Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Thursday, May 27, 2010

Pure Football - Making Of Shooting with Steven Gerrard


Game - Pure Football
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Vancouver
Platform - PC, 360, PS3
Release Date - 01 June 2010

Source
- youtube.com (PlayJamUK)

Splatterhouse - Action Packed Trailer


Game - Splatterhouse
Publisher - Namco Bandai Games
Developer - Namco Bandai Games
Platform - 360, PS3
Release Date - Q3 2010


Source

Mafia II - Nvidia Physx Demonstration

Game - Mafia II
Publisher - 2K Games
Developer - 2K Czech
Engine - The Illusion
Platform - PC, 360 PS3
Release Date - 24 August 2010


Source

Bioshock 2 - Review


Game - Bioshock 2
Publisher - 2K Games
Developer - 2K Marin
Engine - Unreal 2.5
Platform - PC, 360, PS3
Release Date - 09 February 2010

Envy Review for PC
Difficulty - Medium

Gameplay - 4.5
  • Perspektif first person.
  • Dalam combat, Big Daddy memiliki pelbagai senjata seperti power drill, rivet gun, machinegun, shotgun, spear gun, launcher. Setiap senjata mempunyai special ammo (B), bertindak memberi damage yang besar kepada musuh tertentu mengikut jenis ammo tersebut. Setiap senjata boleh diupgrade menggunakan Weapon Upgrade Station. Sebuah stesyen tersebut hanya boleh diupgrade sekali sahaja bagi satu senjata tanpa sebarang bayaran. Setiap upgrade akan kekal pada senjata hingga ke akhir permainan.
  • Research Camera berfungsi merakam musuh yang ditemui untuk mendapatkan bonus damage atau kelemahan serta senjata yang sesuai dengan musuh tersebut
  • Big Daddy juga mempunyai Plasmids Power, membolehkannya melancarkan serangan istimewa seperti Electro Bolt, Incinerate, Telekinesis, Winter Blast, Cyclone Trap, Decoy, Insect Swarm, Hypnotize, Scout, Security Command dan Summon Elanor. Plasmid diperolehi daripada Gatherer Garden menggunakan ADAM yang diperolehi daripada Little Sister. Penggunaan Plasmids adalah berdasarkan bar biru yang dipaparkan pada skrin. Plasmids yang telah digunakan diisi semula menggunakan EVE Hypo.
  • Tonic memberi keistimewaan kepada Big Daddy untuk meningkatkan tahap keupayaannnya dalam combat, kekuatan dan ketahanan fizikal serta efisyensi.
  • Hacking amat penting dalam permainan untuk memberi kelebihan kepada Big Daddy, mesin yang telah dihack akan memberikan diskaun kepada setiap pembelian dan menukar sistem turret, security camera dan security bot supaya membantu Big Daddy sebalik menentangnya. Hacking boleh dilakukan secara manual, berupa mini game yang memerlukan Big Daddy menghentikan meter pada frekuensi yang betul menggunakan HACK TOOL (4). Hack yang berjaya perlu dihentikan meter tersebut pada frekuensi berwarna hijau, sekiranya pada berwarna biru ia merupakan satu bonus kepada Big Daddy. Jika berhenti pada frekuensi berwarna putih Big Daddy akan menerima renjatan elektrik mengakibatkan sedikit damage manakala warna merah akan mengaktifkan security alert. Selain itu, hacking juga boleh dilakukan menggunakan wang atau automatic hack dart.
  • Sepanjang permainan, Big Daddy akan menemui pelbagai mesin yang mempunyai fungsi tertentu untuk meningkatkan abiliti dan menambah bekalan. Kebanyakkan mesin tersebut perlu dihack atau menggunakan kredit. Antaranya adalah Vending Machine - pembelian ammo, Gene Bank - menukar dan menyimpan Plasmids Power atau Tonics, Power To The People Station - upgrade senjata dan Bot Shutdown - menutup penggera Security Bot. Mesin Gatherer's Garden yang berfungsi membekalkan Plasmid dan Tonic pula perlu menggunakan ADAM yang hanya diperolehi setiap kali membunuh atau menyelamatkan Little Sister.
  • Sebagai Big Daddy, pemain boleh memilih sama ada untuk menjaga atau membunuh Little Sister sebaik menghapuskan Big Daddy yang menjaga Little Sister tersebut sebelumnya. Menjaga Little Sister memerlukan Big Daddy membawa Little Sister di belakangnya. Little Sister akan membawa Big Daddy kepada ADAM yang hanya boleh diperolehi menggunakan syringe yang dimilikinya. Mayat yang mengandungi ADAM akan kelihatan bersinar dan berasap. Apabila dijumpai, Big Daddy perlu menurunkan Little Sister untuk tujuan menyerap ADAM tersebut hingga memnuhi ADAM meter. Namun begitu, ia akan menarik perhatian musuh terutamanya Splicer yang akan menghalang Little Sister. Big Daddy perlu menghalang serangan ini hinggalah ADAM Meter tersebut penuh. Setiap seorang Little Sister mampu menyedut ADAM daripada dua mayat. Selepas selesai, Big Daddy perlu membawa Little Sister ke vent dan memilih sama ada menyelamatkan Little Sister tersebut (160 ADAM) atau membunuhnya untuk amaun ADAM yang lebih tinggi (240 ADAM). Walaupun mendapat amaun ADAM yang sedikit jika menyelamatkannya, Big Daddy akan mendapat pelbagai ganjaran lain lagi selepas itu seperti Tonic, ADAM dan wang.
  • Perlu diberi perhatian juga apabila setiap kali ke semua Little Sister diselamatkan atau dibunuh dalam setiap level, Big Sister akan muncul. Membunuh Big Sister juga akan memberikan ADAM kepada Big Daddy.
  • Sistem health dipaparkan melalui bar warna merah pada skrin. Apabila menerima damage daripada musuh, bar tersebut akan berkurang dan perlu dpulihkan semula menggunakan first aid kit (sepenuhnya) dan bandage (sebahagian).
  • Beberapa makanan dan minuman turut mampu memulihkan health mahupun EVE Hypo. Namun begitu, ia turut memberi kesan sampingan kepada salah satu daripada health atau EVE Hypo. Masalah tersebut boleh diatasi dengan menggunakan Tonic yang bersesuaian.
  • Fungsi quick save membolehkan save dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki sepanjang gameplay kecuali cutscene. Jika terbunuh, Big Daddy akan hidup semula melalui Vita Chamber terdekat dengan menyambung semula permainan terakhirnya tanpa sebarang perubahan termasuk damage ke atas musuh.

Difficulty selection

Plasmid

Injecting plasmid

Plasmid modified Subject Delta's genetic and grant active abilities such as
Electro Bolt

Gene Tonic grant passive abilities to improve Subject Delta's movement speed, damage attack or resistance, skills and effectiveness

Power To The People
weapon upgrade station

Circus Of Value Vending Machine

Gatherer's Garden

Adopting Little Sister

Cure Little Sister

Successful research award

Action - 4.5
  • Berlatarbelakangkan kejatuhan Kota Rapture, pemain membawakan karekter Subject Delta, sala satu prototaip Big Daddy. Bioshock mengambil tempat 10 tahun selepas kejadian di dalam Bioshock.
  • Bioshock 2 memberi pengalaman kepada pemain untuk membawakan watak Little Sister. Ketika membawakan watak tersebut, pemain boleh melihat menerusi pandangan Little Sister itu sendiri. Pemain berkesempatan melihat Kota Rapture sebelum kejatuhannya serta mendapatkan ADAM menggunakan syringe pada mayat
  • Pelbagai jenis senjata terdapat di dalam Bioshock. Antaranya adalah power drill, rivet gun, machinegun, shotgun, spear gun, launcher.
  • Antara senjata yang paling berkesan adalah machinegun. Ia mempunyai kesan damage dan rate yang tinggi dan amat sesuai menghadapi musuh yang ramai atau variasi pada satu masa. Rivet Gun juga amat berkesan terutama setelah memperolehi ketiga-tiga upgrade untuknya. Rivet Gun yang telah diupgrade secara maksimum mampu menghasilkan percikan api yang mampu membakar musuh untuk damage yang lebih. Begitu juga shotgun yang mampu menghasilkan renjatan elektrik sebaik di upgrade.
  • Special ammo pada setiap senjata juga memberi kelebihan untuk menghadapi musuh. Antaranya Anti personnel, .50 caliber dan solid slug amat berkesan untuk menghadapi splicer manakala Armor Piercing dan heavy rivet - Big Daddy, Big Sister dan turret. Selain itu, pemain juga boleh merangka serangan dengan memasang variasi perangkap menggunakan trap spear, trap rivet dan proximiety mine. Beberapa jenis ammo seperti frag, heat seeking dan rocket spear mampu menghasilkan letupan dan amat sesuai ketika menghadapi kumpulan musuh.
  • Bioshock 2 menyediakan pelbagai jenis musuh - Splicer (Thuggish Splicer, Leadhead Splicer, Spider Splicer, Houdini Splicer, Brute Splicer), Big Daddy (Bouncer, Rosie, Rumbles, Alpha Series) dan Big Sister. Splicer merupakan musuh am yang dijumpai sepanjang permainan terutamanya Thuggish dan Leadhead. Brute Splicer merupakan splicer terbaru ditampilkan dalam Bioshock 2, mempunyai tubuh badan yang besar dan daya kekuatan yang tinggi. Big Daddy merupakan pengawal kepada Little Sister dan tidak memberi ancaman kecuali jika pemain menyerangnya untuk mendapatkan Little Sister. Ia biasanya lebih sukar untuk dibunuh kerana mempunyai daya ketahanan yang tinggi, agresif serta sokongan senjata seperti launcher dan shotgun. Big Sister pula memiliki tahap agiliti yang lebih tinggi dan pergerakan yang lebih pantas. Selain itu, Big Sister turut memiliki Plasmid Power.
  • Selain itu, Big Daddy juga perlu menghadapi ancaman sekuriti seperti turret, security bot dan security camera. Security camera yang mengesan kehadiran Big Daddy akan mengaktifkan penggera dan Security Bot. Bot akan terus menyerang sehinggalah sistem penggera tamat atau dimatikan. Turret, Security Camera dan Security Bot boleh dihack supaya berpihak kepada Big Daddy dan membantunya menghadapi musuh.
  • Pilihan penamat yang menarik. Penamat bergantung kepada tindakan Big Daddy terhadap Little Sister serta beberapa karekter di dalam Bioshock 2

Big Sister

Winter Blast

Beautiful World and Detail
- 4.5

Landscape 4.7, Karekter 4.5, Weapon 4.5, Kostum 4, Objects 4, Babes 1, Creatures 4


You Live in it - 4.5
  • Jalan cerita yang agak menarik
  • Konsep gameplay yang sangat menarik dan unik seperti ADAM, EVE, Plasmids, Tonic dan hacking
  • Character development yang sangat baik dan terperinci merangkumi kuasa, fizikal, kemahiran dan combat
  • Keperincian grafik yang amat baik dan cantik merangkumi karekter dan environment
  • Mayat yang kekal pada kedudukan asalnya.
  • Suasana dan binaan kota di dasar laut yang sangat menarik, unik dan realistik
  • Efek darah, air dan api yang yang mengkagumkan
  • Eksplorasi world yanga baik tanpa halangan daripada invisible walls.
  • Mekanisme combat yang agak lemah kerana ketiadaan abiliti cover yang baik
Overall - 4.5

Gameplay dan character development yang sangat menarik. Antara FPS yang wajib dimain dan diterokai. Dengan grafik yang cantik dan terperinci selain keunikan Kota Rapture, pastinya penerokaan sepanjang gameplay tidak akan membosankan. Aneka plasmid juga boleh dicuba selain variasi musuh yang disediakan.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Bioshock 2 Screenshots

Player as Subject Delta

Eleanor Lamb

Eleanor Lamb in Big Sister suit

Little Sister

Sofia Lamb

In-Game Action











In-Game Combat










Through Her Eyes... Little Sister






World and Environment