Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Tuesday, April 28, 2009

Dead Space



Publisher - Electronic Arts
Developer - EA Redwood Shores
Engine - Godfather
Platforms - PC, 360, PS3

Envy Review for PC

Story
A massive deep space mining ship goes dark after unearthing a strange artifact
on a distant planet. Engineering Isaac Clarke embarks on the repair mission,
only to uncover a nightmarish bloodbath - the ship's crew horribly slaughtered
and infected by an alien scourge: Now Isaac is cut off, trapped and engaged
in a desperate fight for survival

Deep space mining is a lucrative business that involves mining planets for
valuable ores, especially, gold, cobalt and osmium. Large sections of moons
and earth-like planets are pulled part and completely melted.

Although the mining operation is highly profitable, it is not without danger.
Sometimes, mining vessels and colonies require assistance from nearby
maintenance ships for emergency repair when the ship's engineers are unable
to fix the problems.

The USG Ishimura, the largest deep space mining vessel that has been operational
for over 62 years has sent out an emergency distress signal. You, Isaac Clarke,
part of the USG Kellion maintenance and security team has received the
distress signal from the Ishimura. Your team are now close by and ready for a
close look at what are the problems on the ship.


Gameplay - 4.5
Dead Space memaparkan perspektif third person shooter dari sudut atas bahu pemain, sama seperti gameplay yang diaplikasikan dalam Resident Evil 4 dan Gears Of War. Ia menekan corak shooting berasaskan dismemberment, terma yang digunakan membawa maksud memisahkan anggota badan makhluk yang dihadapi. Musuh yang dihadapi adalah makhluk pelik dikenali sebagai Necromorphs, berasal daripada gabungan mayat manusia dan organisma makhluk asing yang tidak diketahui.

Necromorphs sangat sukar dibunuh jika menggunakan stratergi tembakan seperti FPS yang lain. Kelemahan utama Necromorphs adalah anggota badan mereka sendiri, samada kaki atau tangan. Dismemberment adalah kunci utama untuk menghapuskan mereka. Melumpuhkan pergerakan Necromorphs dengan menembak dari bahagian pinggang hingga ke bawah hingga terputus sangat membantu untuk memperlahankan pergerakan mereka. Keadaan itu memudahkan Isaac menghapuskan mereka dengan beberapa tembakan pada bahagian kepala.

AIMING MODE (hold MB2) perlu diaktifkan untuk mengangkat senjata dan membuat tembakan. Sebaik berada dalam AIMING MODE, crosshair akan dipaparkan melalui pancaran laser. Ia juga menghalang Isaac untuk berlari, mengakses pengkalan data dan inventori atau save game. AIMING MODE juga boleh dikunci menggunakan butang (Caps Lock).

Beberapa abiliti istimewa dimiliki oleh Isaac, amat berguna dalam melalui tempat tertentu yang mempunyai pelbagai hazard dan halangan dan untuk menghadapi musuh. STASIS (MB2+C) berfungsi memperlahankan pergerakan objek atau musuh untuk seketika. Ia boleh diaplikasikan untuk memperlahankan mekanisma pergerakan sesuatu objek yang sedang bergerak laju seperti pintu rosak yang terbuka dan tertutup pada kelajuan tinggi atau kipas besar yang berputar laju bagi membolehkan Isaac melaluinya. Dalam kombat, STASIS melambatkan pergerakan musuh seketika, membantu Isaac dalam menghadapi musuh yang ramai. STASIS yang digunakan perlu diisi semula sama ada menggunakan Stasis Pack yang boleh dijumpai sepanjang permainan atau Stasis Recharge Station yang jarang dijumpai. Kadar penggunaan STASIS boleh dirujuk pada Stasis Metre yang dipaparkan pada belakang uniform RIG Isaac (berbentuk C). KINESIS merupakan abiliti infiniti yang dimiliki oleh Isaac. Penggunaannya tidak terbatas, boleh digunakan bila-bila masa dan tidak perlu dicas semula. KINESIS (hold MB2+F) adalah abiliti untuk mengapungkan objek tidak kira saiz dan berat. Ia boleh digunakan untuk mengubah objek yang menghalang laluan, menarik objek yang tidak boleh dicapai atau jauh, mengangkat power module dan memasukkannya ke dalam power slot untuk menghidupkan kuasa atau mengubah sesuatu platform untuk dijadikan laluan perjalanan. Objek seperti bilah kipas, tong pemadam api, kotak-kotak besar, atau apa-apa saja objek tajam termasuk anggota badan Necromorphs boleh dilancarkan kepada musuh dengan menggunakan KINESIS. ZERO G JUMP (MB2+Ctrl) membolehkan Isaac melompat ke setiap permukaan sama ada dinding atau siling, tetapi terhad di Zon Zero G sahaja. Setiap lompatan, Isaac akan mendarat di tempat crosshair dituju. Namun begitu, sesetengah lompatan tidak dapat dilakukan kerana jarak lompatan yang terlalu dekat, permukaan untuk mendarat tersebut adalah laluan masuk, atau permukaan yang tidak rata. Halangan lompatan dinyatakan melalui paparan merah pada ikon kapasiti ammo.

Dalam kombat, beberapa senjata yang dihasil daripada peralatan engineering digunakan untuk menghapuskan musuh. Antaranya Plasma Cutter, Line Gun dan Ripper. Setiap senjata mempunyai SECONDARY FIRE (hond MB2+Space), mempunyai fungsi tertentu dan memberi pilihan kepada Isaac untuk merencanakan taktikal dalam menghadapi musuh yang menyerang secara individu atau berkumpulan. Melee attack juga boleh digunakan untuk menyerang atau mematahkan serangan musuh, sama ada menggunakan SWING WEAPON (MB1) atau FOOT STOMP (Space). Namun begitu, kesan damage ke atas musuh tidak terlalu besar dan memerlukan timing untuk ketepatan melee. Escape juga memainkan peranan penting terutama apabila dikerumuni sekumpulan Necromorphs. Apabila dikepung, Isaac perlu melepaskan diri dan mencari posisi baru. Abiliti SPRINT (Shift) amat diperlukan dalam escape.

Kelengkapan RIG Isaac menyediakan akses kepada pelbagai data. Objective (J) memberikan maklumat mengenai objektif semasa kepada Isaac mengenai tugasan dan objektif yang perlu diselesaikan. Ia turut memaklumkan status sesuatu objektif sama ada selesai, aktif atau ditangguhkan. Inventory (Tab) merupakan akses kepada senjata, kredit, ammo, medic pack, Power Nodes dan peralatan lain yang dimiliki oleh Isaac selain log-log yang ditemui. Setiap barangan di dalam inventori boleh dibuang jika penuh atau pilihan yang lebih baik adalah menyimpannya di Store. Inventori-inventori ini diperolehi sepanjang permainan sama ada dari loker, items box, mayat atau Necromorph yang telah dibunuh. Kapasiti inventory boleh diupgrade untuk menampung ammo dan inventori lain. RIG juga memaparkan Air Metre, berfungsi membekalkan oksigen kepada Isaac di Zon Vakum dan kawasan bertekanan rendah. Air Metre secara automatik akan diisi semula apabila keluar dari Zon Vakum. Selain itu, isian semula oksigen boleh dibuat menggunakan Air Can atau O2 Station. Melalui paparan Map (M), Isaac boleh mendapat gambaran jelas lokasi objektif yang dituju. Map juga memaparkan fasiliti-fasiliti seperti Store, Save Station, Stasis Station dan Bench untuk makluman Isaac. RIG juga membantu Isaac dalam menentukan arah lokasi objektif dengan bantuan daripada sistem navigasi yang dimiliki kapal USG Ishimura. Menggunakan butang (B), satu garisan panjang holograf ke arah objektif akan dipaparkan menunjukkan laluan yang perlu dituju.

Store merupakan sebuah fasiliti yang terdapat di atas USG Ishimura. Ia boleh digunakan membeli senjata, inventori dan Power Nodes. Selain itu, Store juga menjadi tempat untuk Isaac menjual inventori yang diperolehi sepanjang permainan terutama semikonduktor yang sangat bernilai. Setiap penjualan akan ditukar kepada kredit mengikut nilainya. Schematic yang diperolehi oleh Isaac juga perlu dimuat turun di Store untuk unlock senjata, inventori dan suit baru. Setiap senjata, peralatan dan kelengkapan yang dimiliki oleh Isaac boleh diupgrade. Upgrade boleh dilakukan menggunakan Power Nodes yang boleh dijumpai sepanjang permainan atau dibeli dari Stores. Upgrade dilakukan menggunakan Bench. Upgrade meningkatkan damage senjata, kapasiti ammo, health, oksigen, memanjangkan tempoh dan tenaga STASIS dan meningkatkan tahap jangkauan KINESIS.

Sistem Health Dead Space dipaparkan pada bahagian belakang suitnya kelihatan seperti tulang belakangnya. Asasnya, health terbahagi kepada 4 bar menegak, setiap satu bar mewakili 25% membawa jumlah kesemuanya 100%. Selepasa proses upgrade, kapasiti health akan meningkat kepada 200%, dibahagikan kepada 8 bar kesemuanya. Tahap kritikal health boleh diketahu dengan merujuk kepada warna bar tersebut, warna hijau - penuh atau damage kecil, kuning - pada paras separuh dan merah - paras kritikal. Health dipulihkan menggunakan Health Pack yang boleh diperolehi sepanjang permainan atau dibeli di Store. Pelbagai saiz health pack mewakili saiz dos, kecil - memulihkan 25%, medium - 50% dan besar memulihkan sepenuhnya health Isaac. Pada paras kritikal dan saat genting sewaktu berhadapan musuh, Health dapat dipulihkan dengan segera menggunakan butang (Q).

Dalam pemainan, Save Station diperlukan untuk save permainan. Permainan akan dimulakan dari save game terakhir jika pemain ingin menyambung semula permainan. Namun begitu, automatic save point turut disave, tetapi tidak boleh diload secara terus daripada Load Menu. Ia diload secara automatik selepas Isaac terbunuh pada save point terdekat. Ini memberi peluang kepada pemain untuk mengulang semula permainan tersebut. Jika permainan ditutup, save point ini akan terpadam dan perlu dimulakan semula dari save game terdekat.


Action - 4.7
Dalam Dead Space, matlamat utama Issac adalah melepaskan diri dari Kapal USG Ishimura. Pelbagai objektif dan tugasan perlu diselesaikan untuk mencapai matlamatnya tersebut, antaranya memasang semula data board untuk menghidupkan kembali sistem tram, refuel enjin Ishimura, re-route ADS Power, memusnahkan asteroid yang menghentam Ishimura menggunakan Meriam ADS, mencari sampel DNA Necromorph, memusnahkan Poison Pod, menghapuskan Leviathan dan Hive Mind. Pelbagai pilihan senjata disediakan dalam Dead Space, setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Senjata tersebut dihasilkan untuk menepati status Isaac sebagai seorang engineer, dihasilkan dari peralataan industrial dan engeneering seperti Plasma Cutter dihasilkan daripada mineral cutter bekuasa tinggi, Line Gun - slicer, Flamethrower - pencucuh hydrazine, Ripper - buzz saw dan Contact Beam - energy projector. Senjata yang paling berkesan dan efektif adalah Line Gun dan Pulse Rifle. Ia sangat sesuai digunakan terutama dalam situasi Necromorph menyerang secara berkumpulan. Selain itu, Isaac turut berpeluang menggunakan beberapa artileri berat iaitu Meriam ADS yang dilengkapi di atas Ishimura untuk beberapa objektif, iaitu untuk memusnahkan asteroid dan menghapuskan Super Giant Necromorph yang cuba memusnahkan Ishimura.

Isaac perlu menghadapi pelbagai makhluk Necromorph, dari Slasher hinggalah Necromorph yang besar dan ganas, Brute. Ada juga Necromorph bersaiz kecil seperti Spider, Crawler, Lurker, dan Tentacle Pod yang dibebaskan oleh Spawner. Sesetengah Necromorph mampu melepaskan tembakan organisma terhadap Isaac sama ada berbentuk dart atau muntah. Infector menggunakan mayat untuk menukar mayat tersebut kepada Dark Slasher. Exploder dapat dikenali dengan bebola kuning yang dibawa pada tangan kirinya. Ada juga Necromorph yang membebaskan makhluk lain selepas dismemberment seperti Pregnant yang membebaskan Spider dan Divider membebaskan Crawler. Stasis Slasher pula mempunyai pergerakan yang sangat laju dan agresif. Musuh paling menarik adalah Giant Tentacle, berupa seperti tangan gergasi, mempunyai bebola kuning pada sendinya dan keluar daripada lubang yang kelihatan seperti ditebuk pada dinding. Ia akan berusaha menarik Isaac ke dalam lubang tersebut. Cara untuk menghapuskannya adalah dengan menembak bebola kuning tersebut hingga berkecai. Satu lagi Necromorph yang paling bahaya dan sukar untuk dihadapi adalah Regenerator. Ini disebabkan oleh tisu-tisunya akan kembali terbentuk dengan pantas dan menumbuhkan semula anggota badannya kepada asal. Ini menjadikan Regenerator sangat mustahil untuk dibunuh menggunakan senjata yang dimiliki Isaac. Sesetengah tempat memberi peluang kepada Isaac untuk membunuh Regenerator, antaranya di Excecutive Shuttle Bay. Isaac boleh membunuhnya dengan melancarkan enjin pesawat untuk membakarnya. Toxid Pod merupakan Necromorph yang tidak agresif dan tidak menyerang. Ia cuma membebaskan gas beracun. Issac selamat disebabkan suitnya. AI musuh direka dengan sangat baik dan pintar. Mereka menyerang Isaac dari pelbagai arah, malah jika dalam berkumpulan keadaan menjadi makin sukar. Mereka kerap muncul dari ruang kipas siling atau dinding dan dari tingkap. Selain itu, mereka bijak menjejak Isaac dengan mengikutnya melalui ruang ventilasi udara yang bersambung dari bilik ke bilik dan menerang hendap Isaac. Kebijaksanaan mereka makin terbukti dengan teknik penyamaran dalam kelompok-kelompok mayat. Apabila Isaac menghampirinya, serta-merta mereka akan bangkit dan menyerang secara mengejut. Mereka juga mampu menahan serangan melee Isaac.

Selain bahaya daripada Necromorph, Isaac juga perlu menghadapi bahaya persekitaran yang mampu memberi damage atau membunuhnya serta-merta. Kawasan yang bersuhu tinggi dan semburan bahan kimia menghakis mampu memberi damage kepada Isaac. Persekitaran yang lebih bahaya dan mampu membunuh dengan segera adalah kawasan yang mempunyai graviti terbalik, asteroid, laser berkuasa tinggi, pancaran graviti, aliran elektrik yang tinggi dan putaran kipas besar. Ia perlu diatasi dengan menggunakan strategi dan timing yang betul. Sesetengah hazard ini juga boleh diatasi mengunakan STASIS.

Boss Fight dalam Dead Space sangat menarik dan mencabar. Keseluruhannya ada tiga Boss Fight yang perlu dihadapi, Leviathan, Super Giant Necromorph dan Hive Mind. Mereka bersaiz gergasi dan memerlukan taktik tertentu untuk menumbangkannya, paling jelas semuanya bergantung kepada bebola kuning yang terdapat pada anggota badan masing-masing. Seolah-olah nyawa mereka, kesemua Necromorph gergasi tersebut akan mati setelah kesemua bebola kuning tersebut dimusnahkan.


Beautiful World and Detail - 4.5
Landscape 4.5, Karekter 4.5, Weapon 4.7, Kostum 4.5, Objects 4, Babes 2.7, Creatures 4.7


You Live in it - 4.7
Jalan cerita yang sangat menarik, penuh debaran dan kejutan. Grafik dan keperincian watak mahupun world sangat cantik dan mengagumkan. Suasana, pergerakan dan mood di dalam beberapa zon seperti Zero Gravity dan Vakum sangat realistik. Pengalaman berada di ruang angkasa luar Ishimura sangat mengagumkan dan terasa seperti realistik walaupun pemain tiada pengalaman sebenar berada di angkasa. Ia antara pengalaman paling menyeronokkan dan mengkagumkan di dalam game. Efek bunyi Dead Space antara yang paling menghidupkan permainan ini, mampu memberikan debaran dan menghidupkan suasana menyeramkan. Daripada bunyi dengusan dan ngauman Necromorph, sayup-sayup bunyi jeritan mangsa Necromorph, suara nyanyian menakutkan hinggalah efek bunyi tembakan senjata, hentaman asteroid dan bunyi menghancurkan daging. Malah kadang-kala jelas kedengaran pergerakan Necromorph dalam ruang ventilasi udara. Visual menjijikan yang dipaparkan melalui sistem pembiakkan Necromorph, mayat-mayat dan darah sangat cantik dan realistik. Selingan in-engine cutscene juga menarik dan menghidupkan jalan cerita. Satu lagi faktor yang betul-betul menghidupkan Dead Space adalah paparan HUDnya. Tiada lagi paparan HUD pada skrin seperti FPS yang lain, sebaliknya ia dihasilkan dengan lebih kreatif dan canggih, kesemua maklumat dan inventori yang dimiliki oleh Isaac disampaikan melalui RIG, memaparkan satu skrin hologram menunjukkan kesemua Inventory, senjata, Objective dan Map. Ia lebih menampakkan realiti dalan FPS ini disebabkan skrin yang tidak lagi diganggu dengan paparan HUD. Selain itu, kebesan yang ditawarkan dalam dunia Dead Space juga sangat memuaskan hati. Setiap objek boleh disentuh malah akan terjatuh apabila terlanggar. Isaac juga bebas menyusuri pelusuk Ishimura dan Valor untuk mencari objektif atau mengumpul inventori tanpa batasan. Halangannya cuma pintu-pintu yang terkunci oleh sistem komputer. Sesetengah kawasan seperti lif terbuka atau platform tinggi, invisible wall diletakkan menyebabkan Isaac tidak akan terjatuh walaupun berjalan terus ke arahnya.


Overall - 4.7
Antara FPS yang diberi nafas baru, Tiada lagi taktik run and gun atau tembakan-tembakan terus kepada musuh. Sebaliknya Dead Space mengutamakan taktikal dismemberment dalam melumpuh dan membunuh musuh. Penyampaiannya sangat menarik dan menerujakan malah menghidupkan cerita seolah-olah pemain sedang menghayati sebuah filem sains fiksyen. Dengan grafik yang cantik dan efek bunyi yang sangat mengagumkan, dunia Dead Space wajib diteroka bagi semua peminat-peminat game pelbagai genre.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect


Dead Space Screenshots


Menu interface


Isaac Clarke




Stasis ability to freeze enemy in a moment




Kinesis ability


Level 1 suit


Level 5 suit


Zero G jump


Foot stomp




Text log database


Video log database


Map database


Item box


Nano Circuit Repair Bench


Ishimura Tram System


Tram


Save Station


Stasis Recharge Station


Oxygen Recharge Station


Store


Locker stored various type of ammo and inventories




Pick up ammo




Chapter completed interface


Environmental Hazard


Reverse Gravity


Asteroid


Large fan in Zero G Maintenance Tunnel


High energy laser


Flame


The Necromorph


Slasher




Spawner


Crawler


Lurker


Divider


Infector




Enhanced Slasher


Enhanced Brute


Giant Tentacle


Tentacles like to pop out from large hole on the walls, which have been
forced open.


Super Giant Necromorph


Hive Mind


Vacuum and Zero Gravity Environment










The World of Dead Space









































Thursday, April 23, 2009

Prince Of Persia : The Sands Of Time


Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Jade
Platforms - PC, Xbox, PS2, GC, GBA, Mobile

Envy Review for PC

Gameplay - 4
Kebolehan akrobatik dan agility yang dimiliki oleh Prince membantu gameplay yang menggabungkan navigasi dan kombat. Kawalan navigasi yang baik amat diperlukan terutama dalam menyelesaikan puzzle atau melepasi perangkap. Dalam kawalan navigasi, Prince memiliki abiliti WALL RUNNING, berfungsi merentasi laluan yang telah runtuh, rapuh atau berperangkap. Abiliti WALL JUMP membantu Prince mencapai ke tempat yang lebih tinggi dengan melompat dari dinding ke dinding. Sesetengah puzzle memerlukan Prince untuk melakukan WALL RUNNING sebelum melompat ke sesuatu objek seperti tangga atau tebing yang mana ianya agak sukar dan memerlukan pengiraan yang tepat sebelum lompatan dibuat. Untuk melalui tebing sempit atau ledge, Prince boleh memilih samada untuk bergantung pada tebing tersebut dengan tangan atau jika mempunyai cukup ruang, Prince boleh berjalan menyusuri melaluinya tetapi agak lambat. Abiliti ROLLING juga dimiliki oleh Prince berfungsi untuk mengelak perangkap, serangan musuh atau melepasi pintu yang hampir tertutup. Kebiasaannya, Prince akan sentiasa berlari sepanjang permainan. Namun begitu, abiliti WALK yang dimiliki amat berguna terutama ketika hendak melepasi halangan floor-spike. First person perspektif membantu untuk melihat persekitaran secara menyeluruh.

Dalam combat, Prince dilengkapi dengan dua senjata utama, pedang dan sebilah dagger, iaitu DAGGER OF TIME (DOT). DOT memberi keistimewaan kepada Prince untuk REWIND-membalikkan masa ke belakang lebih kurang 10 saat, DELAY-pergerakan slow-mo dalam tempoh lebih kurang 10 saat dan FREEZE-membekukan pergerakan musuh dalam beberapa saat, semuanya melalui eksploitasi daripada SAND TANK. SAND TANK mengandungi pasir yang dilepaskan dari Hour Glass. Setiap penggunaannya perlu diisi semula samada menyedutnya dari SAND CLOUD atau dari tubuh badan musuh. SAND CLOUD hanya boleh didapati di beberapa tempat. Pada asasnya serangan pedang biasa (MB1) yang versatil di samping BLOCKING sering digunakan dalam menewaskan musuh. Tetapi, apabila kombat memasuki level lebih tinggi, ia akan melibatkan makhluk pasir, yang berasal daripada tentera dan penghuni istana yang lain yang telah terdedah kepada letupan Hour Glass. Menewaskan mereka lebih sukar dan di sinilah DOT amat-amat berguna. Selepas menjatuhkan lawan, DOT berfungsi menyedut pasir di dalam tubuh makhluk tersebut yang menghidupkan mereka. Selagi pasir tersebut tidak disedut, selagi itulah makhluk tersebut akan bangkit semula walaupun telah ditewaskan berkali-kali. Tusukan DOT terus terhadap musuh yang masih berdiri akan membekukan mereka untuk seketika sebelum dihapuskan dengan dua tetakan. Setiap sedutan pasir daripaada musuh akan mengisi kembali SAND TANK yang telah digunakan. Beberapa teknik kombat juga boleh digunakan untuk menghapuskan musuh, VAULTING adalah satu teknik penting dan sangat berguna terutama untuk menjimatkan penggunaan SAND TANK dalam kombat. VAULTING adalah satu teknik di mana Prince akan memanjat dan melompat ke belakang musuh sebelum menghapukannya dengan 2 hayunan pedang. Sesetengah musuh dapat menghalang pergerakan ini, jadi sebaiknya kenali terlebih dahulu musuh yang dihadapi sebelum teknik ini digunakan. Selain itu, teknik REBOUNDING dan COUNTERATTACK juga turut membantu dalam kombat. Prince juga berkesempatan untuk menaik taraf pedangnya yang perlu dicari di dalam istana. Kombat turut dibantu Farrah, puteri raja yang ditawan oleh kerajaan Prince yang turut terselamat dalam letupan Hour Glass. Farrah menggunakan panah untuk membantu Prince di dalam kombat. Selain itu, dia turut memainkan peranan penting untuk membantu Prince menyelesaikan sesuatu puzzle atau membuka pintu menggunakan kelebihan badannya yang kecil untuk melalui sesuatu lubang atau ruang rekahan.

REWIND merupakan kuasa terpenting yang dimiliki oleh Prince, malah sering digunakan sepanjang permainan. Ia membalikkan masa ke belakang lebih kurang 10 saat. Ini dapat
digunakan untuk kembali semula ke waktu asal sebelum sesuatu kejadian buruk seperti terjatuh, menerima damage besar daripada musuh atau perangkap, tidak sempat membuat lompatan, jambatan runtuh atau mati. Selagi SAND TANK dimiliki, selagi itulah Prince boleh mengulang semula babak sebelumnya membetulkan kesilapannya sehinggalah halangan selesai.

Fungsi save game di dalam permainan ini unik dan sangat menarik. SAND VORTEX merupakan medium untuk save game, namun begitu, untuk mencapai SAND VORTEX perlu melepasi halangan tertentu, samada perangkap, puzzle atau musuh. Sebaik musuh dihapuskan atau puzzle diselesaikan, satu pusaran cahaya kuning akan terhasil dan memberi peluang untuk save. Selain itu, ia turut memberi abiliti VISION kepada Prince, memberi kesempatan kepadanya untuk melihat babak-babak pada masa depan di samping memberi hint yang berguna. Save point secara automatik turut memudahkan permainan sekiranya terbunuh dan kehabisan SAND TANK.

Sistem health dipaparkan melalui satu bar biru. Apabila menerima serangan musuh, perangkap atau terjatuh tetapi tidak terbunuh, health dipulihkan menggunakan air. Air mudah diperolehi sepanjang permainan. Daripada air kolam hinggalah takungan, semuanya baik untuk memulihkan kembali Prince. Dalam kombat juga memberi kesempatan untuk Prince memulihkan damage yang diterimanya tetapi perlu cepat untuk mengelak daripada diserang musuh. Bar health boleh ditingkatkan menggunakan WATER OF LIFE, tetapi untuk menjumpainya agak sukar. Sebaik meminumnya, bar akan bertambah dan mengisi semula health.


Action - 4.5
Senjata utama Prince selain daripada DOT pastinya adalah pedang. Sepanjang permainan, Prince akan menukar pedangnya dengan yang lebih baik. Pedang yang diperolehi memberi impak dan damage besar serta mampu merobohkan dinding atau pintu yang retak, terutama pedang terakhir yang dimiliki sejurus selepas kehilangan DOT, ia bukan sahaja mampu memusnahkan dinding retak dan pintu rapuh, malah membunuh makhluk pasir dengan sekali tetakan sahaja. Aksi-aksi kombat dan akrobatik yang dipamerkan sangat menarik terutama WALL RUNNING dan VAULTING.

Perangkap dan puzzle yang disediakan sangat menarik, sukar dan mencabar, memerlukan strategi, ketepatan dan kemahiran kawalan yang baik. Perangkap-perangkap yang mencabar ini merangkumi basic spike, floor spike, saw, spike log, slicer dan sword slasher. Puzzle yang disediakan sukar, tetapi dengan petunjuk yang dihasilkan dengan baik setiap puzzle yang dihadapi menjadi sangat menarik dan menerujakan untuk diselesaikan.

Sepanjang permainan, Prince perlu menghadapi pelbagai musuh, daripada manusia hinggalah makhluk pasir yang sukar untuk dibunuh. Makhluk pasir terbahagi kepada beberapa jenis dengan kepelbagaian senjata seperti cangkuk, dagger, belantan, tukul besar dan pedang besar. Kebanyakkan makhluk pasir ini adalah penghuni istana itu sendiri yang terdedah kepada letupan Hour Glass. Selain itu, beberapa haiwan dan serangga turut menjadi makhluk pasir seperti kelawar, burung dan scarabs - sejenis kumbang yang turut memberi ancaman kepada Prince. Serangan musuh berperingkat, di mana setiap serang akan melalui beberapa wave. Sesetengah level, musuh dari wave pertama perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum datang wave kedua. Serangan ini agak mudah untuk diselesaikan. Namun begitu, jika serangan yang melibatkan wave ke dua datang sebelum wave pertama selesai, ia sangat sukar kerana jumlah musuh akan bertambah. Tambahan pula, Farrah juga perlu dilindungi kerana jika dia mati, Prince juga perlu memulakan permainannya semula dari save point. AI musuh sangat baik. Sebaik mengesan kehadiran Prince, mereka menggunakan abiliti teleport untuk menyerang. Mereka sering bertindak mengepung Prince dan bekerjasama dalam setiap serangan. Serangan mereka akan silih ganti antara satu sama lain menyebabkan sukar bagi Prince untuk melancarkan serangan kerana perlu bertahan. Kebanyakkan serangan musuh boleh ditahan oleh Prince melalui BLOCKING, tetapi beberapa serangan kaki sama sekali tidak dapat ditahan malah menyebabkan Prince mendapat damage yang besar dan terjatuh. Dalam keadaan terjatuh, agak sukar untuk Prince bangkit semula kerana terus diasak musuh tetapi masih boleh BLOCKING menggunakan pedangnya.


Beautiful World and Detail - 3.5
Landscape 4.5, Karekter 3.5, Weapon 3, Kostum 3, Building, 4.5, Objects 3.5, Babes 3, Creatures 3


You Live in it - 4
Jalan cerita yang sangat menarik. Pergerakan biasa dan akrobatik Prince dihasilkan dengan natural dan menarik. Dekorasi bangunan yang cantik dan menarik dan efek bunyian samada semulajadi dan kombat yang baik menghidupkan suasana permainan. Pergerakan Kombat juga dihasilkan dengan baik melalui kepelbagaian serangan dan pergerakan yang natural. Makhluk pasir yang tidak dapat dibunuh dengan serangan biasa sebaliknya perlu menggunakan senjata istimewa juga turut membuatkan game ini lebih realistik. Voice acting juga menarik dan baik, malah mampu membuatkan pemain menghayati watak Prince.Selain itu, elelmen menarik permainan ini adalah narrating oleh Prince sendiri, terutama dalam babak apabila dia mati, dia akan memberitahu bahawa itu bukan kisah sebenarnya. Ia akan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba kembali bahagian yang terbunuh tersebut pada save point. Penerokaan di dalam permainan ini juga menarik dan tiada halangan kerana walaupun permainan dihasilkan secara linear, tetapi Prince masih mampu untuk bergerak ke seluruh kawasan yang dilalui. Invisible Wall sangat jarang dijumpai memberikan kebebesan untuk Prince bergerak. Puzzle dan perangkap juga dicipta dengan realistik dan menarik. Selain itu, efek air dihasilkan dengan baik, kesan air melicinkan pergerakan Prince untuk berlari pada dinding.


Overall - 4
Antara action adventure yang sangat menarik. Rasanya Assassin Creed sendiri dipengaruhi elemen di dalam Prince Of Persia. Walaupun sudah agak lama dihasilkan, grafik yang dihasilkan cantik dan hebat. Mungkin lebih menarik jika ia dihasilkan di dalam open world seperti Assassin Creed.


Prince Of Persia : The Sands Of Time Screenshots


Prince


Prince, di dalam gameplay


Farah


Hour Glass


Ability vision interface


Vaulting


Menghancurkan dinding


Wall Running


Wall Jumps


Lompatan dari tiang ke tiang...




Long jump


Memanjat tangga


Menyusuri ledge




Sand Cloud


Sand Vortex


Efek Water Of Life


Jalan masuk untuk ke kolam Water Of Life


Menghadapi Big Staff...


....Dancer....


...atau scarabs


Debris

Building and Landscape















World di luar gameplay