Game - James Cameron's Avatar : The Game
Publisher - Ubisoft
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Dunia
Platform - PC, 360, PS3, Wii, PSP
Released Date - 01 December 2009Platform - PC, 360, PS3, Wii, PSP
Envy Review for PC
Gameplay - 2.5
- Memaparkan perspektif third person
- Pemain sentiasa berlari sepanjang permainan dengan beberapa pergerakan tambahan seperti melompat (SPACE) dan dodging (LEFT SHIFT).
- Pemain memiliki pengimbas yang membolehkan setiap hidupan dan persekitaran Pandora dianalisa dan memberikan maklumat mengenai hidupan tersebut. Setiap maklumat yang diperolehi daripada imbasan tersebut boleh diperolehi daripada akses Pandorapedia di dalam menu. Namun begitu, akses kepada Padorapedia tidak disediakan dalam demo ini.
- GMI merupakan mesin teleport yang membolehkan pemain dipindahkan dengan segera ke suatu tempat lain yang terdapat GMI yang telah diaktifkan.
- Dalam combat, pemain dilengkapi 4 senjata api yang terdiri daripada double hand pistol, assault rifle, launcher dan flamethrower.
- Kelebihan turut diperolehi oleh pemain dengan tersedianya AMP Suit. Ia mempunyai ketahanan yang kuat dan kapasiti amuniti senjata yang tinggi.
- Selain itu, pemain juga turut memiliki skills yang merupakan keistimewaan kepada pemain terutama bagi tujuan combat yang efektif. Antara skills tersebut adalah tactical strike (1), ultrasonic repulsor (2), genetic repulsor (3) dan chromatic blend (4). Ia boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa had. Namun begitu, setiap kali penggunaannya perlukan sedikit masa sebelum dapat digunakan semula.
- XP diperolehi apabila pemain membunuh musuh, memusnahkan hidupan dan tumbuhan tertentu, menyelesaikan objektif dan mengutip sampel sel. XP meter yang telah dipenuhi akan memberikan upgrade kepada kelengkapan senjata dan armor pemain.
- Avatar turut menyediakan pelbagai kenderaan merangkumi darat dan udara. Setiap kenderaan turut dilengkapi dengan sokongan artileri dan senjata bagi menghadapi musuh. Pemanduan kenderaan daratan sangat sukar dengan camera view yang amat memeningkan dan kawalan yang sukar. Malah penggunaan kenderaan yang mempunyai sokongan senjata juga amat sukar digunakan kerana tidak mempunyai bantuan crosshair atau pelarasan turret
- Health pemain dipaparkan pada health bar menegak berwarna biru di sebelah kiri skrin. Sisi health bar tersebut adalah cell sample meter yang berfungsi sebagai indikator kepada jumlah sampel sel yang telah dikumpul. 10 sampel sel yang berjaya dikumpul akan memberikan memberikan 1 abiliti recovery kepada pemain. Recovery berfungsi memulihkan sepenuhnya health pemain apabila hampir terbunuh. Jika pemain terbunuh tanpa memiliki sebarang recovery, permainan akan dimulakan semula daripada checkpoint terakhir.
- Dalam demo ini pemain perlu menyelesaikan beberapa objektif seperti install A-POD dan mengaktifkan repulsor
- Dalam demo yang pendek ini, pelbagai musuh telah ditempuhi oleh pemain, antaranya pahlawan Na'vi, Viperwolf, Hammerhead dan pelbagai tumbuhan berbahaya yang memberikan ancaman dengan melepaskan gas beracun, melakukan libasan, melancarkan explosive spore atau membebaskan Hellfire Wasp.
- Paparan cutscene yang ringkas agak kurang menarik
Landscape - 4, Character - 3.7, Costume - 3.5, Weapon - 3.5, Object - 3, Creatures - 4
You Live in it - 2.5
- Grafik yang cantik
- Environment Pandora yang sangat cantik dan mengagumkan.
- Kitaran waktu siang dan malam. Waktu malam di Pandora amat cantik dengan setiap tumbuhan menghasilkan sinar cahaya yang amat mengagumkan dan menarik
- Skills yang dimiliki amat menarik
- Kepelbagaian makhluk dan hidupan yang unik
- Efek bunyi tembakan yang agak baik
- Efek api dan letupan yang sangat baik dan realistik
- Permainan menjadi kurang menarik apabila setiap makhluk yang terbunuh akan lesap dengan segera.
- Aksi dan mekanisma combat dalam Avatar : The Game kurang menarik dan kurang lancar. Antara faktornya adalah tindak balas musuh terutamanya Na'vi Warrior terhadap setiap serangan pemain langsung tiada respon sebaliknya ia menyasarkan serangan kepada lawan yang tidak sepatutnya. Malah pemain mampu membunuh mereka tanpa sebarang ancaman atau serangan. Selain itu, tiada sebarang damage ke atas team mate yang terkena tembakan atau letupan. Pendekatan combat dalam Avatar juga menyebabkan pemain sering kali melakukan tembakan membuta tuli dan membazirkan peluru disebabkan crosshair yang kurang baik dan ketiadaan iron sight atau zoom. Pemain juga tidak memiliki sebarang serangan melee.
- Cutscene yang sangat ringkas kurang menarik
- Paparan loading ketika teleport sangat tidak menarik
- Spawn musuh di merata tempat malah tiba-tiba sahaja muncul tanpa dapat dilihat arah kedatangannya.
- Hit detection dari jarak yang agak jauh sangat lemah menyebabkan combat dari jarak jauh tidak boleh digunakan.
Masih terlalu untuk untuk membuat penilaian akhir berdasarkan demo ini memandangkan pemain tidak berkesempatan untuk merasai pengalaman sebagai Pahlawan Na'vi memandangkan ia tidak disediakan dalam demo ini. Penilaian awal terhadap demo ini apabila berada di sebelah pihak RDA agak kurang baik terutama dari segi pendekatan combat yang tidak efektif
No comments:
Post a Comment