Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, November 28, 2010

Fallout : New Vegas - Review



Game - Fallout : New Vegas
Publisher - Bethesda Softworks
Developer - Obsidian Entertainment
Engine - Gamebryo
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 19 October 2010

Envy Review for PC
Gameplay - 3.5
  • Paparan perspektif first person dan third person. Paparan third person boleh disuaikan jaraknya mengikut kehendak pemain
  • Fallout : New Vegas berlatarbelakangkan Mojave Wasteland yang mempunyai beberapa lokasi terkemuka seperti The Strip, Freeside, Goodsprings, Primm, Boulder City dan
  • Permainan melibatkan komunikasi, eksplorasi dan combat.
  • Komunikasi dengan NPC tertentu penting untuk memperolehi maklumat, mendapatkan misi dan tugasan serta jual beli. Tahap efektif komunikasi melibatkan skil yang dimiliki oleh pemain terutama Speech dan Barter.
  • Eksplorasi dalam dunia luas Mojave Wasteland hanya melibatkan berjalan dan berlari. Panduan yang diberikan hanya kompas yang dipaparkan pada HUD. Selain penunjuk arah, kompas turut memaparkan arah lokasi atau fasiliti yang belum atau telah dilalui oleh pemain melalui paparan segi tiga di bahagian bawah kompas tersebut. Sebaik tempat tersebut dijumpai, FAST TRAVEL dibenarkan menggunakan PIP BOY.
  • Gajet utama yang dimiliki oleh pemain adalah PIP BOY 3000 (Tab) yang menyediakan pelbagai akses berguna dalam permainan iaitu status, item dan data
  • Status menyediakan pelbagai maklumat berkenaan pemain merangkumi SKILLS, S.P.E.C.I.A.L, PERKS dan GENERAL. Item menyediakan maklumat inventori terdiri daripada weapons, apparel, aid, mischellanos dan. Data pula menyediakan maklumat berkaitan misi yang dijalankan merangkumi world map, local map, quest, side quest dan radio
  • Dalam combat, variasi senjata yang boleh digunakan oleh pemain. Jumlah senjata yang boleh dibawa bergantung kepada strength yang menentukan jumlah beban yang boleh dibawa termasuk inventori lain seperti pakaian, armor, dan medik.
  • VATS memainkan peranan yang sangat penting dalam combat, bukan sahaja untuk mengenal pasti anggota badan musuh yang lemah malah untuk memastikan peluang untuk critical strike yang lebih baik. VATS bergantung kepada ACTION POINT (AP meter) yang menentukan jumlah tembakan dalam VATS boleh dilakukan. Selepas digunakan, AP meter akan dijana semula secara automatik
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT atau SCOPE (hold MB2) amat diperlukan terutama untuk headshot
  • Taktikal stealth juga boleh dipraktikkan dalam combat untuk memastikan serangan yang dilancarkan lebih berkesan ke atas musuh. Stealth memerlukan pemain berada dalam posisi CROUCH (L-CTRL). Indikator situasi juga akan dipaparkan menunjukkan tahap kepekaan musuh terhadap kehadiran pemain merangkumi hidden, caution dan danger.
  • Setiap kali musuh dibunuh, XP diperolehi yang membolehkan level diupgrade. Selain itu, XP juga diperolehi setiap kali pemain menyelesaikan misi, lockoicking dan hacking, melengkapkan challenges serta komunikasi dengan NPC yang berkesan
  • Pemain boleh diteman oleh dua orang teman pada satu masa. Namun begitu, hanya seorang manusia, ghoul atau super mutant dibolehkan dalam satu masa. Kawalan teman dilakukan menggunakan COMPANION WHEEL untuk pelbagai interaksi seperti menukar stail combat, akses inventori, arahan ikut dan tunggu, back up dan komunikasi
  • Gameplay turut melibatkan lockpicking dan hacking

Beautiful World and Detail - 3.7

Landscape 3.7, Character 3.7, Costume 4, Weapon 4, Babe 3, Creature 3.5


You Live in It - 3.7
  • Open world yang sangat luas
  • Kebebasan untuk menyelesaikan setiap objektif mengikut kesesuaian masa dan situasi atau mengikut citarasa pemain sendiri.
  • Keseluruhan permainan dan adalah daripada perspektif pemain sendiri
  • Environment yang cantik, terperinci dan realistik.
  • Mekanisma senjata yang agak realistik di mana senjata perlu sentiasa dibaiki dan diselenggara untuk memastikan keberkesanan senjata tersebut
  • Efek darah dan gore yang sangat baik dan realistik
  • Musuh yang telah dibunuh di sesuatu tempat tidak akan respawn untuk satu tempoh yang
  • Kitaran siang dan malam yang baik dan realistik
  • Abiliti untuk tidur, tunggu dan duduk
  • Kesan damage ke atas musuh yang tidak realistik. Sebagai contoh, 2 tembakan headshot Anti Material Rifle ke atas Legate Lanius masih belum mampu membunuhnya.
  • Masalah teknikal dan bug yang agak kritikal. Lebih menyakitkan hati jika fail save game korup
  • Cutscene ketika komunikasi dengan NPC lain yang sangat ringkas.

Overall - 3.5

Selain menawarkan kebebasan dalam eksplorasi, Fallout : New Vegas juga memberikan kebebasan kepada pemain bagi menghadapi combat atau menyelesaikan sesuatu misi dan tugasan. Keluasan world yang disediakan amat memuaskan dengan kitaran waktu yang menghidupkan suasana realistik permainan. Namun begitu, hit damage yang tidak realistik menjadikan permainan ini agak menyusahkan

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Fallout : New Vegas Screenshots


VATS


Lockpicking


Swimming






In-Game Combat











World And Environment