Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, April 12, 2009

Line Of Sight : Vietnam



Publisher - Atari
Developer - nFusion
Engine -
Platform - PC

Story

In 1968 the U.S. Army assigned a young sniper to the 5th Special Forces compound in Nha Tong, Vietnam. His mission: disrupt the enemy's command structure, scout Viet Cong positions, and ambush the enemy in the dead of night. For him, success depended on a rifle, a target, and a clear Line of Sight.

In Line of Sight: Vietnam your job is to locate elusive enemy soldiers and pick them off one-by-one. Whether patiently waiting for the enemy to show himself or delivering a pre-emptive strike, the method is the same -- be quick, be quiet, and be careful. That's what will get you home alive.

Envy Review for PC

Gameplay - 3.7
Konsep Line Of Sight adalah berasaskan stealthy tactical shoot. Stealth amat penting dalam game ini bagi memastikan keselamatan dan mencari ruang untuk sniping musuh. Bergerak dalam keadaan berdiri dan berlari mudah menarik perhatian musuh. Sebaiknya, kawasan diperhatikan terlebih dahulu sebaik-baiknya dan bergerak secara duduk atau meniarap. Ia lebih selamat dan kurang menarik perhatian musuh. Damage model dihasilkan secara realistik, bermakna setiap tembakan musuh memberi impak sebenar kepada health. Tahap Damage boleh dikurangkan melalui menu untuk mengurangkan impak damage tetapi ia turut mempengaruhi kesan kepada musuh di mana musuh turut menerima kesan yang sama juga, mengakibatkan musuh masih bertahan dengan 3 atau 4 headshot. Selain level pertama, pemain tidak akan menggunakan watak tetap sebaliknya setiap peranan watak boleh ditukar sepanjang gameplay, contohnya watak A boleh ditukar ke watak B dan boleh kembali semula ke watak A. Ia mirip kepada Rainbow Six:Raven Shield yang turut mempunyai feature ini. Watak juga boleh dipaparkan samada dari perspektif first person atau third person dengan menggunakan. Namun begitu, first person view lebih membantu ketika kombat. Third person mungkin sesuai ketika navigasi atau pengintipan. Game ini turut menampilkan abiliti command, membolehkan arahan seperti Hold Position, Follow Me, Hold Fire, dan Fire at Will diberikan kepada teammate. Namun begitu, arahan ini hanya berfungsi apabila berdekatan dengan teammate. Senjata dan inventori boleh dibawa sebanyak mungkin tetapi dihadkan kepada berat tertentu. Apabila melebihi berat, pemain tidak dapat berlari sehinggalah berat tersebut dikurangkan dengan membuang mana-mana senjata atau inventori. Abiliti sprint juga dihadkan dengan bar fatigue. Apabila menerima damage yang besar, tahap keletihan akan meningkat dan turut menghadkan abiliti sprint. Apabila keletihan, pemain tidak dapat bergerak dan akan termengah-mengah. Selepas seketika, bar fatigue akan pulih semula dan pemain boleh bergerak semula seperti sedia kala. Paling menarik di dalam game ini adalah abiliti untuk bergerak ke atas tempat tinggi. Abiliti ini ternyata memberi kelebihan dalam membunuh musuh dari jarak jauh dan lebih berkesan dan praktikal. Malah tinjauan juga boleh dibuat untuk melihat kedudukan musuh-musuh lain yang lebih jauh sekaligus menghapuskannya. Lokasi objektif ditunjukkan melalui kompas yang dipaparkan pada skrin. Peta tidak menyediakan sebarang rujukan kepada lokasi objektif. Ia hanya memberi petunjuk kepada kedudukan pemain, teammate dan juga zon exit. Misi hanya dikira selesai apabila keseluruhan skuad tiba di zon exit. Disebabkan itulah setiap kali salah satu watak terbunuh, misi akan dikira gagal. Fungsi Quick Save yang disediakan memudahkan game disave dalam setiap level di mana-mana saja.

Kepelbagaian senjata dapat dilihat dalam game ini, antaranya M-16, AK-47, SVD dan M21. Senjata yang paling menarik perhatian di dalam game ini adalah SVD Dragunov, dilengkapi scope yang boleh di zoom dengan amat baik. Sesetengah scope milik US turut dilengkapi night vision, namun begitu ianya agak kurang membantu apabila musuh berada pada kedudukan jauh. Sniper rifle juga merupakan elemen penting dalam menghidupkan Line Of Sight. Untuk serangan berat, RPG, Grenade Launcher dan M-72 LAW turut disediakan. Amuniti boleh diperolehi sepanjang misi samada dari tempat simpanan base musuh atau senjata musuh yang telah terbunuh. Crosshair perlu dihalakan ke senjata untuk mengambil perlurunya. Targeting musuh menggunakan senjata selain daripada sniper rifle adalah tanpa iron sight dan berpandukan pada crosshair. Namun begitu, tembakan masih tepat dan mampu membunuh musuh dari jarak jauh walaupun memerlukan lebih peluru.

Status health ditunjukkan pada bar mengandungi gambar wajah watak-watak. Setiap kali tercedera, bar merah akan menaik, menunjukkan tahap kecederaan yang dialami. Pemain akan terbunuh apabila bar merah memenuhi bar tersebut. Untuk memulihkan kembali status health, health pack diperlukan. Health boleh diperolehi sepanjang misi. Namun begitu, ianya agak terhad. Health pack boleh disimpan sebagai inventori sebanyak mana yang boleh selagi tidak melebihi had berat.

Action - 4
Terdapat 12 misi untuk disempurnakan di dalam enviroment hutan yang sangat luas dan realistik. Enviroment hutan itu sendiri memainkan peranan tersendiri dalm Line Of Sight, samada memanfaatkannya sebagai pelindung dan penyamaran atau terperangkap dengan musuh yang berselindung di sebaliknya. Kerap kali juga pemain terbunuh tanpa dapat dikesan posisi sebenar musuh yang terlindung di sebalik pokok-pokok. Cabaran terbesar dalam meneroka hutan luas ini pastinya untuk mengesan awal posisi atau penyamaran musuh. Disebabkan itulah sniper rifle merupakan senjata utama yang diperlukan dalam menangani musuh tidak kira dalam apa situasi pun. Sniping musuh dari tempat tinggi sangat membantu kerana musuh tidak dapat mencapi tempat yang sangat tinggi. Setiap kali headshot mengenai musuh, musuh yang lain akan terpinga-pinga mencari arah tembakan tersebut datang. Sesetengah daripada mereka akan lari menyembunyikan diri dan ada juga yang terus berada di situ membuka ruang untuk headshot seterusnya. Penggunaan sniper rifle iaitu M-21 atau SVD sangat selesa dan menerujakan malah antara sniper rifle dalam FPS yang perlu diberi pujian. Dalam scope perspektif, kestabilan crosshair amat baik dan fungsi zoom memudahkan lagi headshot dilakukan. Hampir setiap tembakan jarak jauh adalah headshot, membayangkan kemudahan dan keselesaan mengendalikan sniper rifle tersebut. Pelbagai objektif perlu diselesaikan dalam semua misi. Antaranya adalah memusnahkan trak bekalan, mencuri dokumen, membunuh komander, menyelamatkan tahanan dan meletupkan base tentera Vietnam. Setiap misi menawarkan objektif yang berbeza-beza. AI musuh agak baik. Mereka pandai untuk menyamar dengan persekitaran malah menggunakan pokok sebagai pelindung dan melepaskan tembakan di sebaliknya. Mereka juga akan mencari arah tembakan yang datang dan seringkali menyerbu ke arah posisi pemain. Di situ sedikit kelemahan AI musuh ditonjolkan di mana serbuan yang mereka lakukan membuka ruang untuk watak melakukan tembakan jarak jauh sekaligus menghapuskan seorang demi seorang. Tahap kepekaan sniper musuh juga sangat baik dan fleksibel. Jika pergerakaan pemain agresif, sniper musuh dengan segera akan mengesannya dan melepaskan tembakan. Tembakan mereka juga tepat. Tetapi jika pergerakan pemain senyap dan berhati-hati, mereka sering terleka dan ini membuka ruang untuk pemain mencari posisi sniper musuh sekaligus menghapusakan mereka. Perangkap grenade juga turut direka oleh tentera Vietnam untuk menjerat pemain.

Beautiful World and Detail - 4
Landscape 4.5, Karekter 3.7, Kostum 3.7, Weapons 3.5, Buildings 3, Objects 3.7

You Live in it - 4.5
Environment dan suasana hutan yang sangat hidup, cantik dan mengagumkan. Pada waktu tertentu, bunyi hidupan hutan amat jelas kedengaran seperti bunyi katak pada waktu hujan dan bunyi cengkerik pada waktu malam. Pokok dan tumbuhan lain dihasilkan dengan sangat terperinci malah tumbuhan rendah akan bergerak-gerak apabila ditiup angin. Bunyian lain seperti geseran pakaian pada pokok dan terpijak ranting kayu juga turut didengari. Had-had abiliti dan kesan damage sebenar turut mewujudkan gameplay yang realistik dan mencabar. Selain itu, open world yang direka sangat realistik dan luas untuk diterokai dengan wall yang sangat terhad dan amat jarang dijumpai. Penerokaan bukan sahaja di kawasan rendah malah sehingga ke kawasan tanah tinggi dan bukit. Penghasilan objek agak terperinci dan baik, tambah menarik apabila objek tersebut boleh dimusnah dan dirosakkan. Kesan tembakan juga turut kelihatan pada tempat tembakan malah peluru yang terbenam turut kelihatan. Mayat tentera Vietnam yang terbunuh kekal di tempatnya. Percikan darah terhasil setiap kali tembakan mengena sasaran. Tindak balas dan jeritan kesakitan musuh yang ditembak agak menarik. Sedikit mengecewakan kerana tiada sebarang kesan pada tubuh badan musuh yang terbunuh tersebut. Kepelbagaian cuaca turut dihasilkan dengan baik. Hujan, petir dan dentuman guruh kelihatan realistik dengan bunyi tiupan angin yang turut didengari. Misi merangkumi pada waktu siang dan malam walaupun tidak direka secara dinamik. Dialog ringkas antara watak juga menghidupkan sedikit permainan walaupun sering berulang. Tentera Vietnam memekik dan bercakap dalam bahasa Vietnam sendiri. Efek air agak mengecewakan kerana tidak realistik walaupun bunyian air dibuat dengan baik. Begitu juga dengan efek letupan yang tidak menarik dan biasa.

Overall - 4
Dengan gameplay menarik dan level yang dipenuhi dengan ketegangan, Line Of Sight memberi aksi yang tersendiri, memerlukan kemahiran dalam stealthy dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi setiap misi. Kehijauan hutan dan suasana hutan yang sangat hidup dan mengagumkan untuk diteroka turut menarik perhatian, membuatkan Line Of Sight, FPS bertemakan Perang Vietnam ini wajib dimain. Lagipun, tiada FPS perang Vietnam yang mampu mencapai tahap sepertinya.

Line Of Sight : Vietnam Screenshots


Third person perspective


Destroying truck


Stealing document


Eliminate commander


Reloading M-21


M-21 Scoped with night vision


Map interface













World of LINE OF SIGHT