Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, January 10, 2010

Call Of Duty : Modern Warfare 2

Game - Call Of Duty : Modern Warfare 2
Publisher - Activision
Developer - Infinity Ward
Engine - IW 4.0
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 10 November 2009

Envy Review for PC

Difficulty - Regular

Gameplay - 4
  • Paparan perspektif first person
  • Permainan di dalam Modern Warfare 2 menampilkan lebih banyak elemen baru dan tidak hanya combat semata-mata.
  • Antaranya ice climbing, menunggang snowmobile, menyamar sebagai pengganas Rusia, melepaskan diri dari kepungan musuh melalui larian di atas bumbung, menyelam di dalam laut lepas menggunakan Seal Delivery Vehicle untuk memasuki pelantar minyak yang dikuasai musuh, memandu bot laju
  • Ketika ice climbing, pemain perlu menggunakan ice axe untuk memanjat curam ais. Kawalannya adalah menggunakan ice axe di tangan kiri (hold MB1) dan ice axe di tangan kanan (hold MB2) secara berselang-seli hingga ke puncak.
  • Combat membolehkan pemain membawa 2 senjata pada satu masa tidak termasuk grenade. Pemain boleh menukar senjata yang digunakan dengan yang di dalam inventori menggunakan (1 / 2). Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (F) yang dijumpai sepanjang permainan.
  • Sesetengah senjata turut dilengkapi dengan ciri istimewa atau attachment seperti scope, thermal scope, red dot sight, holographic sight, ACOG scope, laser module dan silencer . Sesetengah fungsi attachment (3) pula perlu diaktifkan untuk menggunakan grenade launcher, shotgun dan heartbeat sensor
  • Bergantung kepada level, pemain memiliki beberapa sokongan ketenteraan yang canggih seperti Predator Drone dan Stryker
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Ia juga dinyahaktifkan apabila sprint. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT (MB2) amat diperlukan terutama untuk headshot yang mampu membunuh musuh dengan segera
  • Beberapa jenis grenade dan explosive turut disediakan seperti frag grenade, flashbang, smoke grenade dan claymore mine. Explosive seperti breach dan C4 hanya boleh digunakan mengikut in-game indicator yang dinyatakan . Grenade (G) boleh dicharge (Hold G) untuk untuk memastikannya meletup sebaik dilontar ke arah musuh
  • Grenade Indicator perlu diberi perhatian oleh pemain untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut atau melontar kembali ke arah musuh (MB3). Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkan pemain terbunuh.
  • Abiliti SPRINT (Shift) buka sahaja membolehkan pemain bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas, tetapi juga amat berguna untuk diaplikasikan dalam combat terutama untuk retreat, berpindah cover dan mengelak damage yang besar daripada tembakan musuh. SPRINT hanya boleh dilakukan dalam jarak tertentu sahaja sebelum keletihan.
  • Modern Warfare 2 turut menampilkan slow motion action yang membantu pemain bertindak pada saat penting. Sebagai contoh ketika hendak menyelamatkan tebusan. Sebaik pintu bilik yang diduduki tebusan tersebut diletupkan, secara automatik pemain akan bergegas memasuki bilik tersebut dan pergerakan diperlahankan membolehkan pemain menembak ke semua musuh tanpa sempat mereka mengancam atau membunuh tebusan. Jika gagal membunuh kesemua musuh dalam tempoh tersebut, tebusan akan dibunuh dan misi diisytihar gagal. Tertembak tebusan juga akan menyebabkan misi gagal.
  • Apabila menerima damage, percikan darah akan terhasil pada skrin, menunjukkan tahap kritikal damage tersebut. Semakin besar damage, semakin banyak percikan darah membasahi skrin sekaligus menghadkan pandangan pemain. Apabila ini berlaku, langkah terbaik adalah berundur dan berlindung untuk mengelak serangan seterusnya sehingga paparan skrin kembali normal menandakan keadaan pemain kembali pulih. Health yang kritikal juga mengakibatkan nafas pemain menjadi kencang.
Action - 4.9
  • Mengikut level, pemain membawakan lima watak berbeza. Watak pertama adalah PFC Joseph Allen, anggota Ranger di Afghanistan sebelum dibawa pulang untuk menjadi agen penyamaran untuk CIA sebagai pengganas Rusia dengan nama samaran Alexei Borodin. Wataknya dibunuh oleh Makarov semasa misi No Russians. Watak ke dua adalah Sgt. Gary 'Roach' Sanderson, anggota elit sebuah multi national unit dikenali sebagai Task Force 141. Watak Roach merupakan peranan paling utama dipegang oleh pemain sepanjang permainan. Pemain juga perlu memainkan peranan sebgai PFC James Ramirez, anggota Ranger yang terlibat mempertahankan Amerika daripada serangan Rusia. 'Soap' MacTavish kembali sebagai captain unit Task Force 141 dan merupakan pegawai penyelia dalam setiap misi yang diikuti oleh Roach sebagai NPC. Watak terakhir adalah sebagai angkasawan ISS
  • Antara misi yang perlu diselesaikan adalah mendapatkan ACS module daripada satelit terhempas, menangkap Rojas, memusnahkan AA Gun, menyelamatkan tebusan di atas pelantar minyak Rusia , menyelamatkan tahanan penjara #627 dari penjara Rusia dikenali sebagai The Gulag dan menghapuskan Makarov serta General Shepard
  • Modern Warfare 2 membawa pemain ke pelbagai lokasi seluruh dunia seperti Afghanistan, Pergunungan ais Tian Shan di Kazakhstan, Lapangan Terbang Antarabangsa Zarkhaev di Moscow, kawasan penempatan favela di Rio de Jeneiro, Virginia dan Washington DC di Amerika, pelantar minyak Vikhorevka di perairan Timur Rusia, Petropavlovsk di Russia, sempadan Rusia - Georgia dan ISS. Aksi turut melibatkan di ruang angkasa.
  • Modern Warfare 2 menampilkan variasi senjata moden dengan ciri dan kelengkapan tambahan yang canggih. Pada amnya, senjata yang disediakan adalah M9, Desert Eagle, USP .45 (pistol), Glock 18, TMP, PP2000 (machine pistol), M4A1, M16A4, FAL, SCAR-H, AK-47, ACR, Styer AUG, FAMAS, TAR-21 (assault rifle), Dragunov, Intervention M-200, Barrett .50 cal, WA2000, M-21 EBR (sniper rifle), MP5K, Micro-Uzi, UMP-45, P90 (SMG), STRIKER, AA-12, SPAS-12, Benelli M1014 (shotgun), RPD, L86, M240, HK MG4 (LMG) dan Stinger, Javelin, RPG-7, AT4-HS, Thumper (rocket launcher)
  • Selain itu, pemain juga boleh menggunakan beberapa artileri sokongan lain seperti M134 mini gun, M5 sentry gun, Predator Drone (sebuah pesawat UAV dilengkapi pelancar misil) dan IAV Stryker (kenderaan ringan berperisai dengan fungsi remote weapon station yang dilengkapi machine gun dan grenade launcher)
  • Peralatan terbaru yang ditampilkan adalah riot shield yang mampu meningkatkan pertahanan pemain apabila menggunakannya. Penggunaan riot shield menyebabkan pemain tidak dapat menggunakan senjata. Namun begitu, perlindungan riot shield hanya terhad kepada serangan yang menghadap shield tersebut sahaja. Perlindungan yang diberikan oleh riot shield amat ketara apabila pemain cuba menembak musuh yang menggunakannya. Ternyata perlindungan yang diberikan amat baik. Pemain perlu mencari bahagian yang terdedah untuk disasarkan. Cara terbaik adalah menggunakan grenade untuk merobohkan pertahanan mereka.
  • Selain itu, pelbagai pakaian dan outfit turut ditampilkan dalam setiap misi begantung kepada situasi dan environment. Daripada pelbagai camouflage outfit hinggalah pakaian tentera dihasilkan dengan amat menarik, realistik dan variasi.
  • AI musuh dihasilkan dengan amat baik sekali malah amat mencabar pemain dengan corak menyerang yang terancang dan sangat agresif. Setiap serangan musuh seringkali menyebabkan pemain terpaksa berundur atau mencari cover lain. Musuh juga mampu berlindung dengan baik untuk mengelak setiap serangan pemain. AI teammate yang lain juga amat baik dan sangat membantu pemain dalam menghapuskan musuh.
  • Antara kumpulan musuh yang perlu dihadapi adalah Ultranationalist, tentera Rusia, OpFor, Russian Internal Troops, anggota militia dan Shadow Company.
  • Teknik larian yang dimiliki oleh musuh juga amat menarik dalam membantu mereka mengelakkan diri daripada tembakan pemain.
  • Banyak level di dalam Modern Warfare 2 memberi pengalaman baru kepada pemain. Antaranya, menghadapi militia Brazil, di kawasan penempatan favela, melepaskan diri dari kepungan militia Brazil melalui bumbung favela, pembunuhan beramai-ramai melibatkan orang di Lapangan Terbang Antabangsa Zarkhaev, melintasi jurang dengan menunggang snowmobile, memanjat curam ais, menyaksikan kemusnahan ISS dari angkasa, menyalakan flare untuk membatalkan Hammerdown Protocol dan membunuh Shepard dengan melontar pisau ke arahnya
Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape 4.5, Character 4.5, Costume 4.7, Weapon 4.7, Object 4.5

You Live in it - 4.5
  • Kesinambungan cerita dan aksi antara gameplay dan in-engine cutscene yang sangat menarik
  • Grafik yang cantik dengan keperincian karekter, senjata dan environment yang sangat baik dan mengagumkan
  • Enviroment kemusnahan perang yang sangat realistik di Virginia Utara dan Washington DC
  • Penggunaan senjata yang mudah dan amat selesa.
  • Variasi outfit dan karekter
  • Voice acting yang sangat baik dan menghidupkan jalan cerita
  • Plot yang menarik dan dipenuhi kejutan menghidupkan lagi jalan cerita
  • Reflek damage yang sangat baik. Setiap musuh yang terkena tembakan akan bertindak balas bergantung kepada kritikal damage yang diterima. Musuh yang hampir mati juga masih mampu melepaskan tembakan ke arah pemain.
  • Mayat kekal pada kedudukannya
  • Ketiadaan abiliti lean seperti siri yang lalu agak menyukarkan combat.
Overall - 4.5

Aksi dan plot yang disajikan dalam Modern Warfare 2 menjanjikan aksi yang hebat dan mengagumkan serta dipenuhi kejutan. Penyampaiannya dihasilkan ibarat sebuah filem perang Hollywood dipenuhi ketegangan dan aksi tanpa henti. Bagi yang telah mengikuti siri ini sejak dari mula lagi, Modern Warfare 2 pastinya memberikan pengalaman berbeza dan yang pastinya amat memuaskan, mengagumkan dan sukar dilupakan

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
Call Of Duty : Modern Warfare 2 Screenshots

Shepard Test Achievement

Night Vision

Using riot shield

Ice climbing

Breaching door

M5 sentry gun

In-Game Combat



















Predator Drone


Using Stinger


Using javelin


Using M134 Minigun
In-Game Action










































World and Environment
















No comments:

Post a Comment