Game - Brothers In Arms : Hell's Highway
Publisher - Ubisoft
Developer - Gearbox Software
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 07 October 2008 on PC
Envy Review on PC
Difficulty - Veteran
Publisher - Ubisoft
Developer - Gearbox Software
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 07 October 2008 on PC
Envy Review on PC
Difficulty - Veteran
Gameplay - 3.7
Landscape 4, Building, 4, Karekter 4.5, Kostum 4.5, Weapons 4, Objects 4
You Live in it - 4
- Permainan dipaparkan daripada perspektif first person. Ia turut menampilkan paparan perspektif third person apabila Baker berada dalam posisi berlindung.
- Dalam combat, Baker boleh membawa 3 senjata pada satu masa merangkumi 2 senjata double hand dan satu pistol termasuk grenade. Senjata tersebut boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (E) yang dijumpai sepanjang permainan
- Bergantung kepada level, Baker turut dibantu oleh satu atau dua squad iaitu Fire dan Assault Team seperti ditampilkan dalam dua siri yang lalu. Hell's Highway turut menyediakan bantuan unit baru iaitu MG dan Bazooka sebagai sokongan artileri berat untuk supressing fire dan memusnahkan tank atau Flak 88. Arahan boleh diberikan kepada unit tersebut sama ada untuk bergerak ke sesuatu lokasi atau sokongan supressing fire. Tidak seperti dua siri yang lalu, setiap arahan boleh dibatalkan (MB1) manakala assault command pula hanya berfungsi apabila berada berdekatan dengan pertahanan musuh.
- Supressing indicator masih digunakan bagi menunjukkan kedudukan, tahap tumpuan dan keadaan musuh. Musuh yang berlindung akibat supressing fire akan menukar indicator tersebut kepada warna kelabu manakala musuh yang bersedia untuk menyerang ditanda dengan warna merah.
- Hell's Highway masih menampilkan Situational Awareness (X), iaitu tactikal map yang berfungsi memberi overview posisi Baker, ahli skuad dan musuh dalam pause mode bagi merencanakan strategi dan taktik yang akan digunakan untuk menyerang musuh. Ia ditampilkan dengan lebih ringkas di samping beberapa elemen baru seperti recon report. Selain posisi, Situational Awareness turut memberi maklumat mengenai lokasi recon, laluan untuk flanking dan lokasi bekalan amuniti dijatuhkan.
- Abiliti lean (W / A / D) yang dimiliki sebaik berada dalam posisi berlindung (Q) membolehkan senjata dihendap keluar dari cover tanpa mendedahkan badan.
- Bantuan crosshair turut diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Untuk tembakan yang lebih tepat termasuk headshot, IRONSIGHT (MB3) amat diperlukan
- Abiliti sprint (SPACE) membantu pemain bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas tetapi dalam jarak tertentu sahaja disebabkan keletihan. Selepas beberapa ketika, Baker boleh sprint semula.
- Lontaran grenade boleh ditentukan ke tempat tertentu mengikut paparan yang disediakan (hold F) atau melontar terus ke arah tertentu (F).
- Tiada bar yang spesifik memaparkan health Baker. Walaubagaimanapun, pemain boleh mengetahui keadaannya kritikal apabila skrin dilitupi lapisan merah. Apabila keadaan tersebut terjadi, Baker perlu segera berlindung untuk memulihkan kembali healthnya sehingga lapisan merah tersebut hilang
- Selain membawa watak SS Matt Baker, pemain juga turut berkesempatan memandu tank apabila membawa watak Brian Horrocks dari Bristish XXX Corps.
- Menampilkan senjata-senjata WWII seperti Garand, M1A1 Carbine, Thompson SMG, BAR, Kar 98, STG 44, MP40, MG-42Bazooka. Scoped Kar98 adalah sniper rifle tunggal yang disediakan tetapi amat jarang dijumpai.
- AI skuad telah ditingkatkan dengan abiliti berlindung yang lebih baik. Namun begitu, masih terdapat banyak arahan Baker yang tidak dipatuhi oleh skuad terutamanya unit Bazooka. Begitu juga AI musuh yang mempunyai abiliti berlindung yang lebih baik dan bertindak balas atas setiap tindakan Baker
- Hell's Highway menampilkan banyak elemen ganas dan gore melalui action cam yang ditampilkan, memaparkan adengan anggota badan musuh terputus atau hancur akibat letupan dan tembakan dalam slow motion mode.
Landscape 4, Building, 4, Karekter 4.5, Kostum 4.5, Weapons 4, Objects 4
You Live in it - 4
- Jalan cerita yang sangat menarik. Kesinambungan cerita dengan siri yang lalu juga disampaikan dengan amat baik
- Grafik yang cantik dan keperincian watak, senjata dan environment yang sangat baik dan mengagumkan
- Environment WWII yang baik dan menarik
- Kepelbagaian waktu dan cuaca dalam setiap level menjadikan permainan lebih menarik
- Efek darah dan gore sangat menarik dengan kesan percikan darah yang realistik, anggota badan terputus dan tembakan headshot yang menghancurkan kepala
- Letupan yang berdekatan dengan Baker menyebabkan debris bertaburan dan menjejaskan pendengarannya untuk seketika
- Mayat kekal pada kedudukannya
- Voice acting yang sangat baik dalam menghidupkan jalan cerita
- Keakraban dalam perhubungan antara skuad disampaikan dengan sangat baik menghidupkan brotherhood di kalangan skuad Baker di samping konflik dan masalah yang timbul.
- Efek bunyi merangkumi senjata, letupan dan suara latar dalam peperangan amat baik dan menghidupkan suasana peperangan yang sebenar
- Setiap tembakan menghasilkan debris yang akan memenuhi skrin dan memusnahkan cover yang rapuh seperti meja kayu atau tong kayu.
- Pemanduan tank mudah dan selesa
- Kawalan sprint agak sukar terutama apabila hendak membelok
- Killroy agak sukar dijumpai
Ada beberapada kelebihan dan kelemahan Hell's Highway jika dibandingkan dengan siri terdahulu terutama Road To Hill 30. Hell's Highway menunjukkan peningkatan dari segi hit detection untuk memudahkan headshot. Namun begitu, lebih banyak kekurangan dapat dilihat apabila dibandingkan dari segi jalan cerita dan feel.
No comments:
Post a Comment