Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Saturday, July 17, 2010

Bryan Adams - (Everything I Do) I Do It For You


Splinter Cell : Conviction - Single Player Review

Game - Splinter Cell : Conviction
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - LEAD
Platform - PC, 360, iPhone
Released Date : 360 -13 April 2010
PC - 27 April 2010
iPhone - 27 May 2010
Mac - 19 October 2010

Envy Review for PC
Difficulty - Normal
Gameplay - 4.5
  • Memaparkan permainan daripada perspektif third person
  • Conviction amat menekankan corak permainan stealthy untuk menyelesaikan setiap objektif serta combat yang lebih berkesan dan efektif
  • Gajet utama yang dimiliki oleh Fisher adalah Sonar Google yang membolehkan Fisher melihat dalam gelap, menerusi dinding dan mengenal pasti identiti musuh yang tidak kelihatan
  • Beberapa level membolehkan Fisher menggunakan Portable EMP untuk menyahfungsikan peralatan elektrik serta mengejutkan musuh
  • Sticky camera membantu Sam untuk melakukan tinjauan di sesuatu lokasi tanpa mendedahkan dirinya dari jarak yang jauh. Ia boleh digunakan untuk melihat jumlah musuh, halangan atau persekitaran sesuatu tempat. Paparan kamera (F) tersebut boleh dilaras kiri dan kanan untuk mendapatkan pandangan menyeluruh. Sticky camera boleh menghasilkan bunyi bising (F) serta diletupkan (E).
  • Optic cable digunakan untuk melakukan tinjauan sebelum pintu dibuka
  • Combat dalam Conviction melibatkan penggunaan senjata api dan tanpa senjata.
  • Fisher boleh membawa dua senjata untuk mengisi slot senjata yang disediakan. Slot pertama adalah untuk pistol manakala slot kedua untuk dilengkapkan dengan variasi senjata lain merangkumi assault rifle, SMG, machine pistol dan shotgun
  • Selain itu, variasi grenade juga turut dimiliki oleh Fisher seperti frag grenade, EMP grenade, remote mines dan flashbang
  • Ammo diisi semula pada weapon stash yangboleh dijumpai di beberapa lokasi. Selain membekalkan ammo dan grenade, ia juga menyediakan senjata lain untuk dipilih menikut keperluan Fisher serta upgrade bagi setiap senjata. Upgrade perlu dibeli menggunakan points yang diperolehi dari P.E.C. Challenges.
  • Fisher perlu meyelesaikan beberapa objektif (melibatkan skil dan kemahiran Fisher) untuk melengkapkan P.E.C. Challenges. Antara cabaran P.E.C. Challenges adalah 5X Predators yang memerlukan Fisher membunuh 5 musuh berturut-turut secara stealth, Cat and Mouse - menhapuskan musuh yang memeriksa Last Known Position, dan Advanced Close Combat yang memerlukan setiap misi diselesaikan tanpa restart dan tidak menggunakan senjata api.
  • MARK AND EXECUTE (Q + E) merupakan abiliti baru yang ditampilkan dalam siri Splinter Cell, membolehkan Fisher memilih beberapa sasaran sebelum dibunuh secara automatik. Ia merupakan satu gerakan membunuh yang efisyen, pantas dan versatil dengan pelbagai aksi yang realistik dan menarik. Jumlah sasaran yang boleh dipilih pada satu masa bergantung kepada bilangan execute point yang dimiliki. Execute point diperolehi menerusi HAND TO HAND KILL. Sesetengah level membolehkan Fisher menggunakan EXECUTE (E) tanpa had.
  • HAND TO HAND KILL (C) amat berguna untuk combat secara stealth dan jarak dekat. Krav Maga merupakan teknik pertahankan diri yang sering digunakan untuk setiap serangan am Fisher. Selain itu, Fisher juga boleh menggunakan beberapa teknik lain seperti GRAB (hold C), DEATH FROM ABOVE (MB2) dan LEDGE TAKEDOWN (C)
  • Dengan GRAB, beberapa pergerakan lain boleh dimanfaatkan oleh Fisher sama ada THROW (W + C) dan HUMAN SHIELD (hold C)
  • Satu alert meter dipaparkan untuk menunjukan amaran bahawa kedudukan Fisher terbuka dan dapat dikesan oleh musuh. Apabila meter tersebut bertukar merah, ini menunjukkan kedudukan Fisher telah dikesan musuh, dan Fisher pelu melepaskan diri daripada serangan dan kepungan mereka.
  • Bergerak di sebalik bayang atau di dalam gelap amat membantu dalam stealthy kerana pandangan musuh yang terhad tidak dapat melihat kelibatnya. Pergerakan di dalam gelap langsung tidak memberi masalah kepada Fisher dengan bantuan Sonar Google (Z) sekaligus memberi kelebihan yang amat besar kepada Fisher ke atas musuh. Begerak di balik bayang-bayang akan menukar warna skrin kepada hitam putih menunjukkan kedudukan Fisher selamat di balik bayang dan kegelapan
  • Untuk pergerakan yang lebih berkesan dan meminimakan kegagalan stealth, COVER TO COVER MOVEMENT (MB2 + direction) sangat membantu, membolehkan Fisher berpindah ke cover yang lain dengan pantas dan automatik.
  • Last Known Position merupakan bayangan kepada kedudukan terakhir Fisher yang dapat dilihat oleh musuh. Dipaparkan secara imej hologram, musuh aakan menyiasat kedudukan tersebut dan ini amat membantu Fisher merencana strategi untuk menghapuskan musuh yang cuba mencarinya
  • Sistem Interrogation dalam Conviction ditampilkan dengan lebih kejam di mana selain serangan yang cukup keras, Fisher juga boleh menggunakan persekitaran untuk proses tersebut sama ada menghempas atau menghentak musuh.
  • Sistem damage di dalam Conviction tidak dipaparkan secara spesifik sebaliknya hanya boleh diketahui apabila skrin mula dipenuhi dengan warna merah. Lazimnya, Fisher tidak mampu menerima damage yang besar kerana sistem damage direka secara realistik di dalam permainan ini. Sebaik menerima damage, Fisher perlu cuba berlindung dan mengelak daripada damage seterusnya hinggalah skrin pulih seperti biasa dan tiada warna merah
  • Berbanding siri terdahulu, Conviction menggunakan fungsi checkpoint untu save permainan secara automatik

Covering (hold MB2)

Sonar Google

Black and white interface when Fisher in shadow

Some environment elements can cause explosion


Action - 4.7
  • Splinter Cell : Conviction membawa Fisher ke beberapa lokasi di sekitar Washington DC, Amerika Syarikat seperti Lapangan Terbang Prince, Washington Monument, White Box Technologies, Lincoln Memorial, ibu pejabat Third Echelon, kawasan tadahan di Michigan dan White House. Beberapa lokasi luar turut terdapat dalam beberapa level seperti rumah agam Andriy Kobin di daerah Veletta di Malta, kediaman Fisher di Maryland dan Diwaniya di Iraq ketika imbas kembali Operasi Desert Storm.
  • Selain Fisher, pemain turut berpeluang mengawal watak Victor Coste ketika imbas kembali Operasi Desert Storm 1991 di Diwaniya, Iraq. Coste perlu menyelamatkan Fisher yang ditahan oleh tentera Iraq
  • Berbanding siri terdahulu, Conviction menediakan variasi senjata untuk digunakan beserta upgrade untuk keberkesanan combat. Antara senjata yang disediakan adalah Mark-23, MP-446, P228, Desert Eagle, USP .45, 5-7 SC (pistol), Skorpion, SR-2M (machine pistol), MP5-N, UMP-45, MP5-SD3 (SMG), G36C, M468, AK-47, AKS-74U, SC3000 (assault rifle) dan Mossberg 500 (shotgun). Antara upgrade yang disediakan adalah laser sight, reflex sight, 2X / 4X scope, magazine tambahan, stock dan suppressor. Setiap senjata mempunyai execution point masing-masing daripada minima 2 point kepada maksimum 4 points
  • Senjata pilihan pastinya 5-7 SC pistol, satu-satunya pistol berpenyenyap binaan dalam dengan 4 execution points. Pilihan senjata sampingan pula adalah SC3000 dengan penyenyap atau AK-47 dengan 4X scope. SC3000 amat sesuai untuk menghadapi musuh yang dilengkapi armor dan pelindung kepala secara stealth manakala AK-47 sesuai bagi permainan secara assault dan terbuka serta dari jarak jauh. AK-47 hanya boleh diperolehi daripada Coop mode.
  • AI musuh amat baik dengan kepekaan yang sangat tinggi apabila sedar akan kelibat asing, bayang-bayang atau bunyi bising. Apabila keadaan mencurigakan, mereka akan menyiasat untuk memastikan keadaan terkawal. Jika mereka dapat mengesan kehadiran Fisher atau terjumpa mayat, bantuan akan segera diminta. Musuh juga mampu menyerang Fisher secara charge atau flanking, memaksa Fisher perlu sentiasa bergerak dan mencari cover lain serta merancang strategi tertentu
  • Bukan sahaja melibatkan combat dan stealth beberapa adengan kejar-mengejar, melepasi perangkap laser dan membuat penyiasatan juga perlu dilakukan oleh Fisher
  • Dua pilihan penamat disediakan.
Sam Fisher

Third Echelon Headquarters

Chasing killer at Lincoln Memorial


Beautiful World and Detail
- 4.7

Landscape 4.7, Character 4.7, Costume - 4.5, Weapon 4.5, Objects 4, Babe - 3.7


Anna "Grim" Grimsdottir

Sarah Fisher


You Live in it - 4.7
  • Jalan cerita yang menarik
  • Grafik yang sangat cantik dan realistik merangkumi environment serta karekter
  • Lokasi setiap tempat dihasilkan dengan amat realistik
  • Misi merangkumi siang dan malam.
  • Pergerakan dan abiliti stealthy yang sangat baik dan realistik dimiliki oleh Fisher.
  • Banyak abiliti-abiliti baru dalam Conviction menghidupkan karekter Fisher sebagai seorang pembunuh dan penyelinap yang sangat baik dan hebat. Contohnya cover to cover movement membolehkan pergerakan stealthy yang lebih berkesan dan lancar manakala mark and execute dan death from above menonjolkan lagi kehebatan Fisher untuk menghapuskan musuh dengan lancar dan efisyen tanpa sebarang kesilapan. Ini sesuai dengan reputasinya sebagai bekas agen khas dan mempunyai latar belakang yang sangat hebat
  • Pergerakan dan reaksi muka Fisher dan NPC lain yang sangat realistik dan lancar
  • Mayat kekal pada kedudukannya
  • Efek bayang yang sangat baik
  • Invisble walls yang sangat terhad memberi kebebasan dalam permainan
  • Voice acting yang sangat baik menghidupkan cerita terutama daripada Fisher
  • Berbanding siri lalu, hit detection dalam Conviction ditambah baik untuk memastikan keberkesanan combat yang dimiliki Fisher. Rata-rata tembakan penulis merupakan headshot, membayangkan kemudahan menggunakan senjata.
  • Fungsi checkpoint membolehkan penghayatan permainan yang lebih baik di mana penulis perlu sentiasa berhati-hati dan peka kepada permainan supaya tidak berlaku kesilapan yang mengakibatkan permainan perlu diulang semula. Jika terbunuh dan perlu diulang semula, semua musuh yang telah dibunuh sebelum tiba ke checkpoint seterusnya akan hidup kembali dan perlu dihadapi semula, memberikan cabaran yang sangat baik untuk menyelesaikan misi yang diberikan
  • Ketahanan damage yang sangat lemah menyebabkan open combat sesuatu yang perlu dielak oleh Fisher. Satu atau dua tembakan sahaja sudah boleh membunuh Fisher
  • Ketiadaan fungsi pick up menyebabkan pembaziran kepada remote mine atau sticky camera yang tidak digunakan. Begitu juga beberapa abiliti lain yang sangat berguna seperti mengubah mayat serta siul dan melontar benda untuk menarik perhatian
  • Conviction juga tidak lari daripada masalah bug. Sebagai contoh selepas mengambil atau menukar senjata pada weapon stash, secara automatik Fisher akan melepaskan tembakan serta bera di dalam posisi aiming. Selepas beberapa pergerakan barulah keadaan pulih semula.
  • Kawalan keyboard agak memeningkan kerana melibatkan banyak penggunaan butang terutama ketika waktu genting dan tegang.

Overall - 4.7

Menerusi Conviction reputasi dan keupayaan Fisher sebagai predator yang dahsyat dan hebat terbukti dengan abiliti-abiliti yang begitu menonjolkan keupayaan dan keberkesanan tindakannya. Setiap pergerakan amat lancar untuk mengelak daripada sebarang kesilapan (walaupun terdapat sedikit masalah kamera) serta memastikan permainan stealth yang sempurna. Splinter Cell : Conviction pastinya memberikan pengalaman baru dan lebih hebat bagi genre seumpamanya jika dibandingkan dengan siri terdahulu mahupun Hitman. Wajib dicuba bagi semua gamer. Nilai replay dalam permainan ini juga sangat baik di mana pemain boleh mencuba pelbagai strategi berlainan untuk menghadapi setiap misi berulang-ulang. (faktanya penulis telah mengulang permainan ini 2 kali untuk mencuba strategi berlainan selain melihat kedua-dua penamat. Batman : Arkham Asylum dan Assassin's Creed masih memegang takhta dimana penulis mengulang permainan tersebut berterusan sebanyak 3 kali.)

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Splinter Cell : Conviction Screenshots

In- Game Action




















Execute




Stealth / Hand To Hand Kill








Brutal Interrogation








World and Environment