Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Monday, August 9, 2010

Prince Of Persia : The Forgotten Sands - Story Mode Review


Game - Prince Of Persia : The Forgotten Sands
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Anvil
Platform - PC, 360, PS3, Wii, PSP, DS
Released Date - 12 June 2010 for PC


Envy Review for PC
Difficulty - Normal
Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif third person
  • Kebolehan akrobatik dan agility yang dimiliki oleh Prince membantu gameplay yang menggabungkan navigasi dan combat terutama dalam menyelesaikan platforming puzzle atau melepasi perangkap. Antara abiliti tersebut adalah wall running dan wall jump.
  • Berbeza daripada siri terdahulu The Forgotten Sands turut menerapkan elemen baru dalam platforming gameplay nya dengan unsur-unsur alam seperti air. Untuk membantu mengatasi unsur-unsur tersebut beberapa abiliti baru dimiliki oleh Prince, iaitu FREEZE (hold L-Shift) - memejalkan air, AIR DASH (Space + enemy + MB3) - meluncur ke arah musuh dan MEMORY (L-Alt) - membina kembali binaan yang telah runtuh
  • REWIND (Q) merupakan abiliti yang paling penting dimiliki bukan sahaja untuk membetulkan kesilapan dalam platforming tetapi juga ketika combat. Tidak seperti abiliti yang lain, REWIND menggunakan satu slot
  • Dalam combat, Prince juga memiliki abiliti istimewa menggunakan elemental power berdasarkan unsur api, air, angin dan bumi. Elemental power tersebut adalah TRAIL OF FLAME, ICE BLAST , STONE ARMOR dan WHIRLWIND. Seperti rewind, penggunaan elemental power juga turut menggunakan satu slot energy point.
  • Mekanisme combat dalam The Forgotten Sands dihasilkan untuk memudahkan Prince menghadapi jumlah musuh yang besar pada satu masa melalui abiliti yang dipanggil crowd control. Antara abiliti am yang membantu Prince ketika combat adalah SLASH (MB1), POWER SLASH (hold MB1), KICK / DASH (E), AERIAL SLASH (Space + MB1), AERIAL KICK (SPACE + E) termasuk AIR DASH. Tanpa abiliti blocking, ROLLING (MB3) amat berguna bagi mengelak serangan musuh
  • UPGRADE (Tab) membolehkan Prince meningkatkan kebolehan, abiliti, elemental powers, ketahanan dan keberkesanan dalam combat. Upgrade perlu menggunakan upgrade point yang diperolehi daripada XP points iaitu orbs berwarna kuning yang diserap apabila Prince membunuh setiap musuh. Setiap upgrade point yang dimiliki perlu ditempatkan dalam upgrade slot yang diingini
  • Ketika eksplorasi, Prince akan turut menemui beberapa objek seperti pasu, tong dan sarcophagus. Setiap objek tersebut memberikan Prince sama ada orbs merah - memulihkan health meter dan orbs biru - mengisi energy slot yang telah digunakan. Berbeza dengan objek sarcophagus sering terletak di kedudukan yang agak tersembunyi dan agak sulit untuk dicapai. Selain memberikan orbs merah dan biru dalam amaun yang banyak, ia turut memberikan orbs kuning untuk upgrade. Sarcophagus hanya boleh dimusnahkan menggunakan power slash atau Djinn Sword
  • Save game menggunakan sistem checkpoint

Wall Run

Solidify water

Gaining orbs from killing enemies

Sarcophagus


Action - 4.5
  • Perangkap dan platforming yang disediakan sangat menarik, sukar dan mencabar serta memerlukan strategi, ketepatan dan kemahiran kawalan yang baik. Perangkap-perangkap yang mencabar ini merangkumi floor spike, saw, spike log dan slicer. Berbeza dengan siri terdahulu, platforming dalam The Forgotten Sands turut menggabungkan dengan beberapa unsur semulajadi seperti air dan perlu diselesaikan menggunakan abiliti-abiliti istimewanya seperti freeze dan recall. Puzzle yang disediakan sukar, tetapi dengan petunjuk yang dihasilkan dengan baik setiap puzzle yang dihadapi menjadi sangat menarik dan menerujakan untuk diselesaikan.
  • Level The Final Climb merupakan level terakhir yang paling mencabar dan menguji tahap agility dan kebolehan akrobatik Prince
  • Sepanjang permainan, Prince perlu menghadapi pelbagai musuh, daripada manusia hinggalah makhluk pasir yang agak sukar untuk dibunuh. Antara makhluk pasir yang perlu dihadapi adalah Wraiths, Spectres, Ghouls, Chargers dan Scarabs
Solving puzzle

Passing trap

Multiple traps


Beautiful World and Detail
- 4.5

Landscape 4.7, Character 4.5, Weapon 3.5, Costume 3.5, Objects 4.5, Babe 3.5, Creatures 4



You Live in it - 4.5
  • Jalan cerita yang sangat menarik.
  • Dekorasi bangunan dan environment yang cantik dan menarik
  • Pergerakan akrobatik Prince sangat natural dan menarik.
  • Pergerakan combat juga dihasilkan dengan baik melalui kepelbagaian serangan dan pergerakan yang natural.
  • Voice acting dihasilkan dengan baik bagi menghidupkan jalan cerita
  • Invisible Wall sangat jarang dijumpai memberikan kebebesan untuk Prince bergerak.
  • Puzzle dan perangkap juga dicipta dengan realistik dan menarik.
  • Efek air dihasilkan dengan baik
  • Masalah camera view agak mengganggu kawalan navigasi
  • Masalah glitches dan bugs agak ketara terutama dalam puzzle.


Overall - 4.5

The Forgotten Sands menawarkan permainan platforming yang sangat baik dan mencabar. Selain itu, combat yang ditawarkan juga padat dan penuh aksi. Antara siri Prince Of Persia yang terbaik pernah dimainkan oleh penulis.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Prince Of Persia : The Forgotten Sands
Screenshots


The Prince with Razia

Malik

Razia

Ratash


In-Game Action

















Combat










Aerial Slash








Aerial Kick


World and Environment











No comments:

Post a Comment