Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, March 21, 2010

Just Cause 2 - Demo Impression


Game - Just Cause 2
Publisher - Eidos Interactive
Developer - Avalanche Studios
Engine - Avalanche 2.0
Platform - PC, 360, PS3
Release Date - 23 March 2010

Gameplay - 3.5
  • Paparan perspektif adalah third person
  • Just Cause 2 menumpukan kepada seberapa banyak kemusnahan dan chaos yang boleh dilakukan oleh Rico. Rico perlu memusnahkan fasiliti dan infrastruktur kerajaan Panau ditanda melalui logo bintang berwarna putih.
  • Setiap kemusnahan akan meningkatkan chaos. Peratusan chaos yang mencukupi akan memberikan misi dan tugasan baru kepada Rico seperti race challenge, agency mission dan faction mission
  • Just Cause 2 banyak melibatkan penggunaan grappling hook oleh Rico untuk tujuan combat mahupun eksplorasi
  • Grappling hook berfungsi secara dual hook, membolehkan Rico menyangkut satu objek kepada objek lain. Penggunaan grappling hook adalah tanpa had.
  • Satu teknik grappling hook iaitu slingshot membolehkan Rico bergerak dengan lebih pantas melalui jarak jangkauan dan kelajuan tarikan grappling hook tersebut. Rico hanya perlu mensasarkan satu objek kukuh dan melepaskan tembakan grappling hook. Kemudian secara automatik Rico akan ditarik dengan pantas ke tempat yang disasarkan tersebut.
  • Grappling hook juga sangat berguna dalam situasi combat. Ia boleh digunakan untuk juggle kill dengan menarik musuh ke arah Rico dan disudahkan dengan tembakan bertalu-talu ke atas musuh yang terdedah, fall kill dengan menarik jatuh musuh yang berada di atas tempat tinggi, hang kill dengan mengantung musuh, dan drag kill dengan menyangkut musuh bersama sebuah kenderaan yang bergerak dan membiarkannya diseret. Teknik-teknik lain yang menarik adalah seperti menyangkuk dua musuh antara satu sama lain mengakibatkan mereka akan berlaga sesama sendiri. Walaupun tidak berbahaya namun ia membuka ruang kepada Rico untuk menyudahkan 2 musuh dengan mudah. Selain itu, musuh juga boleh disangkut pada tong propane. Apabila tong tersebut ditembak, kebocoran gas yang berlaku akan melancarkannya ke udara sekaligus membawa musuh bersama. Tong tersebut akhirnya meletup dan meninggalkan musuh terhempas ke tanah.
  • Rico turut dilengkapi dengan parachute yang boleh digunakan berulang kali.
  • Dalam combat Rico dilengkapi dua slot senjata bagi setiap one arm weapon dan double arms weapon selain grenade dan exsplosive. One arm weapon merangkumi pistol dan SMG manakala double arms weapon pula assault rifle, sniper rifle, shotgun dan launcher. Senjata dan upgrade diperolehi dari Black Market. Senjata yang dimiliki boleh diganti dengan senjata yang lain yang dijumpai.
  • Combat juga melibatkan ketika di atas kenderaan. Rico boleh berpaut pada bahagian depan atau belakang kenderaan musuh. Di situ Rico boleh berlindung atau mengeluarkan senjata untuk menembak musuh.
  • Abiliti evade (TAB) membantu Rico mengelak daripada serangan musuh
  • Black Market berfungsi sebagai pembekal senjata, kenderaan dan kelengkapan lain kepada Rico. Urusniaga Black Market adalah menggunakan mata wang Panau yang dikumpul oleh Rico sepanjang permainan. Black Market juga menyediakan upgrade kepada senjata dan kenderaan. Upgrade dilakukan secara berperingkat bergantung kepada bahagian senjata dan kenderaan yang dijumpai oleh Rico dalam permainan
  • Pemanduan kenderaan agak sukar terutama dalam kelajuan tinggi ketika di selekoh. Rico juga boleh keluar daripada kenderaan yang dipandu dan melompat ke atas bumbung untuk beberapa tujuan sama ada untuk melancarkan kenderaan tersebut ke arah sesuatu objek dan fasiliti atau untuk slingshot ke arah kenderaan lain.
  • Health dipaparkan pada health meter di sisi kiri mini map berwarna hijau. Health akan berkurang akibat damage tetapi akan dijana semula sebahagian. Ia perlu dipulihkan semula menggunakan first aid yang boleh dijumpai sepanjang permainan.
  • Di sisi kanan mini map pula adalah heat meter. Heat meter berfungsi setiap kali musuh mengesan aktiviti mencurigakan Rico. Ia terbahagi kepada 3 level di mana setiap level mewakili kekuatan anggota yang memburu Rico.
Action - 3.7
  • Watak utama adalah Rico Rodriguez
  • Rico didedahkan kepada penempatan di kawasan gurun seluas 35 kps di Kepulauan Panau
  • Eksplorasi dalam demo ini tidak terbatas tetapi terhad dalam tempoh masa 30 minit sahaja
  • Dalam demo ini, Rico diperkenalkan kepada satu kumpulan pemberontak dikenali sebagai Reaper diketuai oleh Bolo Santosi
  • Bermula dari situ, Rico perlu memusnakan seberapa banyak fasiliti dan infrastruktur kerajaan Panau, dikenal pasti melalui logo bintang berwarna putih
  • Antara fasiliti tersebut adalah penjana kuasa, menara loji air, depot minyak, tugu, pipeline dan crane
  • Pelbagai kenderaan disediakan merangkumi kereta, kereta sport, motosikal, 4WD, trak dan helikopter
Beautiful World and Detail - 4

Landscape -4, Characters -3.7, Costumes -3.5, Weapons -4, Objects -3.7, Babes - 2

You Live in it - 3.7
  • Keluasan Panau yang amat memuaskan serta bebas. Environment juga cantik dan menarik dari segi grafik.
  • Crowd yang ramai dan menjalankan aktiviti masing-masing
  • Variasi pendekatan combat yang boleh diambil dalam menghadapi musuh menggunakam senjata, grappling hook dan environment
  • Pelbagai cara boleh digunakan untuk memusnahkan fasiliti
  • Efek letupan yang sangat baik dan realistik
  • Kawalan kenderaan agak sukar terutama ketika kelajuan tinggi
Overall - 3.7

Just Cause 2 menyediakan demo yang paling luas untuk diterokai sebalik had masa yang disediakan. Demo ini menyediakan pelbagai aksi yang menarik dan variasi seperti bermain permainan penuh. Malah demo ini juga tidak bosan untuk diulang berkali-kali memandangkan banyak lokasi dan misi yang berbeza untuk diteroka oleh pemain
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
Just Cause 2 Screenshots

Rico with Bolo Santosi



Free diving







Destroying facilities


Juggle kill


Hang kill

In-Game Combat


No comments:

Post a Comment