Friday, October 30, 2009
The Godfather 2
Game - The Godfather 2
Publisher - Electronic Arts
Developer - Visceral Games
Engine - Godfather
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 07 April 2009
Envy Review for PC
Gameplay - 3.7
Action - 3.5
Beautiful World and Detail - 3.7
Landscape 4, Karekter -3.7, Weapon - 3.7, Kostum - 4, Objects - 3, Babes - 3.7
You Live in it - 3.7
Overall - 3.7
- Memaparkan perspektif third person
- Godfather 2 turut menampilkan squad mechanic yang membolehkan Dominic memberi arahan kepada krewnya untuk bertindak atau bergerak ke tempat yang diarahkan. Jika ada ikon crew action, Dominic boleh mengarahkan krew tertentu untuk menggunakan kebolehannya seperti memasang dinamit, membakar, memecahkan pintu dan memecah kod peti besi.
- Melalui Don View (Tab) Dominic bukan sahaja mendapat maklumat peta dan lokasi perniagaan yang telah dimiliki malah turut disediakan family tree Dominic dan musuh, mengubahsuai penampilan dan rupa, upgrade, akaun harian yang sentiasa dikemaskini, pegawai yang korup, pencapaian semasa,
- Family tree menunjukkan susunan Dominic dan krew bawahannya. Family tree membolehkan upgrade dilakukan ke atas Dominic dan krewnya merangkumi kemahiran, keberkesanan dalam combat dan juga health. Setiap potret krew yang dipilih oleh Dominic memberi akses kepada maklumat krew tersebut termasuk abiliti, kebolehan, penampilan, dan upgrade. Setiap krew juga boleh diarahkan untuk menyerang atau mengebom sesuatu lokasi perniagaan serta mempertahankan crime ring yang dimiliki atau diserang.
- Menguasai crime ring membolehkan Dominic dan krewnya memperolehi keistimewaan dan bonus tertentu seperti brass knuckle, bulletproof vest, upah pengawal yang lebih murah, kapasiti amuniti yang lebih tinggi dan kereta kalis peluru
- Combat dalam Godfather 2 merangkumi tempur tanpa senjata dan penggunaan senjata api. Dalam close combat tanpa senjata, Dominic menggunakan tumbukan kiri (MB1) dan kanannya (MB2) menghadapi musuh. Grab (hold MB1+MB2) juga berguna untuk tujuan mencekik (+ hold Space), menghentam musuh (+ W, A, D) atau menolak musuh jatuh dari tempat tinggi (+ mouse forward). Apabila musuh menerima damage secukupnya, serangan istimewa boleh dilakukan oleh Dominic bergantung kepada indicator yang dipaparkan sama ada pummel (F) atau execute (E) untuk membunuh musuh dengan segera.
- Serangan execute tidak terhad kepada tangan kosong tetapi juga dengan penggunaan senjata api. Serangan execute menggunakan senjata api memerlukan Dominic menghampiri musuh dan melancarkannya mengikut paparan indicator.
- Dominic juga boleh merawat krewnya yang tercedera ketika tercedera dengan abiliti revive (E). Begitu juga apabila Dominic tercedera, krew yang dibawanya boleh merawat tetapi hanya terhad oleh krew medic sahaja. Rawatan perlu dilakukan dalam tempoh tertentu sebelum krew tersebut mengalami kecederaan parah dan terpaksa dihantar ke hospital terdekat. Apabila pulih daripada rawatan di hospital, Dominic akan kembali semula ke dalam permainan di hospital tersebut.
- Begitu juga apabila ditangkap polis, Dominic akan dibebaskan dan akan bermula semula di balai polis berdekatan
- Pemanduan kenderaan agak sukar kerana kawalan yang kurang stabil terutama dalam kelajuan tinggi. Pemanduan kenderaan berat seperti lori atau trak pikap lebih mudah walaupun kelajuannya agak perlahan. Semasa memandu, Dominic boleh mengarahkan krewnya melakukan tembakan ketika kenderaan sedang bergerak.
- Health dalam The Godfather 2 menggunakan regenerate health meter yang akan pulih kembali setelah Dominic mengelak daripada damage untuk beberapa ketika. Dominic juga boleh mengutip health potion yang dijatuhkan oleh musuh yang terbunuh untuk memulihkan sebagian health dengan segera.
Action - 3.5
- The Godfather 2 melibatkan lokasi di Amerika dan Cuba iaitu di New York, Florida dan Havana.
- Terdapat pelbagai senjata api disediakan di dalam The Godfather 2. Antaranya adalah pistol, shotgun, Tommy Gun, Magnum dan sniper rifle selain molotov cocktail dan dinamit. Setiap senjata tersebut boleh diupgrade dengan mengambilnya di lokasi tertentu. Setiap senjata yang diupgrade secara automatik akan turut dilengkapkan kepada setiap krew Dominic.
- Selain senjata api, pelbagai melee weapon turut disediakan antaranya kayu besbal, pemukul golf dan crowbar.
- Dominic perlu menamatkan penguasaan beberapa keluarga musuh di bandar-bandar tersebut dengan merampas crime ring, membunuh orang kanan serta mengebom kediaman mereka.
- Merampas crime ring sangat menarik. Dominic perlu membunuh pengawal yang menjaga dan mengugut pemilik perniagaan tersebut supaya menyerahkan racket kepadanya. Pelbagai cara untuk mengugut boleh digunakan seperti mengenakan kekerasan fizikal, merosakkan barangan dan peralatan atau mengacukan senjata api ke arah mereka. Lebih tinggi tekanan dikenakan lebih tinggi kadar bayaran yang akan mereka berikan kepada Dominic selagi pressure meter tidak bertukar kepada warna merah.
- Sesetengah upgrade yang diperolehi ketika penghujung permainan seperti bayaran upah yang lebih murah, kereta kalis peluru dan silenced sniper rifle agak mengecewakan kerana kesemua upgrade tersebut sangat berguna dan membantu. Sewajarnya ia diperolehi ketika pertengahan permainan untuk membolehkan penggunaannya secara optima dan pendekatan combat yang lebih berkesan
Beautiful World and Detail - 3.7
Landscape 4, Karekter -3.7, Weapon - 3.7, Kostum - 4, Objects - 3, Babes - 3.7
You Live in it - 3.7
- Jalan cerita yang menarik
- Character development yang mudah dan lengkap walaupun ringkas
- Keluasan bandar Florida, New York dan Havana yang sangat memuaskan
- Kitaran siang malam yang baik.
- Pilihan pakaian dan aksesori yang banyak dan menarik.
- Efek darah dan gore yang menarik dengan percikan darah yang realistik
- Efek letupan yang menarik
- Serangan execute Dominic sangat menarik dan memuaskan
- Voice acting yang baik menghidupkan cerita dan aksi.
- Efek bunyi yang baik.
- Crowd yang ramai dengan aktiviti masing-masing menghidupkan suasana bandar.
- Kadang kala kesan damage ke atas karekter tidak realistik kerana masih mampu bertahan selepas tembakan beralu-talu musuh ke atasnya. Contohnya, apabila krew medic Dominic ingin merawatnya apabila tercedera, krew tersebut langsung tidak berlindung sebaliknya terus meluru ke arah Dominic atau krew lain yang tercedera.
- Kekurangan kepelbagaian cuaca.
- Pergerakan krew dari satu lokasi ke lokasi lain agak kurang realistik. Contohnya, apabila Dominic memberi arahan kepada krew tertentu untuk membantu mempertahankan crime ring yang diserang musuh, krew tersebut akan ke sampai lokasi tersebut dengan serta-merta walaupun jaraknya sangat jauh melibatkan New York dan Havana. Memang ia sangat membantu dalam gameplay, tetapi jika diambil kira dari segi realistik sedikit sebanyak ianya agak mengecewakan. Ini juga menyebabkan crime ring yang telah ditawan oleh Dominic tidak dapat dirampas semula oleh keluarga lain dan menjadikan permainan ini bertambah mudah.
- Ves kalis peluru yang dipakai di bahagian luar pakaian agak tidak menarik
- Seorang Don yang bukan kaki perempuan. Mungkin ini yang menggambarkan personaliti Dominic walaupun mempunyai perwatakan menarik, berpengaruh dan kaya. Permainan mungkin akan lebih menarik jika permainan ini membolehkan lebih banyak interaksi atau aktiviti dengan karekter perempuan sesuai dengan statusnya.
Overall - 3.7
The Godfather 2 berjaya menghidupkan elemen mafia dalam permainannya. Perebutan crime ring, memeras ugut, membunuh dan menjalankan perniagaan gelap disampaikan dengan baik dan menarik. Efek gore juga berjaya menonjolkan personaliti kejam Dominic sebagai seorang Don yang sangat berpengaruh dan berkuasa besar. Kesuluruhannya The Godfather 2 wajib dicuba untuk merasai pengalaman sebagai seorang mafia dan menjalankan perniagaan jenayah.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
The Godfather 2 Screenshots
Dominic
Apparel Customization
Map on Don View
3D Map
Family tree
Bribing crime witness
Flight between cities
Speaks with travel agent
Take over any racket
Bulletproof car
Execution Strike
In-Game Action
Scope view from sniper rifle
Pushing enemy over the ledge
Neck snap
Sexy and Topless Babe
World and Environment
Dominic
Apparel Customization
Map on Don View
3D Map
Family tree
Bribing crime witness
Flight between cities
Speaks with travel agent
Take over any racket
Bulletproof car
Execution Strike
In-Game Action
Scope view from sniper rifle
Pushing enemy over the ledge
Neck snap
Sexy and Topless Babe
World and Environment
Labels:
Review,
The Godfather 2
Subscribe to:
Posts (Atom)