Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Tuesday, May 19, 2009

Tomb Raider : Underworld



Publisher - Eidos Interactive
Developer - Crystal Dynamics
Engine - Crystal Engine
Platform - PC, 360, PS3, PS2, Wii, DS, Mobile, N-Gage 2.0

Envy Review for PC

Gameplay - 3.5
  • Skil akrobatik yang ditingkatkan. Pergerakan Lara sama ada di tempat tinggi, daratan mahupun lautan lebih natural dan realistik.
  • Free climb yang menarik dan natural
  • Combat yang agak sukar kerana abiliti pertahanan Lara agak lemah. Tiada sebarang abiliti untuk Lara melindungi dirinya, sebaliknya perlu berlindung di sebalik objek lain.
  • Fungsi auto lock target amat membantu dalam tembak menembak. Lara masih boleh menggunakan manual targeting (Z) untuk tujuan headshot yang membunuh dengan lebih cepat tetapi ia agak sukar dan menghalang Lara daripada bergerak dengan pantas. Selain itu, dual target system membantu Lara membunuh musuh dalam bilangan yang ramai. Lara juga mampu melakukan tembakan walaupun sebelah lagi tangannya sedang memegang objek lain. Setelah memiliki Hammer Thor, tekanan menghadapi musuh semakin berkurang walaupun menghadapi raksasa Yeti disebabkan kuasa kesan damage nya yang sangat besar.
  • Lara juga memilik grapple, berfungsi sebagai kabel untuk membantu Lara memanjat, wall run dan memanipulasi objek untuk menyelesaikan sesuatu puzzle.
  • Lara juga menerima bantuan hint dan klu melalui PDA nya.
  • Abiliti untuk menunggang motosikal bagi mempercepatkan pergerakan dari suatu tempat ke tempat lain. Konfigurasi butang untuk menunggang motosikal mudah, tetapi kawalannya agak sukar terutama apabila motosikal mencapai kelajuan tinggi.
  • Menukar senjata perlu diakses melalui PDA. Agak melecehkan.
  • Sistem health dipaparkan melalui satu bar menegak, health yang penuh berwarna hijau. Apabila health semakin berkurang akibat terkena tembakan, serangan binatang buas atau terjatuh dari tempat agak tinggi, warnanya akan bertukar kepada kuning dan lebih kritikal berwarna merah. Health boleh diisi semula menggunakan Medi pack di dalam inventori Lara melalui (V).

Action
- 3.5
  • Peluang untuk menjelajah 7 lokasi sekeliling dunia. Dari Thailand dan Mexico hinggalah ke Laut Andaman.
  • Penggunaan senjata agak terhad dan tidak pelbagai. Hammer Thor agak unik dan sangat membantu menghadapi musuh.
  • AI musuh sama ada manusia dan makhluk tidak begitu baik. Mereka lebih gemar bertindak secara terbuka. Mereka melepaskan tembakan atau menyerang secara melulu dan tidak pandai melindungi diri.
  • Rekaan puzzle yang lebih menarik dan mencabar.
  • Musuh-musuh selain daripada manusia, makhluk-makhluk gergasi dan haiwan buas seperti sotong gergasi dan harimau belang.
  • Pergerakan Lara natural dan realistik

Beautiful World and Detail
- 4.5
Landscape 4.5, Karekter 4.5, Weapon 3.7, Kostum 4, Building 4.7, Objects 4, Babes 4.5, Creatures 3.7


You Live in it
- 3.7
  • Jalan cerita yang menarik
  • Pergerakan dan aksi Lara yang realistik
  • Open world yang cantik dan tidak terbatas, suasana yang sangat hidup.
  • Kesan environment yang sangat realistik, contohnya debu atau kesan tanah akan meliputi Lara setiap dia melutut atau berguling di atas tanah. Kesan debu dan tanah tersebut juga akan hilang apabila Lara terjun ke dalam air atau dibasahi hujan. Apabila keluar dari air atau dibasahi hujan, kesan basah akan turut jelas kelihatan pada tubuh dan pakaian Lara. Jika Lara dalam keadaan basah juga, pegangan dan pautan Lara akan licin dan lebih mudah tergelincir
  • Environment di dalam air dan pergerakan Lara untuk berenang sangat menarik dan realistik.
  • Mayat yang kekal di lokasinya terbunuh sepanjang gameplay.
  • Kesan kepada environment yang dimusnah atau dirosakkan oleh Lara akan kekal sepanjang gameplay
  • Kepelbagaian cuaca dalam waktu siang dan malam
  • Impak dan pergerakan Lara apabila terjatuh dari tempat tinggi sangat menarik, natural dan kelihatan amat menyakitkan.
Overall - 3.5
Elemen yang paling menarik dalan Tomb Raider Underworld adalah world dan open environment yang luas, cantik dan eksotik serta aksi-aksi yang semulajadi dan realistik. Ia menawarkan adventure yang amat memuaskan dan mencabar.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


Tomb Raider Underworld Screenshots



Lara Croft


Natla


Amanda


Amelia Croft


Setiap permulaan chapter, Lara boleh memilih pakaian yang bersesuaian. Tidak banyak pilihan pakaian disediakan








Norse Hammer memiliki kuasa yang amat kuat.


Menunggang motosikal kuasa besar agak menyeronokkan


Kesan air yang jelas pada tubuh Lara setelah keluar dari air


.....begitu juga kesan debu atau tanah

Enemies


Giant octopus


Tiger


Jerung




Yeti

World of Underworld













Water Environment di dalam gameplay














Hitman : Blood Money




Publisher - Eidos Interactive
Developer - IO Interactive
Engine - Glacier
Platform - PC, 360, Xbox, PS2

Envy Review for PC

Gameplay - 4.5
Memaparkan perspektif third person shooter, konfigurasi dan kawalan Agen 47 dalam Blood Money agak senang dan tidak merumitkan. Ia amat menekankan stail permainan secara stealth, penyamaran dan strategi. Agen 47 perlu membunuh sasarannya untuk menyelesaikan setiap misi yang ditawarkan oleh ICA.

Pelbagai abiliti baru dimiliki oleh Agen 47 dalam siri terbaru ini. Antaranya adalah abiliti untuk memanjat sama ada pagar, paip air dan kotak. Agen 47 juga mampu memanipulasi NPC lain untuk dijadikan human shield. Apabila tidak diperlukan, NPC tersebut boleh dipukul hingga pengsan supaya tidak dapat menyerang kembali. Jika ada almari atau kabinet berhampiran, Agen 47 boleh bersembunyi di dalamnya untuk menunggu mangsa atau mengelak daripada dikesan. Dengan wang ganjaran yang diperolehi, Agen 47 boleh memberi rasuah kepada saksi atau pegawai polis supaya menutup mulut mereka dari memberi maklumat. Mayat atau pun NPC yang dipengsankan oleh Agen 47 juga boleh disorok di dalam peti-peti yang terdapat sepanjang permainan.

Setiap tindakan Agen 47 bergantung kepada Action Menu yang dipaparkan di sudut atas sebelah kiri. Action Menu merangkumi tindakan Agen 47 untuk melontar dan menjatuhkan senjata, mayat atau objek (G), mengambil senjata, ammo, objek, inventori, beg atau pakaian (Space) dan berinteraksi dengan manusia ataupun objek, membuka dan menutup pintu atau peti, masuk dan keluar dari almari, menarik mayat, human shield, menolak seseorang dan meletakkan peralatan dalam inventori ke dalam sesuatu (E).

Dalam penggunaan senjata, Agen 47 memiliki pelbagai senjata, tidak terhad kepada senjata api sahaja Agen 47 juga memiliki wayar fiber, syringe berisi racun atau sedatif, dan juga peralatan am lain seperti penembak paku, pisau dapur, tukul dan pemutar skru. Senjata api lebih bising dan lebih menarik perhatian awam malah meninggalkan kesan darah, penggunaan wayar fiber lebih senyap dan efisyen malah mampu menjerut mangsa apabila Agen 47 di posisi atas mangsa, begitu juga syringe berisi racun-senyap tetapi tidak efektif seperti wayar fiber. Agen 47 juga memiliki abiliti untuk melontar senjata kepada musuh. Melee combat Agen 47 turut ditingkatkan supaya lebih berkesan apabila bertempur tanpa senjata. Paling menarik adalah abiliti Agen 47 untuk merampas senjata daripada penyerangnya. Walaubagaimanapun, senjata utama untuk membunuh setiap sasaran tanpa menarik perhatian dan mendapat rating tinggi adalah environment game itu sendiri. Pelbagai jenis environment boleh digunakan untuk membunuh supaya kelihatan seperti kemalangan. Antaranya ketika di tebing tinggi ataupun di balkoni, Agen 47 boleh menolak terus mangsanya ke bawah, meruntuhkan chandalier atau mengubah suai griller supaya ia meletup apabila digunakan.

Elemen baru ditampilkan dalam Blood Money adalah notoriety system, satu sistem yang berfungsi memberi mata penalti kepada Agen 47 jika misinya diselesaikan secara bising, meninggalkan saksi dan bukti atau imejnya direkod dalam CCTV atau kamera wartawan. Setiap kali kesilapan tersebut dibuat, tahap notoriety akan meningkat dan turut mempengaruhi rating dan misi seterusnya. Keperincian mengenai diri Agen 47 juga akan lebih menonjol malah jika tahap notoriety lebih tinggi, lakaran wajah Agen 47 juga akan dipamerkan.

Rating system juga turut dipengaruhi oleh tahap notoriety. Rating berfungsi sebagai penunjuk tahap efektif Agen 47 sebagai pembunuh upahan dan gelaran media kepada pembunuh setiap pembunuhan yang dilakukan. Rating terbaik boleh diperolehi jika pembunuhan lebih senyap, bersih, terancang dan tidak melibatkan banyak nyawa. Gelaran terbaik pastinya Silent Assassin. Tahap pertengahan memberi gelaran Hitman ataupun The Ghost. Jika pembunuhan dilakukan dengan bising, menonjol dan membunuh banyak NPC yang bukan sasaran, rating nya juga akan rendah. Tahap rating terendah adalah gelaran Mass Murderer. Rating ini akan dipaparkan sebagai tajuk akhbar utama mengenai pembunuhan yang terjadi merujuk kepada pembunuh tersebut.

Sebagai panduan, Agen 47 turut menerima bantuan peta satelit yang dibekalkan oleh ICA. Ia bukan sahaja menunjukkan kedudukan dan ruangan dalam bangunan secara menyeluruh mengikut setiap tingkat, malah menunjukkan lokasi Agen 47, sasaran, orang awam, VIP, polis dan pengawal/musuh. Dalam peta satelit tersebut, Agen 47 dirujuk kepada ikon berwarna hijau, sasaran-merah, pengawal/musuh-jingga, polis-biru, VIP-putih dan orang awam-putih translucent. Sesetengah lokasi ditanda (!), menunjukkan tempat tersebut perlu diberi perhatian dan selalunya penting untuk setiap misi.

Health dipaparkan melalui satu bar merah menegak. Apabila bar tersebut kosong, bermakna Agen 47 telah mati. Meningkatkan semula health yang terjejas boleh menggunakan pil atau serum pemulihan.

Satu bar lagi merupakan tension metre, bermula dengan kosong, tension metre akan meningkat sekiranya tindak tanduk Agen 47 menarik perhatian sesiapa dan mencurigakan. Tahap tension diberikan kepada beberapa tahap iaitu, hijau, kuning dan merah. Merah menunjukkan penyamaran Agen 47 telah terbongkar dan kelibatnya telah menjadi tumpuan.

Fungsi save terbahagi kepada beberapa kapisiti bergantung kepada tahap difficulties. Tahap terbawah ataupun Rookie pemain boleh save permainan dalam 3 slot yang disediakan tanpa had, Normal-7 save, Expert-3 save dan Pro-tanpa save.


Action - 4.5
Blood Money membawa Agen 47 ke beberapa lokasi di dalam dan luar Amerika, antaranya Las Vegas, Los Angeles, New Orleans dan Chile untuk menyelesaikan misinya membunuh semua sasarannya. Pelbagai senjata dibekalkan di dalam permainan ini. Setiap senjata boleh diupgrade untuk memastikan keberkesanannya. Penggunaan senjata juga mudah dan selesa untuk dikawal.

AI NPC sangat baik, tidak kira orang awam, polis, pengawal ataupun sasaran. Jika ada sesuatu yang mencurigakan daripada Agen 47, mereka akan syak sesuatu yang tidak kena dan Agen 47 akan terus menjadi perhatian. Orang awam yang melihat Agen 47 membunuh, mengheret mayat atau menyimpan NPC di dalam peti dengan segera akan melaporkan kepada polis yang kemudiannya kan bergegas ke tempat yang ditunjukkan. Namun begitu, abiliti combat yang dimiliki oleh pengawal atau polis agak lemah dan mereka tidak pandai untuk berlindung.

Impak damage juga sangat realistik. Tembakan pada kepala akan membunuh segera mangsa manakala di bahagian lain mungkin memerlukan 2 tembakan. Kesan darah juga akan ditinggalkan akibat tembakan tersebut.


Beautiful World and Detail - 4
Landscape 4, Karekter 4, Weapon 4.5, Kostum 3.5, Objects 4, Buildings 4, Babes 3.7,


You Live in it - 4.7
Seperti membawakan watak Pembunuh Upahan yang sebenar. Setiap elemen yang ditonjolkan dalam Blood Money merangkumi environment dan watak sangat realistik walaupun sesetengah pergerakkan dan timing NPC sering berulang-ulang. Grafik dan keperincian watak mahupun world sangat cantik dan mengagumkan. Beberapa elemen yang menghidupkan permainan ini adalah:
  • Open world yang cantik dan tidak terbatas. Setiap pintu, bilik mahupun ruang-ruang lain boleh dimasuki.
  • Kesan percikan darah yang realistik mengikut situasi sebenar. Mayat yang terbunuh juga akan kekal sepanjang permainan hinggalah ada polis atau atendan yang membungkus mengubah mayat mereka.
  • Setiap pergerakan dan tindak balas watak semulajadi dan realistik. Namun begitu, kebanyakkan pergerakan sentiasa berulang dan sama.
  • Di sesetengah lokasi, crowd yang hidup dan ramai melakukan aktiviti mereka sendiri atau bersuka ria menghidupkan suasana.
  • Efek bunyi senjata dan letupan yang sangat baik.
  • Kebolehan Agen 47 untuk memanipulasi sesetengah environment untuk dijadikan medium untuk membunuh
  • Notoriety system yang diperkenalkan menghidupkan lagi jalan cerita Blood Money

Overall - 4.5
Tema pembunuh upahan yang betul-betul hidup dalam Blood Money. Sangat realistik dan menarik. Bagi peminat stealth game, ini merupakan cabaran terbaik.


1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


Hitman Blood Money Screenshots


Agent 47










Antara penyamaran oleh Agen 47


Menghendap dari dalam almari


Abiliti untuk memanjat


Memanjat ke ruang atas lif untuk menanti mangsa


Inventori


Bantuan peta satelit sebagai panduan untuk Agen 47


Loading interface memaparkan wajah karekter yang menjadi sasaran Agen 47




Berhadapan dengan seorang lagi pembunuh upahan, sasarannya... Agent 47








Antara pencapaian yang diperolehi