Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Tuesday, February 23, 2010

Leisure Suit Larry : Magna Cum Laude


Game - Leisure Suit Larry : Magna Cum Laude
Publisher - Sierra Entertainment
Developer - High Voltage Software
Platform - PC, Xbox, PS2
Released Date - 05 October 2004

Envy Review for PC
Gameplay - 3.5
  • Memaparkan pilihan paparan sama ada perspektif third person secara default atau first person (MB3)
  • Permainan terbahagi kepada beberapa mode iaitu eksplorasi, game dan komunikasi
  • Magna Cum Laude menampilkan eksplorasi bebas di semua lokasi di mana Larry boleh berkomunikasi dengan NPC lain dan mencari item tersembunyi untuk kegunaannya. Sesetengah fasiliti atau bilik tidak dapat dimasuki oleh Larry sehinggalah melepasi level tertentu. Setiap objek atau NPC yang boleh diinteraksi oleh Larry dinyatakan melalui paparan nama watak, objek atau tempat tersebut.
  • Larry mempunyai alcohol meter yang berfungsi menunjukkan tahap kandungan alkohol di dalam tubuh badan Larry. Apabila kandungan alkohol mencapai paras tertentu, Larry akan mabuk dan mengakibatkan pandangannya terganggu. Membuang air kecil (hold Ctrl) membantu membuang alkohol dari tubuh badannya. Kandungan alkohol turut mempengaruhi minigame tertentu seperti chatting dan quarters. Sesetengah gadis yang hendak dipikat oleh Larry juga memerlukannya dalam keadaan mabuk sebelum boleh memulakan tindakannya
  • Dalam usaha untuk memikat hati setiap gadis, Larry perlu melalui beberapa fasa minigame yang wajib dilepasi untuk meneruskan fasa seterusnya. Antara variasi minigame tersebut adalah chatting, dancing, trampoline, menyediakan campuran alkohol, serve dan quarter. Setiap minigame terdapat indicator yang menunjukkan tahap keberkesanan Larry memikat sama ada love meter atau chance meter.
  • Chatting adalah minigame utama yang melibatkan ke semua gadis. Minigame tersebut memerlukan Larry mengawal ikon sperma melalui beberapa ikon lain. Objektifnya adalah memenuhkan love meter dan mengekalkannya dalam tempoh yang diberikan. Ikon berwarna hijau perlu dilalui oleh Larry kerana ia memberikan keputusan dialog yang baik dalam komunikasi manakala ikon berwarna merah pula menyebabkan Larry menggunakan topik yang tidak sepatutnya dan memalukan. Melepasi level yang lebih tinggi, beberapa ikon merah baru turut disediakan seperti ikon beer yang meningkatkan kandungan alkohol dalam tubuh Larry dan mengakibatkan kawalannya tidak stabil, ikon kamera pula akan memaparkan hotspot tubuh badan gadis tersebut tetapi ia mengurangkan love meter dalam kuantiti yang besar.
  • Dancing pula merupakan minigame berirama yang memerlukan Larry menekan butang yang betul pada point yang ditetapkan untuk menghasilkan gerak tari yang baik dan sempurna. Minigame trampoline juga mirip dengan cara permainan dalam dancing.
  • Quarters merupakan minigame yang memerlukan Larry melambung syiling memasuki gelas yang diletakkan di tengah meja. Berjaya memasukkan syiling tersebut mengakibatkan lawan (gadis yang dipikat) perlu meminum bir yang disediakan. Sesiapa yang berjaya memenuhkan alcohol meter lawan terlebih dahulu akan dikira pemenang. Quarters juga turut memberi pulangan wang kepada Larry jika berjaya dalam permainan tersebut bergantung kepada jumlah taruhan.
  • Bermain minigame di luar permainan memikat gadis mampu meningkatkan tahap confidence Larry dan memberi pulangan wang.
  • Sepanjang permainan, Larry juga akan menemui beberapa item iaitu token dan wang. Ia biasanya tersembunyi dan memerlukan Larry mencarinya dari tempat atau objek yang boleh diinteraksi oleh Larry. Wang digunakan untuk membeli sesuatu item dari kedai atau NPC, mencabar untuk bermain quarters atau yuran untuk memasuki sesuatu tempat. Token pula digunakan untuk unlock concept art, nude character mode dan nude character view.
Action - 3.7
  • Watak utama Magna Cum Laude adalah Larry Loveage yang berusaha untuk meyertai satu program televisyen bertajuk Swingles, program bertemakan dating. Namun begitu, dia perlu membuktikan terlebih dahulu kemampuannya memikat gadis kepada hos rancangan tersebut, Uma Yasmine.
  • Terdapat banyak karekter gadis disediakan merangkumi pelbagai rupa paras, bentuk badan, personaliti dan penampilan.
  • Paling menarik tumpuan adalah Luba yang mempunyai imej seksi dan liar, Barbara Jo yang cantik mempunyai tubuh badan yang amat menarik selain Tilly dan Morgan yang mempunyai paras rupa yang menarik
  • Lokasi utama Magna Cum Laude adalah Walnut Log.
Beautiful World and Detail - 3.5

Landscape - 2.5, Character - 3.5, Costume - 3.5, Object - 2, Babe - 4

You Live in it - 4
  • Open world yang luas dan hampir setiap bilik boleh dimasuki oleh Larry
  • Variasi karekter gadis untuk dipikat oleh Larry dengan penampilan dan personaliti tersendiri
  • Agak membosankan setiap lokasi termasuk bilik yang dimasuki disambung dengan loading screen. Walaupun loading screen agak menarik, tetapi ia sering berulang dan kadang kala mengambil masa yang lama
Overall - 3.7

Magna Cum Laude menyajikan pelbagai komedi dan aksi lucu dalam usahanya untuk memikat gadis-gadis di Walnot Log. Mini game nya walaupun ringkas dan berulang tetap menyeronokkan dan kadangkala agak mencabar. Magna Cum Laude antara dating simulator yang wajib dicuba terutama uncensored version.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Leisure Suit Larry : Magna Cum Laude
Screenshots




































No comments:

Post a Comment