Game - Far Cry 2
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Dunia with Havok Physics
Platforms - PC, 360, PS3
Released Date - 21 October 2008
Envy Review for PC
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Dunia with Havok Physics
Platforms - PC, 360, PS3
Released Date - 21 October 2008
Envy Review for PC
Gameplay - 4
- Far Cry 2 memaparkan pandangan daripada perspektif first person shooter sepanjang gameplay.
- Di awal permainan, pemain diberi pilihan untuk memilih watak yang diingini. Setiap watak tersebut merupakan pembunuh-pembunuh upahan yang memiliki latar belakang sendiri. Ada 12 watak kesemuanya. Bagi watak yang tidak dipilih, mereka akan menjadi buddy kepada pemain. Penulis telah memilih karekter Marty Alencar, seorang bekas tentera marin Amerika
- Matlamat utama pemain adalah untuk mencari dan membunuh seorang pembekal senjata haram dikenali sebagai The Jackal. The Jackal bertanggungjawab menjual senjata-senjata api kepada dua organisasi yang berperang sesama sendiri, iaitu APR yang diketuai Oliver Tambossa yang merupakan bekas orang kanan kerajaan negara tersebut yang telah runtuh dan UFLL yang diketuai oleh Adi Mbantuwe, bekas ketua pembangkang. Kerajaan tidak lagi berfungsi ketika ini.
- Selain misi utama tersebut, pemain turut terlibat dengan pelbagai misi lain seperti faction mission - misi yang diperoleh daripada ketua APR atau UFLL untuk habuan berlian dan reputasi, underground mission - misi untuk melindungi orang awam, membekalkan pil malaria kepada pemain, buddy side mission - side mission ketika menjalankan faction mission, penting untuk upgrade safe house dan meningkatkan reputasi, gun vendor mission - menghapuskan pesaing vendor senjata untuk mengunlock senjata baru dan upgrade, dan assassination mission - diperole daripada menara telekomunikasi, misinya memerlukan pemain membunuh individu tertentu
- Dengan jangkauan kawasan seluas 50 km persegi, pelbagai jenis kenderaan disediakan meliputi laluan darat dan air untuk eksplorasi ke seluruh pelusuk Far Cry 2 yang bertemakan lanskap Afrika. Dari Jeep, SUV, buggie, trak dan bot hinggalah glider, satu-satunya game yang menawarkan kenderaan seumpamanya
- Dalam combat, pemain memiliki 3 slot senjata untuk digunakan menentang musuh, terbahagi kepada primary weapon, secondary weapon dan special weapon. Primary weapon pada amnya merupakan senjata menggunakan dua tangan merangkumi assault rifle, sniper rifle dan shotgun, secondary weapon merangkumi senjata automatik, semi automatik dan grenade launcher, manakala special weapon pula meliputi LMG, RPG dan flamethrower. Pemain juga memiliki sebilah machete yang boleh digunakan sepanjang masa selain grenades dan molotov cocktails. Kapasiti yang boleh dibawa bergantung kepada saiz beg yang dimiliki.
- Senjata yang disediakan adalah Desert Eagle, Makarov, Silence Makarov 6P9, Star .45, flare pistol - pistol, AK-47, AR-16, FN FAL - assault rifle, silence MP5, G3KA4, Mac-10, Uzi - SMG, Homeland 37, SPAS-12, USAS-12 - shotgun, M1903 Springfield, SVD Dragunov, AS-50 - sniper rifle, M249 SAW, PKM - LMG, MGL-140, M-79, RPG-7, Carl Gustav - launcer, dan LPO-50 flamethrower.
- Antara exsplosive yang disediakan adalah frag grenade dan Molotov selain mortar
- Senjata kegemaran penulis dalam Far Cry 2 adalah Silence Makarov 6P9 dan sniper rifle terutamanya M1903 Springfield dan AS-50. Kombinasi kedua-dua jenis senjata ini amat berguna terutama untuk combat secara stealthy dan jarak jauh.
- Senjata direka dengan menarik dan terperinci dengan mekanisme yang realistik meliputi penyelenggaraan, reload, damage dan degradation. Degradation merujuk kepada kerosakan dan masalah yang dihadapi oleh senjata berkenaan akibat selalu digunakan dan terlalu kotor. Masalah yang selalu dihadapi oleh senjata tersebut antaranya jammed atau meletup. Jika jammed, senjata tersebut perlu diperbetulkan dengan menghentaknya beberapa kali menggunakan UNJAM (R). Jika meletup, senjata tersebut sama sekali tidak dapat digunakan lagi.
- Dalam menghadapi combat, pelbagai pendekatan boleh diambil bagi menghadapi musuh dan menyelesaikan misi. Pendekatan tersebut antaranya merangkumi assasult, range combat, dan stealth. Bagi penulis, stealth antara combat yang paling baik untuk menghadapi musuh. Penggunaan senjata berpenyenyap serta operasi pada waktu malam menjadi kunci utama keberkesanan stealthy. Paling baik jika musuh diclearkan terlebih dahulu daripada jarak jauh menggunakan sniper rifle
- Map dipaparkan secara real time di mana pemain perlu memegang peta tersebut dengan tangan kiri di samping GPS di sebelah kanan untuk mengetahui kedudukan semasa dan arah dituju tanpa permainan terhenti. Map sentiasa dikemaskini secara automatik setiap kali memasuki zon baru. Keistimewaan map dalam Far Cry 2 adalah pemain boleh menanda sesuatu tempat dalam map tersebut sebagai panduan.
- Pemanduan dan kawalan kenderaan sama ada darat atau air amat mudah dan selesa. Pengendalian glider agak sukar. Kenderaan yang mengalami masalah akibat terkena tembakan, pelanggaran atau terjatuh dari tempat yang agak tinggi akan mengakibatkan kenderaan tersebut perlahan, engin berasap dan terbakar atau pun tidak dapat dihidupkan. Oleh itu, pemain perlu melakukan sedikit pembaikan ke atas kenderaan tersebut untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik semula. Untuk membaiki kenderaan, pemain perlu berada pada bahagian enjin dan menggunakan abiliti REPAIR (E) sebelum satu in-engine cutscene akan memaparkan pemain membetulkan bolt pada enjin kenderaan tersebut.
- Sistem health dipisahkan kepada 5 health bar dan menggunakan menggunakan sistem health yang dijana semula, iaitu health yang kurang apabila terkena tembakan akan menaik semula dengan perlahan memenuhi bar yang kurang apabila pemain berlindung dan berehat untuk beberapa ketika. Namun begitu, jika 2 bar hilang sekaligus, ia perlu diisi semula menggunakan syrettes dan akan memulihkan keseluruhan health bar. Setiap kali penggunaan syrettes akan menghasilkan satu in-engine cutscene menunjukkan pemain menyucuk syrettes tersebut ke lengannya. Jika kritikal, tindakan yang lebih kompleks akan dibuat seperti mengorek keluar peluru yang tertanam pada anggota badan dengan pisau, membetulkan tulang yang terseliuh atau mencabut serpihan tajam yang menembusi anggota badan. Apabila keseluruhan health bar kosong, pemain tidak akan mati terus sebaliknya akan dibantu oleh buddy yang akan mengheret pemain ke tempat selamat sebelum satu pembedahan kecil akan dilakukan oleh pemain sendiri.
Beautiful World and Detail - 4.7
Landscape - 4.7, Character - 4, Costume - 4, Weapon - 4.5, Objects - 4.5, Babes - 3
You Live in It - 4.5
- Paling menarik dalam Far Cry 2 adalah open world yang ditonjolkan, membolehkan setiap kawasan seperti hutan, padang pasir dan kawasan savanah diteroka sepenuhnya dan kebebasan untuk menyelesaikan setiap objektif mengikut kesesuaian masa dan situasi atau mengikut citarasa pemain sendiri.
- Keseluruhan permainan dan cutscene adalah daripada perspektif pemain sendiri
- Environment yang sangat cantik, terperinci dan realistik. Kesan damage ke atas environment juga amat baik dan realistik
- Efek api dan letupan yang sangat realistik
- Mekanisma senjata yang realistik
- Efek darh yang baik dan realistik
- Pemanduan kenderaan dalam perspektif first person yang sangat mudah
- Kitaran siang dan malam yang baik dan realistik
- Kepelbagaian cuaca seperti hujan dan ribut
- Voice acting yang baik serta pergerakan badan dan mimik muka yang baik dan realistik menghidupkan jalan cerita
- AI musuh yang sangat baik dan realistik dengan tindakan semulajadi yang tidak dijangka. Mereka juga sering berlindung, flanking dan menyelinap dengan sangat baik untuk menghapuskan pemain
- Misi sampingan sentiasa berulang dan sama sahaja
- Konsep respawn musuh di guard post yang baru dimusnahkan agak kurang realistik dan menyusahkan kerana agak cepat musuh akan muncul semula.
- Penggunaan berlian agak kurang menarik untuk tujuan pembelian senjata dan upgrade.
Overall - 4.5
Selain menawarkan kebebasan dalam eksplorasi, Far Cry 2 juga memberikan kebebasan kepada pemain bagi menghadapi combat atau menyelesaikan sesuatu misi dan tugasan. Keluasan world yang disediakan amat memuaskan dengan kitaran waktu dan cuaca yang menghidupkan suasana realistik permainan. Selain itu, kecantikan grafik yang dipamerkan amat mengagumkan tanpa memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi. Kecantikan dan keperincian bumi Afrika pastinya mempesona pemain yang berada di dalamnya.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
gan kalo pas misi yg collecting diamond itu harus pake apa ya ? pas sinar hijaunya udah berhenti harus gimana lagi ?
ReplyDelete