Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Saturday, September 19, 2009

Dark Sector


Publisher - Aspyr Media
Developer - Digital Extreme
Engine - Evolution
Platform - PC, 360, PS3

Envy Review on PC

Gameplay
- 3.7
  • Paparan perspektif third person dari sudut atas bahu pemain seperti Dead Space dan Gears Of War.
  • Dalam kawalan keyboard, pemain perlu mengubah beberapa button yang agak susah untuk dicapai seperti Throw Glaive (default C - MB3) dan run, cover serta dodge (default Ctrl - Shift)
  • Senjata utama Hayden adalah Glaive, senjata yang mempunyai 3 bilah pisau dan berfungsi seperti boomerang.
  • Glaive digunakan untuk serangan jarak jauh ke atas musuh yang mampu memisahkan anggota badan dan membunuh musuh dengan segera dan kejam. Ia juga digunakan untuk mengambil sesuatu item dan senjata dari jarak jauh, merampas senjata yang sedang digunakan musuh dan menyelesaikan beberapa puzzle ringkas. Glaive juga boleh dicharge dengan beberapa environment hazard seperti elektrik, api dan ais untuk merenjat, membeku atau membakar musuh dan memusnahkan halangan seperti pintu kebal dan web. Glaive diupgrade secara automatik apabila Hayden melalui setiap level. Berada di dalam suasana gelap? Nyalakan sinaran pada bilah Glaive untuk menerangi laluan mahupun bilik seperti penyuluh lampu.
  • Glaive yang diupgrade bukan sahaja memberikan damage yang lebih tinggi dengan Power Throw (MB2+reticule color change MB3) malah Hayden boleh mengawal arah terbangan Glaive tersebut untuk melencong, melepasi cover musuh atau halangan dan membunuh beberapa orang musuh menggunakan abiliti After Touch (MB3+Hold MB3+Mouse). After Touch memberikan paparan perspektif daripada Glaive dalam keadaan slow motion bagi memudahkan kawalannya.
  • Melee combat (Space) juga sangat membantu terutama ketika menghadapi sekumpulan Howler yang kadang-kala terlepas daripada Glaive.
  • Musuh yang menerima damage besar akan bersinar warna merah pada anggota badannya dan apabila ini berlaku, Hayden perlu melakukan serangan Finisher (Space) yang menghasilkan satu in-engine cutscene Hayden melancarkan quick kill ke atas musuh. Ia perlu dilakukan sebelum sinar merah tersebut hilang.
  • Apabila dicengkam oleh musuh, Hayden perlu melepaskannya dengan menekan button seperti yang dipaparkan pada skrin seperti W, S, A, atau D
  • Abiliti Cover (Shift) juga amat penting terutama dalam gunfight. Cover membolehkan Hayden berlindung di sebalik sesuatu cover seperti tiang batu. Dalam keadaan tersebut, Hayden boleh mengintai keluar untuk menembak atau melontar Glaive.
  • Aim (MB2) membantu Hayden menetapkan sasaran supaya setiap tembakan dan lontaran Glaive tepat pada sasaran. Aim mode memaparkan crosshair pada skrin. Crosshair yang tepat pada musuh akan bertukar kepada warna merah
  • Menyusuri level seterusnya, pelbagai lagi abiliti diperolehi oleh Hayden seperti Shield (E) bagi menghasilkan pelindung untuk beberapa ketika.
  • Abiliti Shifting (hold E) membolehkan Hayden menjadi halimunan untuk seketika. Abiliti ini menghalang Hayden daripada melakukan serangan tetapi membolehkannya melancarkan Finisher apabila berdekatan dengan musuh.
  • Penggunaan Glaive pada tangan kanan Hayden digabungkan dengan pistol di sebelah kirinya boleh menghasilkan gabungan serangan yang menarik. Penggunaan rifle pula akan menyahaktifkan Glaive. Setiap senjata api boleh dibeli dan diupgrade di Black Market, tempat jual beli senjata api bawah tanah selain menjadi tempat simpanan senjata Hayden. Lokasinya boleh dicam apabila terjumpa dengan penutup lubang pembentungan dengan logo lotus. Senjata dibeli menggunakan Rubles yang boleh dikutip sepanjang permainan. Bagi upgrade pula, ia perlu diperolehi terlebih dahulu dengan mengutip briefcase yang dijumpai sepanjang permainan sebelum boleh disuaikan pada senjata mengikut slot yang disediakan. Slot upgrade pada setiap senjata juga boleh diupgrade untuk meningkatkan jumlah upgrade.
  • Chapter 5 membolehkan Hayden menggunakan sokongan heavy armour dengan mengawal Jackal, sebuah robot yang dilengkapi dengan mesingan dan meriam.
  • Pelbagai jenis senjata terdapat dalam Dark Sector dan kebanyakkannya merupakan senjata yang diambil daripada musuh yang terbunuh. Namun begitu penggunaannya amat terhad kerana detonator dipanggil Governor yang terdapat pada setiap senjata musuh akan meletup selepas beberapa ketika apabila ia mengesan infected yang menggunakan senjata tersebut. Penggunaan rifle dan shotgun yang selamat adalah yang dibeli daripada Black Market.
  • Apabila menerima damage yang besar, skrin akan bertukar kemerahan menunjukkan health Hayden dalam keadaan kritikal. Apabila ini berlaku, Hayden perlu mengelak serangan seterusnya untuk mengelak daripada terbunuh. Agak bernasib baik kerana pemulihan semula Hayden amat cepat.

Action - 4
  • Dark Sector menyediakan 10 chapter untuk dihadapi oleh Hayden. Di awal level, Hayden merupakan manusia biasa dengan profession sebagai seorang pembunuh upahan daripada The Agency sebelum dijangkiti virus technocyte.
  • Permulaan permainan agak membosankan terutama sebelum Hayden dijangkiti virus yang membolehkannya memiliki abiliti-abilti istimewa termasuk Glaive. Nikmat dan kepuasan sebenar bermain Dark Sector adalah selepas abiliti After Touch diperolehi yang menjanjikan aksi yang unik dan tersendiri. Sebaik memiliki abiliti Shield, ketegangan dalam combat juga beransur kurang kerana ia membantu mengurangkan damage
  • Menghadapi musuh di dalam Dark Sector, Hayden juga boleh menggunakan pelbagai senjata seperti AKS-47, Striker shotgun, Tekna 9mm, VX Carbine, Elite Trooper minigun dan rocket launcher. Hayden juga berkesempatan mengawal Jackal dalam beberapa level untuk sokongan arteleri berat.
  • Efek slow-motion dan perspektif Glaive bagi abiliti After Touch amat menarik
  • Level yang disediakan dipenuhi dengan saat-saat seram dan mendebarkan. Seringkali melalui selekoh lorong atau gameplay pada waktu malam menimbulkan gusar dan ketakutan kerana bimbang apa yang akan dilalui dan ditemui. Antara level yang paling menyeramkan adalah ketika berada di kawasan perkuburan dalam Chapter 4
  • Hayden perlu menghadapi ancaman daripada pelbagai jenis musuh. Antaranya ialah Lasrian Trooper, Mauler (Lasrian Trooper bersenjatakan machete dan berperisai), Elite Trooper, Jackal, Howler (infected), Stinger dan Chroma
  • Beberapa hazard turut memberi ancaman kepada Hayden seperti lontaran debris dan Enfron gas, yang mengkaburkan penglihatan Hayden untuk seketika.
  • Boss fight yang menarik melibatkan makhluk Technocyte yang amat kuat seperti Colossus, Stalker, Nemesis dan Mezner. Boss fight padat dengan aksi dan amat memuaskan hati. Menghadapi musuh bersaiz besar seperti Colossus dan raksasa tentacles Mezner juga amat menyeronokkan kerana cabaran yang diberikan walaupun agak sukar.

Beautiful World and Detail - 3.7
Landscape 3.7, Karekter 3.7, Weapon 4, Kostum 4, Objects 3.7, Babes 2, Creatures 3.7


You Live in it - 3.7
  • Jalan cerita yang menarik
  • Amat terasa suasana seram dengan iringan soundtrack yang cukup mendebarkan terutama di kawasan gelap atau pada waktu malam.
  • Penggunaan dan kawalan Glaive yang amat mudah.
  • Efek darah dan gore yang realistik dan menarik
  • Kesan tembakan dan Glaive yang jelas dan kekal.
  • Walaupun permainan secara linear, eksplorasi world amat memuaskan hati
  • Teriakan ketakutan trooper yang melihat Glaive menuju ke arah mereka menghidupkan suasana.
  • Aksi Finisher yang tidak banyak variasi agak mengecewakan.
  • Mayat yang hilang selepas beberapa ketika mengurangkan realistik kepada permainan ini.
  • Kawalan sprinting yang sukar. Dodging juga agak melecehkan kerana melibatkan dua button berbeza.

Overall - 3.7

Paling menarik dalam Dark Sector? Pastinya combo Power Throw dan After Touch yang cukup hebat untuk membunuh musuh walaupun yang sedang berlindung. Paparan perspektif daripada Glaive itu sendiri juga cukup menarik dan menghiburkan dalam membunuh musuh dengan kejam. Boss fight yang memuaskan juga turut menarik perhatian dalam permainan Dark Sector. Memang permulaannya agak membosankan tetapi melalui level seterusnya menjanjikan aksi yang penuh debaran dan menarik.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Sebahagian screenshots yang agak kabur bukan disebabkan kualiti gambar sebaliknya disebabkan upload terus daripada Blogger. Screenshots yang lebih jelas dan sharp adalah disebabkan oleh upload URL daripada Picasa Web Album.

Dark Sector Screenshots


Menu interface


Hayden


Hayden in Proto Armor


Nadia Sudek


Nemesis



Black market


Power Throw kills





After Touch kills



Finisher indicator







Finisher



Electrocuted enemies with electricity charged Glaive


Extra damage with fire charged Glaive


Freeze enemies with frozen Glaive


Turning the Glaive to avoid covers or obstacles




Headshots



Elite Trooper minigun


Shooting Howler with Tekna Burst


Using sniper rifle


Efron gas effected Hayden vision


Colossus


Detector


Kamov Helicopter


Fighting with The Nemesis






Final Fights Against Mezner








The World of Dark Sector






No comments:

Post a Comment