Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Friday, May 20, 2011

Assassin's Creed : Brotherhood - Story Mode Review



Game - Assassin's Creed : Brotherhood
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Anvil
Platform - PC
Released Date - 22 March 2011

Envy Review for PC

Gameplay - 4.7
  • Paparan perspektif third person. Perspektif first person turut disediakan tetapi Ezio tidak boleh bergerak jika dalam perspektif tersebut. Ia boleh digunakan ketika dialog bersama NPC lain atau mendapatkan pandangan 360 yang lebih luas
  • Secara amnya, Ezio berada dalam low profile pada setiap masa. Pergerakan dan tingkah laku Ezio agak perlahan dalam profile ini membuatkan pergerakannya kurang menonjol. Untuk aksi pantas dan pergerakan yang lebih tangkas, Ezio perlu berada dalam high profile (hold MB2)
  • Terbahagi kepada 3 mode, eksplorasi, combat dan puzzle mini game.
  • Puzzle mini game banyak terlibat dalam mengunlock passcode yang diakses daripada glyphs. Antara mini game tersebut adalah memilih lukisan yang bekenaan dengan petunjuk yang diberikan, menyesuaikan nombor dan kod, menyusun gambar dan mengesan objek tersembunyi dalam lukisan atau foto
  • Ezio mendapat kebebasan sepenuhnya semasa eksplorasi sama ada melalui laluan jalan yang disediakan, bumbung bangunan atau sungai. Bergerak melalui laluan utama mudah menarik perhatian pengawal tambahan jika menggunakan high profile untuk SPRINT (hold MB2 + hold Space) dan shove (hold MB2 + hold L-Shift) atau mempunyai notority meter yang tinggi. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan ketika menggunakan laluan utama tanpa menarik perhatian pengawal. Antaranya adalah blending di sebalik crowd, menggunakan low profile sama ada berjalan atau FAST WALK (hold SPACE), menjarakkan diri dari kedudukan pengawal selain mengupah courtesan untuk mengiringi Ezio.
  • Courtesan, thieves dan mercenaries boleh diupah untuk bekerjasama dengan Ezio. Selain memberikan perlindungan identiti dalam khalayak awam, mereka juga boleh diarah untuk menarik perhatian atau mengumpan individu / pengawal tertentu dan bertindak sebagai sokongan ketika combat.
  • Pergerakan di atas bumbung pula lebih banyak menggunakan high profile untuk CLIMB, JUMP (hold MB2+Space), WALL JUMP (hold MB2 + hold W + Space + A / D) CLIMB LEAP (hold MB2 + hold W + Space + L-Shift) serta LEAP OF FAITH (hold MB2 + hold W + Space)
  • Animus 2.0 juga telah dinaik taraf membolehkan Ezio memasuki air. Beberapa abiliti dimiliki ketika di dalam air seperti SWIM (hold MB2 + W), FAST SWIM (hold MB2 + W + hold Space) dan DIVE (hold Space)
  • Tunggangan kuda juga boleh dilakukan di dalam kota
  • Notoriety Meter bertindak seperti meter pengecaman pengawal terhadap Ezio. Ia dipaparkan pada logo Assassin bersebelahan dengan health index. Beberapa perkara menyebakan meter ini meningkat, antaranya adalah aktiviti high profile, keperluan misi dan memasuki kawasan larangan. Blending amat diperlukan ketika notoriety meter tinggi untuk mengelak dikesan oleh pengawal. Untuk mengurangkan notoriety meter, Ezio perlu sama ada mengoyak poster wanted (mengurangkan 25 % meter), merasuh pegawai Herald (100 %) atau membunuh pegawai korup (75 %).
  • Tahap kepekaan pengawal terhadap setiap pergerakan Ezio boleh dirujuk daripada SOCIAL STATUS INDICATOR (SSI) dipaparkan atas setiap pengawal yang sedar atau curiga akan kehadiran dan pergerakan Ezio. SSI berwarna kuning menunjukkan Ezio dalam perhatian pengawal manakala warna merah menunjukkan pengawal bersedia untuk menyerang. Apabila ini berlaku, Ezio perlu lenyap dari pandangan musuh dan menjadi anonymous dengan bersembunyi di dalam haystack, khemah, duduk di bangku, berpaut di dalam perigi atau keluar dari zon carian. Zon carian dipaparkan dalam minimap ditanda dengan warna merah jika Ezio masih dikejar dan dalam pandangan musuh dan warna kuning jika pengawal masih mencari tetapi Ezio sudah lenyap dari pandangan. Jika menyorok di dalam zon carian, pengawal akan turut memeriksa tempat persembunyian tersebut lalu memaksa Ezio keluar daripada persembunyiannya. SSI juga boleh dirujuk pada paparan warna sekeliling minimap.
  • Eagle Eye (hold E) yang dimiliki mampu menunjukkan identiti orang yang dilihat. melalui warna cahaya yang terpancar dari tubuh mereka. Merah untuk pengawal / musuh, biru untuk rakan / sekutu, kuning untuk sasaran bunuh dan putih untuk orang awam.
  • Brotherhood menampilkan variasi gerakan dan abiliti untuk diaplikasikan dalam combat. Antaranya adalah ATTACK (MB1), COMBO (MB1 ++++) DEFLECT (hold MB2), COUNTER ATTACK (MB2 + MB1), DODGE (MB2 + Space), GRAB (Shift), THROW (after GRAB + Shift), DISARM (fist + MB2 + MB1), TACKLE (SPRINT + Shift), STRAFE (direction + SPACE), TAUNT (E) dan ESCAPE (MB2 + hold Space).
  • Ezio juga boleh mengenakan serangan semasa GRAB sama ada menumbuk (MB1), headbutt (E) dan hentakan lutut (Space) jika tangan kosong. GRAB juga boleh bertindak sebagai human shield apabila Ezio bersenjata malah mampu membunuh musuh dengan segera.
  • Abiliti baru dalam Brotherhood adalah KILLSTREAK CHAIN yang membolehkan quick kill secara berturutan setelah Ezio membunuh seorang musuh. KICK (Space) membolehkan Ezio mematahkan pertahanan musuh
  • Variasi senjata disediakan untuk kegunaan Ezio dalam combat, terbaru adalah heavy weapon dan crossbow.
  • Abiliti assassinate menggunakan pelbagai teknik seperti LEDGE ASSASSINATE, AIR ASSASSINATE, DOUBLE AIR ASSASSINATE dan ASSASSINATE FROM HIDE SPOT.
  • Antara gajet yang dimiliki oleh Ezio adalah DUAL HIDDEN BLADE (2) dan PISTOL
  • DUAL HIDDEN BLADE bertindak seperti HIDDEN BLADE tetapi boleh digunakan pada kedua-dua belah tangan. Ini bermakna Ezio boleh membunuh 2 musuh pada satu masa. Selain digunakan secara stealthy, ia juga boleh digunakan sebagai senjata dalam open combat malah counter attack menggunakannya mampu membunuh musuh dengan segera. Versi terbaru ini juga turut dilengkapi POISON BLADE dan PISTOL. Penggunaan POISON BLADE sama seperti HIDDEN BLADE, cuma ia mengandungi racun yang membuatkan mangsa menjadi agresif dan hilang pertimbangan sebelum terbunuh. PISTOL pula amat efektif daripada jarak jauh. Ia menggunakan sebutir peluru pada satu masa dan memerlukan LOCK-ON (F) ke atas sasaran sebelum tembakan dilepaskan (hold MB1). Lebih lama (hold MB1) lebih tepat sasaran akan mengenai musuh
  • Gajet assassin lain adalah SMOKE BOMB yang amat penting untuk melepaskan diri daripada kepungan musuh, THROWING KNIFE untuk serangan jarak jauh selain syiling yang dimiliki boleh bertindak menimbulkan kekecohan apabila ditaburkan di khalayak awam
  • Mata wang yang digunakan adalah florins. Florins digunakan untuk membeli item dan inventori sama ada untuk kelengkapan Ezio sendiri atau menaik taraf Rome. Variasi gerai-gerai menyediakan item, kelengkapan dan perkhidmatan seperti senjata, armor dan ammunition di Blacksmith Shops, pouch dan mewarnakan pakaian di Tailor Shops, lukisan dan treasure map pada Art Merchants serta rawatan kecederaan, ubat-ubatan dan racun dibekalkan oleh Doctor.
  • Untuk membolehkan kerja naik taraf Rome dilakukan, Ezio perlu menghapuskan pengaruh Borgia di sesuatu lokasi dengan membunuh Kapten yang menguasai Menara Borgia serta memusnahkan menara tersebut.
  • Memusnahkan Menara Borgia juga membolehkan Ezio merekrut orang awam untuk dijadikan Assassin. Mereka dilatih melalui misi yang disediakan merangkumi pelbagai tahap kesukaran. Setiap misi boleh disertai sehingga 5 personel pada satu masa. Misi yang berjaya diselesaikan akan menganugerahkan XP yang akan meningkatkan abiliti hingga mereka diiktiraf menjadi Assassin melalui satu upacara yang akan diketuai oleh Ezio sendiri.
  • Assassin recruit juga boleh digunakan pada bila-bila masa untuk sokongan dalam combat dan misi. Penggunaannya bergantung kepada assassin meter di bawah health index. Ezio memiliki maksimum 3 assassin meter yang boleh dilancarkan pada satu-satu masa. Jika ada assassin yang terlibat menyelesaikan misi, Ezio akan kehilangan meter tersebut bergantung kepada jumlah assassin yang terlibat.
  • Setiap kali menaik taraf Rome, Ezio akan menikmati pendapatan melalui keuntungan yang disalurkan ke dalam akaun banknya. Untuk mengeluarkan wang tersebut, Ezio perlu menggunakan khidmat bank yang disediakan
  • LOOTING (hold Shift) digunakan memeriksa dan mengutip sama ada wang atau item daripada individu yang terbunuh dan tercedera atau treasure chests. LOOTING merupakan salah satu cara untuk memperolehi wang oleh Ezio. Ezio juga memiliki abiliti STEALING (hold Space) untuk menyelup saku daripada orang awam yang lalu-lalang.
  • Health dipaparkan pada health index berbentuk segi empat setiap satu. Setiap satu segi empat berwarna putih itu mewakili memori Ezio dan akan menyusut apabila menerima damage. Jika damage yang diterima menyusutkan sebahagian memori tersebut, ia boleh dijana kembali sebaik mengelak daripada damage seterusnya untuk beberapa ketika. Jika memori tersebut terjejas keseluruhannya, ia hanya dapat dipulihakan menggunakan medicine atau dirawat oleh Doctor. Sesetengah memori tidak dapat dipulihkan jika armor rosak. Armor akan rosak jika jarang diperbaikki. Untuk membaikkinya semula, armor perlu dibaikki pada Blacksmith
  • Eksplorasi juga melibatkan tunggangan kuda dan menggunakan gondola yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesetengah misi daripada Leonardo Da Vinci membolehkan Ezio mengawal kereta kebal, bot perang dan menerbangkan flying machine.

Beautiful World and Detail -4.5

Landscape - 4.7, Characters - 4.5, Weapons - 4.7, Costume - 4.7, Objects - 3.7, Babes - 4


You Live in It - 4.5
  • Jalan cerita yang menarik walaupun agak kompleks
  • Grafik yang sangat cantik terutama seni artistik pada bangunan dan environment
  • Kitaran waktu siang dan malam
  • Tindak balas orang awam terhadap setiap tindakan Ezio
  • Voice acting dan dan reaksi muka yang semulajadi dan realistik.
  • Mayat yang kekal di tempatnya
  • Efek darah yang realistik. Kesan darah turut kelihatan pada pakaian Ezio akibat percikan darah musuh
  • Character customization yang menarik dan mudah
  • Variasi senjata yang boleh digunakan
  • Konsep, abiliti dan teknik combat yang realistik dan menarik menonjolkan kemahiran sebenar Ezio sebagai assassin.
  • Bunyi tetakan pedang atau hentaman senjata lain yang amat mengerikan.
  • Teknik berlawan dengan musuh yang ramai sangat menarik dan boleh diterima. Musuh menyerang Altair seorang demi seorang.
  • Time frame yang diperbahurui dalam serangan menjadikan COUNTER atau DISARM lebih mencabar dan realistik
  • Killstreak memberikan Ezio lebih peluang ketika menghadapi musuh yang ramai
  • Bersembunyi ketika musuh mengejar dekat di belakang tidak lagi berkesan kerana musuh akan memeriksa tempat persembunyian tersebut memaksa Ezio keluar semula dari situ. Ezio perlu keluar dari zon carian untuk bersembunyi dengan selamat
  • Variai musuh dengan pelbagai abiliti tersendiri
  • Variasi misi dan objektif yang menarik dan mencabar serta tidak tertumpu kepada assassination sahaja. Misi assassin juga turut dipelbagaikan menyebabkan Ezio perlu merancang dan menggunakan pelbagai taktik untuk menyelesaikannya.
  • Suasana kota yang hidup dan realistik dengan beribu-beribu penghuni menjalani kehidupan mereka.
  • Hampir keseluruhan tempat boleh diteroka dengan invisible wall yang sangat terhad.
  • Terlalu banyak cutscene yang panjang agak membosankan.
  • Pergerakan Ezio terlalu pantas menyebabkannya sering terjatuh atau terlajak ketika melompat melebihi sasaran pendaratan yang diingini malah memanjat secara tiba-tiba apabila mendekati dinding.
  • Detection untuk AIR ASSASSINATE kadang kala agak lemah
  • Kawalan navigasi yang mengecewakan terutama ketika aksi kejar-mengejar
  • Kawalan ketika menunggang kuda agak sukar
  • Sekatan memori agak membataskan eksplorasi

Overall - 4.7


Assassin's Creed Brotherhood memberikan peningkatan gameplay yang variasi merangkumi senjata, teknik dan abiliti combat serta mekanikal permainan

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Assassin's Creed : Brotherhood Screenshots
































No comments:

Post a Comment