Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, October 4, 2009

Risen Demo

Game - Risen
Publisher - Deep Silver
Developer - Piranha Bytes
Platform - PC, 360
Release date - 02 October 2009

Envy Review for PC

Gameplay - 2.7
  • Paparan third person
  • Setiap objek interaktif termasuk manusia dan tumbuhan akan dipaparkan nama apabila pemain menghampirinya. Pemain boleh memeriksa, mengambil dan menyimpan setiap objek tersebut.
  • Permainan terbahagi kepada dua, iaitu navigasi dan combat. Dalam mod navigasi membolehkan pemain mengambil objek atau tumbuhan (MB1).
  • Mod combat (MB3) diaktifkan apabila berhadapan dengan musuh. Pemain boleh memilih sama ada ingin menggunakan senjata atau tidak apabila berhadapan dengan musuh.
  • Serangan asas dilancarkan menggunakan (MB1). Ia boleh digabungkan dengan (A) atau (D) untuk menghasilkan extra damage ke atas musuh. Blocking dan Parring (MB2) amat berguna untuk menahan setiap serangan musuh.
  • Character Stats (C) memberi statistik dan butiran terperinci mengenai kemahiran tempur, kelengkapan, magic, experience dan inventori (I) pemain.
  • Health pemain dipaparkan pada satu bar melintang . Apabila menerima damage, ia dipulihkan semula menggunakan healing plant atau herb, makanan dan air. Sumber mentah yang diperolehi juga seperti daging binatang boleh dimasak dan dimakan untuk memulihkan health. Begitu juga dengan tidur.

Action - 2
  • Aksi di dalam demo ini memerlukan pemain mencari tempat berlindung untuknya dan Sara dan mendapatkan senjata untuk mempertahankan diri. Demo ini berakhir apabila Jan menunjukkan arah kemnya kepada pemain
  • Beberapa hidupan liar memberi ancaman kepada pemain seperti sea vulture dan serigala selain makluk seperti gnome
  • Aksi combat agak kaku dan ringkas.

Beautiful World and Detail - 2
Landscape 3.5, Karekter 2, Weapon 2, Kostum 2, Objects 1.7, Babes 2, Creatures 1.7


You Live in it - 3
  • Kitaran siang dan malam yang baik dan cuaca yang dinamik.
  • Abiliti tidur dan makan disediakan untuk rehat dan memberi kekuatan
  • Environment yang menarik dan cantik dengan open world yang luas
  • Mayat yang kekal pada kedudukannya
  • Membawa barang terlalu banyak tidak memberi kesan kepada pemain dan ini agak mengurangkan realistik permainan
  • Perkara yang paling mengecewakan dalam Risen adalah watak yang telah dibunuh hidup semula selepas beberapa ketika apabila health bar mereka pulih semula. Ini sekaligus mengurangkan realistik dalam permainan. Jika tidak kerana faktor ini pastinya You Live in it akan memperolehi rating yang tinggi
  • Reaksi muka kaku dan tidak menarik. Begitu juga aksi combat yang sangat ringkas dan kaku

Overall - 2.7

Tidak banyak untuk diperkatakan setakat pengalaman permainan menerusi demo ini. Namun begitu, open world yang luas dan kitaran waktu dan cuaca yang realistik pastinya memberi kredit positif kepada demo ini berbanding aksi combatnya.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Risen Screenshots


Menu interface

Character Stats

Open crate to find loots

Drinks water helps to regenerate health

Empty house completed with bed, bench, water and fire to cook


In-game Action








World and Environment





No comments:

Post a Comment