Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Sunday, June 7, 2009

Kane And Lynch : Dead Man



Publisher - Eidos Interactive
Developer - IO Interactive
Engine - Glacier
Platform - PC, 360, PS3


Envy Review for PC

Gameplay - 3
  • Paparan permainan adalah daripada perspektif third person. Ia menekankan permainan seperti Rainbow Six Lockdown di mana watak utama iaitu Kane boleh memberi arahan tertentu kepada individu tertentu. Antara arahan yang boleh diberikan adalah FOLLOW (1), CHARGE (2) dan HOLD / MOVE (3).
  • Berlindung adalah antara elemen penting yang dimiliki Kane terutama untuk mengelak tembakan lawan. Berlindung dilakukan dengan mudah, Kane hanya perlu bergerak ke dinding dan secara automatik dia akan merapatkan badannya pada dinding tersebut. Di sebalik berlindung, Kane boleh memilih samada mahu melepaskan tembakan blindfire tanpa mendedahkan badan tetapi mengurangkan ketepatan tembakan ataupun menggunakan AIMING MODE (hold MB2), lebih tepat dan berkesan.
  • Kane juga mampu memanjat sesuatu tempat tinggi (E). Namun begitu, (E) turut digunakan untuk beberapa fungsi interaksi lain seperti melee, RAPPLE, mengambil senjata lain atau memberi adrenaline shot kepada rakan
  • Kane juga memiliki SHORT SPRINT (hold Space) untuk memecut beberapa ketika.
  • Objektif semasa dan peta boleh diakses menggunakan (M)
  • Tiada sebarang petunjuk kepada health Kane. Namun begitu, apabila skrin bertukar kemerahan apabila Kane ditembak, ia menunjukkan tahap damage health Kane adalah kritikal. Ketika ini Kane perlu mencari tempat berlindung dengan segera atau akan terbunuh. Kane tidak akan mati terus, sebaliknya jika Lynch atau rakan lain sempat memberikan adrenaline shot, Kane akan kembali sedar. Terlalu banyak adrenaline shot juga amat berbahaya dan boleh membunuh Kane akibat dos berlebihan. Kane juga boleh memberikan suntikan adrenaline shot kepada rakan lain yang tercedera. Sekiranya tidak dipulihkan, misi tersebut akan gagal kerana kehilangan rakan.

Action - 3.5
  • Aksi melibatkan beberapa lokasi di Tokyo, Los Angeles danHavana, turut melibatkan aksi di dalam kelab malam, bank, penjara, tengah bandar dan di tengah kawasan perang saudara.
  • Paparan sniper view daripada skop penembak tepat polis atau sniper musuh amat menarik.
  • Kesan tembakan sangat terperinci dan baik, kesan tembakan yang mengenai dinding, tiang atau cover dan objek lain akan memecahkannya.
  • Elemen criminal yang baik dan menarik.
  • Peluang untuk memecah masuk bank, menceroboh penjara dan membunuh polis dan orang awam.
  • Adengan kejar mengejar antara kenderaan agak menarik walaupun crosshair agak sukar dikawal ketika melakukan tembakan dari belakang van.
  • Sesetengah level memerlukan Kane untuk menjatuhkan helikopter musuh dan memusnahkan tank.
  • Senjata yang terhad dan tiada variasi.
  • AI musuh agak baik, pandai berlindung dan mempunyai tembakan yang tepat.
  • 2 pilihan penamat yang biasa dan tidak begitu menarik.

Beautiful World and Detail - 4
Landscape 3.5, Karekter 4, Weapon 3.5, Kostum 3.5, Building 3.7, Objects 4.5, Babes 1.5


You Live in it - 4
  • Jalan cerita yang agak baik
  • Kesinambungan antara gameplay dan in-engine cutscene amat baik dan menghidupkan perjalanan cerita dan aksi.
  • Grafik dan keperincian world dan karekter cantik dan mengagumkan.
  • Open world yang cantik dan tidak terbatas meliputi tengah bandar raya dan hutan.
  • Kesan percikan darah yang realistik. Kesan debris dan pecahan objek akibat terkena tembakan juga sangat baik dan realistik selain efek peluru yang amat mengagumkan
  • Crowd yang hidup dan ramai.
  • Efek bunyi meliputi senjata dan letupan dihasilkan dengan baik. Voice acting juga turut menghidupkan jalan cerita dan watak.

Overall - 3.5

Permainan video bertemakan jenayah yang menarik tetapi agak kurang memuaskan dan keseronokan. Namun begitu, masih berbaloi untuk dicuba.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


Kane And Lynch Dead Man Screenshots


Kane and Lynch






















No comments:

Post a Comment