, memperlihatkan kecanggihan teknologi yang dimiliki membantu dalam combat dan setiap misi
  • Paparan HUD
  • Mayat yang kekal pada kedudukan asalnya
  • Efek darah yang baik terutama akibat tembakan daripada shotgun
  • Efek tembakan dan letupan yang sangat baik dan realistik merangkumi penghasilan dan bunyi.
  • Voice acting yang baik menghidupkan cerita.
  • Penggunaan bahasa inggeris di kalangan tentera Korea dalam Normal setting agak mengurangkan realistik permainan
Overall - 4.7

Crysis merupakan permainan video pertama yang memberikan standard baru kepada keperincian grafik bagi semua permainan video terkini. Sehingga kini tidak banyak permainan video yang mampu menandingi grafik yang dihasilkan terutama keperincian environment hutan. Selain itu, Crysis juga menampilkan aksi yang unik dalam permainan FPS berikutan penampilan nano suit yang memberi pelbagai abiliti istimewa untuk diterapkan dalam combat.
Crysis Screenshots

Psycho

General Kyong in nano suit

Weapon customization

Grab an enemy

Scope view


Driving a humvee

Driving a tank

Driving a speed boat

Swimming

Free dive

Downloading data

In-Game Combat











In-Game Action









World and Environment

















No comments:

Post a Comment