Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Saturday, April 3, 2010

Battlefield : Bad Company 2 - Collectable Weapons


Game - Battlefield : Bad Company 2
Publisher - Electronic Arts
Developer - EA Digital Illusions CE
Engine - Frostbite
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 02 March 2010

s - scope
r - red dot sight
shotgun s - slug





























Battlefield : Bad Company 2


Game - Battlefield : Bad Company 2
Publisher - Electronic Arts
Developer - EA Digital Illusions CE
Engine - Frostbite
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 02 March 2010

Envy Review for PC

Difficulty - Normal
Gameplay - 4.5
  • Paparan perspektif first person
  • Combat membolehkan Marlowe membawa 2 senjata pada satu masa tidak termasuk grenade dan lain-lain gajet. Marlowe boleh menukar senjata yang digunakan dengan yang di dalam inventori menggunakan (1 / 2) atau (scroll MB3). Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (E) yang dijumpai sepanjang permainan atau pada supply drop serta weapon crate. Ammo supply crate juga banyak dijumpai untuk isian semula ammo tanpa had.
  • Sesetengah senjata turut dilengkapi dengan attachment seperti scope, red dot sight, holographic sight, ACOG scope, silencer, grenade launcher dan shotgun. Sesetengah fungsi attachment (3) pula perlu diaktifkan untuk menggunakan grenade launcher atau shotgun
  • Marlowe turut memiliki abiliti melee (MB3) untuk stealth atau close combat
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Ia juga dinyahaktifkan apabila sprint. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT atau SCOPE (MB2) amat diperlukan terutama untuk headshot yang mampu membunuh musuh dengan segera
  • Beberapa jenis grenade dan explosive turut disediakan seperti frag grenade dan C4. Grenade (G) boleh dicharge (Hold G) untuk untuk memastikannya meletup sebaik dilontar ke arah musuh
  • Grenade Indicator perlu diberi perhatian oleh pemain untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut. Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkan pemain terbunuh.
  • Abiliti SPRINT (Shift) buka sahaja membolehkan Marlowe bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas, tetapi juga amat berguna untuk diaplikasikan dalam combat terutama untuk retreat, berpindah cover dan mengelak damage yang besar daripada tembakan musuh. SPRINT hanya boleh dilakukan dalam jarak tertentu sahaja sebelum keletihan.
  • Marlowe juga boleh memandu kenderaan untuk perjalanan jauh yang lebih pantas atau untuk sokongan artileri berat. Antara kenderaan yang disediakan adalah quad bike, jeep, Humvee, Vodnik, PBL dan craft. Kenderaan juga mempunyai health meter nya sendiri bermula dengan angka 100. Jika mengalami damage hingga 0, kenderaan tersebut akan meletup menyebabkan Marlowe turut terbunuh.
  • Pemanduan kenderaan menyediakan 2 perspektif iaitu firts person atau third person. Pemanduan dalam third person lebih mudah dan selesa berbanding first person
  • Bad Company 2 turut menampilkan aksi free dive dari udara
  • Damage dipaparkan melalui warna merah yang terhasil pada skrin, menunjukkan tahap kritikal damage tersebut. Semakin besar damage, semakin terang warna merah tersebut mengaburi skrin. Apabila ini berlaku, langkah terbaik adalah berlindung untuk mengelak serangan seterusnya sehingga paparan skrin kembali normal menandakan keadaan Marlowe kembali pulih. Selain damage akibat senjata musuh, kesejukan, kemalangan semasa memandu dan terjatuh dari tempat yang tinggi juga mendatangkan damage dan mampu membunuh Marlowe serta merta.
Action - 4.7
  • Pemain membawakan watak PFC Preston Marlowe, anggota US Army batalion dikenali sebagai Bad Company. Di awal permainan, pemain turut berkesempatan mengawal PFC Thomas Wyatt ketika imbas kembali Operasi Aurora pada tahun 1944 semasa Perang Dunia Ke-2.
  • Antara misi yang perlu diselesaikan adalah menyelamatkan Agen NSA Aguire, mendapatkan maklumat intel daripada satelit Perancis melalui bilik kawalan di Pergunungan Andes, memusnahkan Aurora dan menghapuskan Kirilenko
  • Bad Company 2 membawa Marlowe ke pelbagai lokasi seluruh dunia seperti Rio Beni di Bolivia, Chukotka di Rusia, Aconcagua di Pergunungan Andes, Gurun Atacama di Chile, Las Montanas di Colombia dan Texas di USA
  • Menampilkan variasi senjata moden. Antaranya adalah MP-443 (pistol), SCAR-L, AEK-47, F2000, XM8, AKS-74, AN-94, AEK-971 (assault rifle), Type 88 , M95 (sniper rifle), SPAS-12, USAS-12, TOZ-194 (shotgun), Type 88, M60, MG3 (LMG) dan M2 Carl Gustav (rocket launcher)
  • Bergantung kepada level, Marlowe juga memiliki beberapa sokongan ketenteraan seperti UH-60 Black Hawk chopper dilengkapi M134 minigun, M1A2 Abrams tank, Humvee dengan .50 kaliber machine gun dan air support daripada pesawat A-10 Thunderbolt II (5+MB1). Selain itu, Marlowe juga boleh menggunakan sokongan ketenteraan milik musuh seperti BTR-D APC, Patrol Boat Light (PBL) yang dilengkapi 20 mm grenade launcher automatik, UAV helicopter dengan fungsi kawalan jauh, Cobra dengan .50 kaliber heavy machine gun dan Vodnik yang dilengkapi 12.7 mm heavy machine gun
  • Beberapa tempat atau kenderaan menyediakan stesen machine gun seperti X312 heavy machine gun, KORD heavy machine gun dan TOW launcher
  • Antara senjata terbaik adalah T88 marksman rifle dengan scope yang berfungsi dengan amat baik sebagai sniper rifle. Ia dilengkapi telescopic scope, merupakan semi automatic rifle dengan detachable magazine mengandungi 10 rounds dengan jarak efektif menjangkau 800 meter menjadikannya sangat efektif untuk combat jarak jauh. Antara assault rifle terbaik pula adalah SCAR-L dengan suppressor. Walaupun damage yang dihasilkan rendah, tetapi ia mempunyai ketepatan tembakan yang sangat baik dengan recoil dan deflecting yang rendah, memudahkan ia untuk sasaran headshot. Pemain menggunakan kedua-dua senjata ini pada kebanyakkan misi sehingga ke akhir sebaik diperolehi.
  • Selain itu, pelbagai pakaian dan outfit turut ditampilkan dalam setiap misi begantung kepada situasi dan environment. Daripada pelbagai camouflage outfit hinggalah pakaian tentera dihasilkan dengan amat menarik, realistik dan variasi.
Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape 4.7, Character 4.5, Costume 4.5, Weapon 4.5, Object 4.9

You Live in it - 4.7
  • Kesinambungan cerita dan aksi antara gameplay dan cutscene yang sangat menarik
  • Grafik yang cantik dengan keperincian karekter, senjata dan environment yang sangat baik dan mengagumkan
  • Ketelitian grafik yang amat baik terutama environment hutan
  • World yang luas walaupun permainan secara linear memberikan kebebasan dan kepuasan kepada pemain. Invisible wall juga jarang dijumpai.
  • Damage environment seperti kayu dan konkrit yang sangat baik dan realistik
  • Penggunaan senjata yang mudah dan amat selesa.
  • Variasi outfit yang menarik
  • Misi melibatkan pelbagai cuaca dan waktu seperti hujan dan ribut salji serta siang dan malam
  • Efek darah yang baik dan menarik
  • Voice acting yang sangat baik dan menghidupkan jalan cerita
  • Kawalan kenderaan yang agak mudah
  • Reflek damage yang sangat baik. Setiap musuh yang terkena tembakan akan bertindak balas bergantung kepada kritikal damage yang diterima.
  • Ketiadaan fungsi weapon upgrade atau character customization agak membosankan dan mengurangkan variasi permainan
  • Mayat hilang selepas beberapa ketika agak mengecewakan
  • Ketiadaan abiliti lean agak menyukarkan combat.
  • Apabila Marlowe menukar senjata XM8 yang digunakan dengan senjata lain, cutscene masih menunjukkan Marlowe menggunakan senjata itu.
Overall - 4.7

Paling mencuri tumpuan dalam Bad Company 2 adalah kecantikan dan grafik yang terperinci pada environment yang dihasilkan terutama hutan dan padang pasir selain kesan damage dan kemusnahan yang amat menarik dan realistik. Bagi pemain, ia menawarkan grafik yang hampir sebaik Crysis. Aksi dan permainan yang ditawarkan juga menarik dan amat menyeronokkan. Modern FPS yang wajib dimainkan.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
Battlefield : Bad Company 2 Screenshots

Difficulty selection

Preston Marlowe

Terrence Sweetwater

George Haggard

Bad Company

Supply drop

Disarming trap

Driving M1A2 Abrams tank

Riding a quad bike

From third person perspective

Reloading weapon

In-Game Action















In-Game Combat











Air strike



World and Environment