Publisher – Valve
Developer – ACE Team
Engine – Source
Platform – PC
Envy Review for PC
- Dari perspektif first person, Zeno Clash menggabungkan elemen FPS dan tempur tanpa senjata bagi menghadapi musuh.
- Serangan biasa (MB1) merupakan tumbukan yang cepat dan laju ke arah musuh tetapi tidak begitu memberi impak kepada musuh, serangan berat (MB2) lebih memberi damage ke atas musuh terutama jika dicharge (HOLD MB2) terlebih dahulu. Namun begitu, serangan berat agak lambat dan musuh mudah mengelaknya. Serangan-serangan ini juga boleh digunakan jika menggunakan belantan ataupun tukul.
- Combo setiap serangan dengan pergerakan juga amat membantu untuk menghadapi musuh terutama serangan secara berkumpulan.
- Musuh yang dihadapi boleh dilock (E) untuk memastikannya sentiasa berada dalam pandangan Ghat. Namun begitu, lock view akan menghadkan pandangan Ghat jika menghadapi musuh yang ramai.
- Blocking (SPACE) mengurangkan damage yang diterima oleh Ghat.
- Setiap kali menerima damage, Ghat bukan sahaja kehilangan health, malah mengurangkan staminanya. Stamina yang dimiliki oleh Ghat dipaparkan pada bar hijau di bawah health bar. Apabila kekurangan stamina, ketahanan Ghat dalam combat akan berkurangan dan akan melemahkan tumbukannya. Ghat perlu berehat seketika untuk memulihkan kembali staminannya. Sprint (SHIFT) juga mengurangkan stamina Ghat.
- Penggunaan senjata api juga agak membantu terutama bagi menghadapi musuh dari jarak jauh atau di kedudukan yang lebih tinggi. Tiada sebarang bantuan crosshair dalam penggunaan senjata api. Untuk melakukan tembakan, musuh perlu disasarkan melalui iron sight (MB2).
- Reload (R) mengambil masa yang sangat panjang dan mendedahkan Ghat kepada serangan musuh. Selalunya, senjata yang dipegang oleh Ghat akan terjatuh apabila dirempuh oleh musuh sebelum dapat melakukan tembakan.
- Health dipaparkan pada bar merah di sudut kiri atas skrin. Ghat boleh memulihkan bar yang hilang dengan memakan buah yang boleh dijumpai sepanjang permainan.
Action - 2
- Pelbagai senjata api konservatif boleh digunakan sebagai sokongan seperti pistol dan rifle. Namun begitu penggunaannya amat terbatas disebabkan masalah reload yang terlalu lama dan damage yang kecil. Penggunaan skullbomb juga tidak membantu dalam setiap combat yang dihadapi oleh Ghat
- Setiap perlawanan akan dimulakan dengan satu paparan splash screen menunjukkan jenis dan bilangan musuh yang perlu dihadapi.
- Selain Father Mother, Ghat perlu menghadapi pelbagai lagi musuh dari kalangan Brother, Sister, Corwid dan Mercenary. Ghat juga perlu menghadapi ancaman daripada binatang-binatang dan serangga yang berbahaya.
- Menghadapi musuh satu sama satu atau satu sama dua agak mudah tetapi sekumpulan musuh sangat sukar kerana mereka sering melakukan serangan daripada belakang. Tambahan lagi jika mereka disokong oleh senjata api.
- Aksi dalam setiap perlawanan sangat membosankan kerana pergerakan yang sama dan sering berulang dengan combo yang terbatas.
- Boss fight juga sangat membosankan. Menghadapi Father Mother satu sama satu sangat mudah, tetapi jika dia dibantu oleh beberapa musuh lain perlawanan akan menjadi sangat sukar.
Beautiful World and Detail - 2.5
Landscape 2.7, Karekter 3, Weapon 1, Kostum 1.7, Objects 1.5, Babes 2, Creatures 3
You Live in it - 1.7
- Senjata api konservatif yang menarik.
- Alam pelik yang menarik
- Jalan cerita yang sangat mengelirukan
- World yang sangat terbatas.
Overall - 2
Pengembaraan di dalam Zeno Clash agak menarik dengan alamnya yang unik. Namun begitu, penerokaannya yang terhad dan environment yang hampir serupa agak membosankan apabila berada di pertengahan level. Begitu juga mekanisma combat dalam setiap perlawanan yang tidak variasi, membosankan dan penuh dengan tekanan. Antara permainan video yang tidak akan disyorkan.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
Zeno Clash Screenshots
Ghat
Deadra
Golem
Father Mother
Father Mother reveal
Versus Splash Screen
Reloading weapon
Shooting enemy with pistol and ...
... crossbow
In-Game Action
World and Creatures of Zenozoik
Zeno Clash Screenshots
Ghat
Deadra
Golem
Father Mother
Father Mother reveal
Versus Splash Screen
Reloading weapon
Shooting enemy with pistol and ...
... crossbow
In-Game Action
World and Creatures of Zenozoik
No comments:
Post a Comment