Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Monday, February 22, 2010

Grand Theft Auto IV

Game - Grand Theft Auto IV
Publisher - Rockstar Games
Developer - Rockstar North
Engine - RAGE
Platform - PC
Released Date - 02 December 2008

Envy Review for PC
Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif third person sepanjang permainan. Namun begitu, paparan perspektif first person turut digunakan apabila berada di dalam teksi dan menonton televisyen
  • Menu (ESC) memberi akses kepada Nikko untuk paparan peta, statistik dan brief
  • Permainan terbahagi kepada 4 mode, iaitu navigasi, telekomunikasi, combat dan pemanduan kenderaan
  • Berada di dalam open world yang luas di Liberty City, Niko boleh memilih pelbagai cara untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Daripada berlari, memanjat, melompat dan berenang, Niko juga boleh memandu pelbagai jenis kenderaan yang disediakan merangkumi kereta, motosikal, pikap, trak dan helikopter daripada pelbagai model. Selain itu, dengan dengan sedikit perbelanjaan, Niko boleh menggunakan perkhidmatan keretapi dan teksi untuk bergerak di Liberty City dengan lebih selamat tanpa menarik perhatian pihak berkuasa.
  • Dalam combat, Niko dibekalkan dengan pelbagai senjata merangkumi yang boleh dibawa bersama setiap masa. Senjata boleh ditukar mengikut kemahuan Niko menggunakan (scroll MB3). Abiliti cover (Q) yang dimiliki memberikan sistem pertahanan yang lebih baik dan membolehkan blindfire (Q + MB1).
  • Selain menggunakan senjata, hand to hand combat juga turut digunakan apabila menghadapi musuh tanpa senjata. Pelbagai variasi gerakan dapat dilakukan dalam hand to hand combat seperti tumbukan (MB1 + MB2), tumbukan alternatif (R), menendang (Q), blocking (SPACE), dodging dan disarming (SPACE + MB2).
  • Setiap kali memasuki combat mode, crosshair akan dipaparkan bagi menentukan arah atau point serangan Niko. Pada crosshair tersebut turut dipaparkan health meter dalam bentuk bulatan. Health meter tersebut turut diwarnakan dengan warna tertentu bagi membezakan orang awam atau musuh. Bagi musuh, ia diwarnakan dengan merah manakala warna hijau bagi orang awam.
  • Health Niko dipaparkan pada bulatan yang mengelilingi minimap berwarna hijau. Niko turut dilindungi oleh armor berpandukan bulatan berwarna biru pada mini map juga. Apabila menerima damage yang teruk, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memulihkannya kembali. Antaranya, melalui makanan, minuman, tidur, menghubungi paramedik, meminta nasihat kesihatan daripada teman wanita dan mendapatkan khidmat daripada pelacur. Damage bukan sahaja diperolehi ketika combat malah akibat dilanggar kenderaan lain, terhumban keluar daripada kenderaan kerana kemalangan teruk dan terjatuh dari tempat yang tinggi.
  • Damage sehingga mengosongkan health meter akan menyebabkan permainan terhenti dan Niko perlu memulakannya semula di hospital terhampir dengan pemotongan sedikit wang untuk bayaran rawatan. Semua senjata yang dimiliki turut diperolehi semula oleh Niko sebaik discaj dari hospital.
  • Sistem Wanted Level digunakan untuk menunjukkan tahap respon pihak berkuasa ke atas Niko setiap jenayah dilakukan olehnya. Ia dipaparkan pada meter berbentuk bintang setiap kali pergerakannya dikesan oleh pihak polis. Meningkatnya setiap wanted level, akan menyebabkan penglibatan pihak berkuasa yang lebih cekap dalam usaha memberkas Niko. Sebagai contoh, wanted level pada tahap 1 yang hanya melibatkan polis tempatan (LCPD) akan turut dibantu oleh NOOSE apabila memasuki tahap 3. Memasuki tahap 5, penglibatan FIB (FBI?) akan turut digunakan diiringi oleh kawalan helikopter. Semakin tinggi level, semakin tinggi tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa apabila Niko dikesan dan berlaku kejar-mengejar.
  • Setiap kali dikesan atau dikejar pihak berkuasa, satu bulatan yang bersinar akan dipaparkan pada mini map menandakan search area pihak berkuasa akan memburu Niko. Untuk mengelak daripada terus diburu, Niko perlu keluar dari search area tanpa dikesan oleh pihak berkuasa. Selain itu, memandu ke dalam garaj Pay N Spray turut membantu Niko mengelak buruan tersebut selain mengurangkan wanted level.
  • GTA 4 turut melibatkan pemanduan kenderaan daripada pelbagai jenis dan model merangkumi kereta, motosikal, pikap, trak, lori, bot dan helikopter. Apabila dalam drive mode, mini map akan berfungsi sebagai GPS kepada Niko sebagai penunjuk arah atau destinasi. Niko juga boleh menggunakan senjata apabila berada di dalam kenderaan (MB1). Setiap kenderaan turut dilengkapi hon (G), highlight (H), brek tangan (SPACE), pelbagai saluran radio dan fungsi pandang belakang (C). Memandu dalam keadaan mabuk perlu dielakkan kerana ia mampu menarik perhatian polis. Sebaiknya perkhidmatan teksi digunakan untuk memastikan keselamatan Niko
  • Melalui akses peta di dalam menu utama, waypoint boleh ditandakan untuk menunjukkan laluan yang perlu diambil untuk elakkan daripada tersesat. Terdapat beberapa warna waypoint yang perlu diberi perhatian iaitu warna kuning merujuk kepada laluan objektif, warna merah pula laluan ke arah seseorang individu atau laluan yang diambil oleh kereta yang dikejar oleh Niko manakala hijau merupakan waypoint ke arah dsetinasi yang ditetapkan sendiri oleh Niko. Selain waypoint berwarna hijau, waypoint objektif dan merah dipaparkan secara automatik
  • Niko turut memiliki sebuah telefon mudah alih (UP) yang memainkan peranan yang amat penting dalam permainan. Pada amnya, ia digunakan untuk berhubung dengan seseorang untuk tujuan kerja, temujanji, atau talian kecemasan 911. Ia juga mempunya fungsi teks mesej, reminder dan kamera. Paling penting, telefon juga memudahkan Niko mengulang semula misi yang gagal. Telefon boleh digunakan pada bila-bila masa walaupun ketika memandu.
  • GTA 4 turut menyediakan in-game web yang boleh dilihat apabila melayari internet di TW@, sebuah kafe internet. Lebih menarik, ia turut menyediakan perkhidmatan temujanji dengan perempuan yang diingini dan e-mel
Action - 4.7
  • Pemain membawa peranan Niko Bellic, seorang imigran dari Timur Eropah dan veteran Perang Bosnia yang datang ke Amerika atas desakan sepupunya, Roman untuk membina kehidupan yang lebih baik dan melupakan kisah lamanya.
  • Pelbagai senjata api disediakan untuk kegunaan Niko merangkumi pistol, smg, shotgun, assault rifle, sniper rifle, molotov cocktail, grenade dan rocket launcher.
  • Antara model senjata yang disediakan adalah Desert Eagle, AK-47, Micro Uzi smg, MP-10 smg, R700-P dan PSG-1 sniper rifle, Beretta 1201FP shotgun automatic, RPG-7V rocket launcher dan Glock17 pistol.
  • Selain menyelesaikan pelbagai misi-misi utama, Niko turut mempunyai misi dan tugas sampingan bagi menambah sumber pendapatan. Antara tugas sampingan yang dilakukan oleh Niko adalah memandu teksi Roman untuk mengambil dan menghantar penumpang yang diberitahu olehnya, membantu Little Jacob menghapuskan saingannya dalam pengedaran ganja atau menghantar bungkusan ganja dan merampas kenderaan seperti yang diarahkan oleh Brucie dan menolong individu yang berada di sekitar Liberty City
  • Niko juga mempunyai pilihan untuk pendekatan hand to hand combat menggunakan tumbukannya, pisau atau pemukul besbal. Ia boleh digunakan tanpa had tetapi agak terbatas jika ada musuh yang menggunakan senjata api. Jika pendekatan stealth diambil, abiliti disarm amat berguna untuk membalas serangan musuh bersenjata
  • Sistem telekomunikasi di dalam GTA 4 bukan sahaja memberi peluang kepada Niko menggunakan perkhidmatan telefon mudah alih, tetapi juga meliputi sistem penyiaran televisyen, radio dan internet. Pelbagai saluran televisyen dan radio boleh dinikmati oleh Niko malah program yang disiarkan amat variasi dan menghiburkan. Internet di dalam GTA 4 pula menyediakan hingga hampir 100 laman web untuk diakses oleh Niko.
  • Pelbagai tempat menarik disediakan untuk aktiviti seharian Niko apabila di luar misi. Antaranya bar, strip club, pusat permainan meliputi bowling, dart dan pool, restoran, kelab kabaret dan kafe internet. Automatic car wash juga disediakan untuk kemudahan Niko mencuci kenderaan yang kotor.
  • Beberapa tempat seperti butik pakaian dan kedai senjata disediakan sebagai lokasi Niko membeli pakaian, senjata terbaru dan bekalan senjata.
  • Variasi model kenderaan juga disediakan untuk pilihan Niko. Antara yang menarik adalah Turismo. Bukan sahaja reka bentuk yang menarik, pemanduan dan kawalannya amat baik tidak kira untuk pemanduan biasa, kejar mengejar atau berlumba.
  • Terdapat beberapa penamat yang menarik untuk ditamatkan
Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape - 4.9, Characters - 4.7, Costume - 4.7, Weapons - 4, Objects - 4.7, Babe - 3

You Live in it - 4.9
  • Jalan cerita yang sangat menarik
  • Keluasan Liberty City yang mengagumkan dan amat memuaskan
  • Kitaran siang dan malam yang sangat baik dengan sistem waktu yang realistik . Kepelbagaian cuaca juga dapat dilihat dengan berlakunya hujan dan ribut petir
  • Variasi pakaian dan aksesori yang menarik
  • Pelbagai kenderaan merangkumi variasi model disediakan dalam GTA 4. Antara yang mencuri tumpuan adalah kereta sport Turismo, Banshee, Comet dan Super GT
  • Crowd yang hidup dan variasi dengan aktiviti masing-masing. Reaksi dan tindak balas mereka terhadap setiap tindak tanduk Niko juga realistik dan variasi. Sebahagiannya takut akan Niko, ada yang memaki dan ada yang cuba membalas perbuatan kasar Niko ke atas mereka. Malah ada yang mengangkat isyarat lucah apabila sesetengah tindakan Niko tidak menyenangkan hati mereka.
  • Perkhidmatan teksi, keretapi laju, tol, kafe internet, variasi siaran televisyen dan radio, semuanya dihasilkan dengan amat baik untuk menghidupkan permainan GTA 4 menjadi lebih realistik
  • Memandu dalam keadaan mabuk amat menarik di dalam GTA 4. Walaupun sebaik mana tumpuan yang diberikan, Niko tetap gagal untuk mengawal kenderaan dengan baik malah boleh menarik perhatian polis jika terus memandu. Keadaan tersebut menjadikan permainan amat realistik.
  • Kawalan combat dan kenderaan yang amat baik dan mudah.
  • Namun begitu, terdapat juga kawalan beberapa perkara yang sukar dan menyusahkan seperti helikopter dan motosikal
Overall - 4.7

GTA 4 merupakan third person action yang terbaik pernah dihasilkan di dalam open world / sandbox yang tersendiri dan menarik. Kepelbagaian misi dan tugasan serta pilihan yang perlu dibuat untuk menetukan hala tuju cerita juga menjadikan permainannya lebih menerujakan dan tidak membosankan. Paling mengagumkan adalah open world Liberty City yang dihasilkan dengan penuh keperincian, cantik dan amat luas. Bermain GTA 4 ibarat hidup di dalam dunia Liberty City itu sendiri. Wajib dimain oleh setiap gamers di dalam dunia ini.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Grand Theft Auto 4 Screenshots

Driving Roman's cab

Riding a bike

Driving a boats

Flying helicopter

Send Little Jacob's package to the buyer

Using cab service

Racing

Playing pool

Playing bowling

Playing Qub3D

Safehouse

Using camera phone

Watching tv at safehouse

Internet services at TW@

Accessing LCPD crimes database


Show at cabaret clubs

Strip Club

Getting handjob from hooker

Stunt

Car wash service
In-Game Combat

Blindfire




Sniper rifle

Using grenade

Firing RPG
In-GameAction






























World and Environment
















No comments:

Post a Comment