Gameplay - 4.5Dead Space memaparkan perspektif third person shooter dari sudut atas bahu pemain, sama seperti gameplay yang diaplikasikan dalam Resident Evil 4 dan Gears Of War. Ia menekan corak shooting berasaskan dismemberment, terma yang digunakan membawa maksud memisahkan anggota badan makhluk yang dihadapi. Musuh yang dihadapi adalah makhluk pelik dikenali sebagai Necromorphs, berasal daripada gabungan mayat manusia dan organisma makhluk asing yang tidak diketahui.
Necromorphs sangat sukar dibunuh jika menggunakan stratergi tembakan seperti FPS yang lain. Kelemahan utama Necromorphs adalah anggota badan mereka sendiri, samada kaki atau tangan. Dismemberment adalah kunci utama untuk menghapuskan mereka. Melumpuhkan pergerakan Necromorphs dengan menembak dari bahagian pinggang hingga ke bawah hingga terputus sangat membantu untuk memperlahankan pergerakan mereka. Keadaan itu memudahkan Isaac menghapuskan mereka dengan beberapa tembakan pada bahagian kepala.
AIMING MODE (hold MB2) perlu diaktifkan untuk mengangkat senjata dan membuat tembakan. Sebaik berada dalam AIMING MODE, crosshair akan dipaparkan melalui pancaran laser. Ia juga menghalang Isaac untuk berlari, mengakses pengkalan data dan inventori atau save game. AIMING MODE juga boleh dikunci menggunakan butang (Caps Lock).
Beberapa abiliti istimewa dimiliki oleh Isaac, amat berguna dalam melalui tempat tertentu yang mempunyai pelbagai hazard dan halangan dan untuk menghadapi musuh. STASIS (MB2+C) berfungsi memperlahankan pergerakan objek atau musuh untuk seketika. Ia boleh diaplikasikan untuk memperlahankan mekanisma pergerakan sesuatu objek yang sedang bergerak laju seperti pintu rosak yang terbuka dan tertutup pada kelajuan tinggi atau kipas besar yang berputar laju bagi membolehkan Isaac melaluinya. Dalam kombat, STASIS melambatkan pergerakan musuh seketika, membantu Isaac dalam menghadapi musuh yang ramai. STASIS yang digunakan perlu diisi semula sama ada menggunakan Stasis Pack yang boleh dijumpai sepanjang permainan atau Stasis Recharge Station yang jarang dijumpai. Kadar penggunaan STASIS boleh dirujuk pada Stasis Metre yang dipaparkan pada belakang uniform RIG Isaac (berbentuk C). KINESIS merupakan abiliti infiniti yang dimiliki oleh Isaac. Penggunaannya tidak terbatas, boleh digunakan bila-bila masa dan tidak perlu dicas semula. KINESIS (hold MB2+F) adalah abiliti untuk mengapungkan objek tidak kira saiz dan berat. Ia boleh digunakan untuk mengubah objek yang menghalang laluan, menarik objek yang tidak boleh dicapai atau jauh, mengangkat power module dan memasukkannya ke dalam power slot untuk menghidupkan kuasa atau mengubah sesuatu platform untuk dijadikan laluan perjalanan. Objek seperti bilah kipas, tong pemadam api, kotak-kotak besar, atau apa-apa saja objek tajam termasuk anggota badan Necromorphs boleh dilancarkan kepada musuh dengan menggunakan KINESIS. ZERO G JUMP (MB2+Ctrl) membolehkan Isaac melompat ke setiap permukaan sama ada dinding atau siling, tetapi terhad di Zon Zero G sahaja. Setiap lompatan, Isaac akan mendarat di tempat crosshair dituju. Namun begitu, sesetengah lompatan tidak dapat dilakukan kerana jarak lompatan yang terlalu dekat, permukaan untuk mendarat tersebut adalah laluan masuk, atau permukaan yang tidak rata. Halangan lompatan dinyatakan melalui paparan merah pada ikon kapasiti ammo.
Dalam kombat, beberapa senjata yang dihasil daripada peralatan engineering digunakan untuk menghapuskan musuh. Antaranya Plasma Cutter, Line Gun dan Ripper. Setiap senjata mempunyai SECONDARY FIRE (hond MB2+Space), mempunyai fungsi tertentu dan memberi pilihan kepada Isaac untuk merencanakan taktikal dalam menghadapi musuh yang menyerang secara individu atau berkumpulan. Melee attack juga boleh digunakan untuk menyerang atau mematahkan serangan musuh, sama ada menggunakan SWING WEAPON (MB1) atau FOOT STOMP (Space). Namun begitu, kesan damage ke atas musuh tidak terlalu besar dan memerlukan timing untuk ketepatan melee. Escape juga memainkan peranan penting terutama apabila dikerumuni sekumpulan Necromorphs. Apabila dikepung, Isaac perlu melepaskan diri dan mencari posisi baru. Abiliti SPRINT (Shift) amat diperlukan dalam escape.
Kelengkapan RIG Isaac menyediakan akses kepada pelbagai data. Objective (J) memberikan maklumat mengenai objektif semasa kepada Isaac mengenai tugasan dan objektif yang perlu diselesaikan. Ia turut memaklumkan status sesuatu objektif sama ada selesai, aktif atau ditangguhkan. Inventory (Tab) merupakan akses kepada senjata, kredit, ammo, medic pack, Power Nodes dan peralatan lain yang dimiliki oleh Isaac selain log-log yang ditemui. Setiap barangan di dalam inventori boleh dibuang jika penuh atau pilihan yang lebih baik adalah menyimpannya di Store. Inventori-inventori ini diperolehi sepanjang permainan sama ada dari loker, items box, mayat atau Necromorph yang telah dibunuh. Kapasiti inventory boleh diupgrade untuk menampung ammo dan inventori lain. RIG juga memaparkan Air Metre, berfungsi membekalkan oksigen kepada Isaac di Zon Vakum dan kawasan bertekanan rendah. Air Metre secara automatik akan diisi semula apabila keluar dari Zon Vakum. Selain itu, isian semula oksigen boleh dibuat menggunakan Air Can atau O2 Station. Melalui paparan Map (M), Isaac boleh mendapat gambaran jelas lokasi objektif yang dituju. Map juga memaparkan fasiliti-fasiliti seperti Store, Save Station, Stasis Station dan Bench untuk makluman Isaac. RIG juga membantu Isaac dalam menentukan arah lokasi objektif dengan bantuan daripada sistem navigasi yang dimiliki kapal USG Ishimura. Menggunakan butang (B), satu garisan panjang holograf ke arah objektif akan dipaparkan menunjukkan laluan yang perlu dituju.
Store merupakan sebuah fasiliti yang terdapat di atas USG Ishimura. Ia boleh digunakan membeli senjata, inventori dan Power Nodes. Selain itu, Store juga menjadi tempat untuk Isaac menjual inventori yang diperolehi sepanjang permainan terutama semikonduktor yang sangat bernilai. Setiap penjualan akan ditukar kepada kredit mengikut nilainya. Schematic yang diperolehi oleh Isaac juga perlu dimuat turun di Store untuk unlock senjata, inventori dan suit baru. Setiap senjata, peralatan dan kelengkapan yang dimiliki oleh Isaac boleh diupgrade. Upgrade boleh dilakukan menggunakan Power Nodes yang boleh dijumpai sepanjang permainan atau dibeli dari Stores. Upgrade dilakukan menggunakan Bench. Upgrade meningkatkan damage senjata, kapasiti ammo, health, oksigen, memanjangkan tempoh dan tenaga STASIS dan meningkatkan tahap jangkauan KINESIS.
Sistem Health Dead Space dipaparkan pada bahagian belakang suitnya kelihatan seperti tulang belakangnya. Asasnya, health terbahagi kepada 4 bar menegak, setiap satu bar mewakili 25% membawa jumlah kesemuanya 100%. Selepasa proses upgrade, kapasiti health akan meningkat kepada 200%, dibahagikan kepada 8 bar kesemuanya. Tahap kritikal health boleh diketahu dengan merujuk kepada warna bar tersebut, warna hijau - penuh atau damage kecil, kuning - pada paras separuh dan merah - paras kritikal. Health dipulihkan menggunakan Health Pack yang boleh diperolehi sepanjang permainan atau dibeli di Store. Pelbagai saiz health pack mewakili saiz dos, kecil - memulihkan 25%, medium - 50% dan besar memulihkan sepenuhnya health Isaac. Pada paras kritikal dan saat genting sewaktu berhadapan musuh, Health dapat dipulihkan dengan segera menggunakan butang (Q).
Dalam pemainan, Save Station diperlukan untuk save permainan. Permainan akan dimulakan dari save game terakhir jika pemain ingin menyambung semula permainan. Namun begitu, automatic save point turut disave, tetapi tidak boleh diload secara terus daripada Load Menu. Ia diload secara automatik selepas Isaac terbunuh pada save point terdekat. Ini memberi peluang kepada pemain untuk mengulang semula permainan tersebut. Jika permainan ditutup, save point ini akan terpadam dan perlu dimulakan semula dari save game terdekat.
Action - 4.7
Dalam Dead Space, matlamat utama Issac adalah melepaskan diri dari Kapal USG Ishimura. Pelbagai objektif dan tugasan perlu diselesaikan untuk mencapai matlamatnya tersebut, antaranya memasang semula data board untuk menghidupkan kembali sistem tram, refuel enjin Ishimura, re-route ADS Power, memusnahkan asteroid yang menghentam Ishimura menggunakan Meriam ADS, mencari sampel DNA Necromorph, memusnahkan Poison Pod, menghapuskan Leviathan dan Hive Mind. Pelbagai pilihan senjata disediakan dalam Dead Space, setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Senjata tersebut dihasilkan untuk menepati status Isaac sebagai seorang engineer, dihasilkan dari peralataan industrial dan engeneering seperti Plasma Cutter dihasilkan daripada mineral cutter bekuasa tinggi, Line Gun - slicer, Flamethrower - pencucuh hydrazine, Ripper - buzz saw dan Contact Beam - energy projector. Senjata yang paling berkesan dan efektif adalah Line Gun dan Pulse Rifle. Ia sangat sesuai digunakan terutama dalam situasi Necromorph menyerang secara berkumpulan. Selain itu, Isaac turut berpeluang menggunakan beberapa artileri berat iaitu Meriam ADS yang dilengkapi di atas Ishimura untuk beberapa objektif, iaitu untuk memusnahkan asteroid dan menghapuskan Super Giant Necromorph yang cuba memusnahkan Ishimura.
Isaac perlu menghadapi pelbagai makhluk Necromorph, dari Slasher hinggalah Necromorph yang besar dan ganas, Brute. Ada juga Necromorph bersaiz kecil seperti Spider, Crawler, Lurker, dan Tentacle Pod yang dibebaskan oleh Spawner. Sesetengah Necromorph mampu melepaskan tembakan organisma terhadap Isaac sama ada berbentuk dart atau muntah. Infector menggunakan mayat untuk menukar mayat tersebut kepada Dark Slasher. Exploder dapat dikenali dengan bebola kuning yang dibawa pada tangan kirinya. Ada juga Necromorph yang membebaskan makhluk lain selepas dismemberment seperti Pregnant yang membebaskan Spider dan Divider membebaskan Crawler. Stasis Slasher pula mempunyai pergerakan yang sangat laju dan agresif. Musuh paling menarik adalah Giant Tentacle, berupa seperti tangan gergasi, mempunyai bebola kuning pada sendinya dan keluar daripada lubang yang kelihatan seperti ditebuk pada dinding. Ia akan berusaha menarik Isaac ke dalam lubang tersebut. Cara untuk menghapuskannya adalah dengan menembak bebola kuning tersebut hingga berkecai. Satu lagi Necromorph yang paling bahaya dan sukar untuk dihadapi adalah Regenerator. Ini disebabkan oleh tisu-tisunya akan kembali terbentuk dengan pantas dan menumbuhkan semula anggota badannya kepada asal. Ini menjadikan Regenerator sangat mustahil untuk dibunuh menggunakan senjata yang dimiliki Isaac. Sesetengah tempat memberi peluang kepada Isaac untuk membunuh Regenerator, antaranya di Excecutive Shuttle Bay. Isaac boleh membunuhnya dengan melancarkan enjin pesawat untuk membakarnya. Toxid Pod merupakan Necromorph yang tidak agresif dan tidak menyerang. Ia cuma membebaskan gas beracun. Issac selamat disebabkan suitnya. AI musuh direka dengan sangat baik dan pintar. Mereka menyerang Isaac dari pelbagai arah, malah jika dalam berkumpulan keadaan menjadi makin sukar. Mereka kerap muncul dari ruang kipas siling atau dinding dan dari tingkap. Selain itu, mereka bijak menjejak Isaac dengan mengikutnya melalui ruang ventilasi udara yang bersambung dari bilik ke bilik dan menerang hendap Isaac. Kebijaksanaan mereka makin terbukti dengan teknik penyamaran dalam kelompok-kelompok mayat. Apabila Isaac menghampirinya, serta-merta mereka akan bangkit dan menyerang secara mengejut. Mereka juga mampu menahan serangan melee Isaac.
Selain bahaya daripada Necromorph, Isaac juga perlu menghadapi bahaya persekitaran yang mampu memberi damage atau membunuhnya serta-merta. Kawasan yang bersuhu tinggi dan semburan bahan kimia menghakis mampu memberi damage kepada Isaac. Persekitaran yang lebih bahaya dan mampu membunuh dengan segera adalah kawasan yang mempunyai graviti terbalik, asteroid, laser berkuasa tinggi, pancaran graviti, aliran elektrik yang tinggi dan putaran kipas besar. Ia perlu diatasi dengan menggunakan strategi dan timing yang betul. Sesetengah hazard ini juga boleh diatasi mengunakan STASIS.
Boss Fight dalam Dead Space sangat menarik dan mencabar. Keseluruhannya ada tiga Boss Fight yang perlu dihadapi, Leviathan, Super Giant Necromorph dan Hive Mind. Mereka bersaiz gergasi dan memerlukan taktik tertentu untuk menumbangkannya, paling jelas semuanya bergantung kepada bebola kuning yang terdapat pada anggota badan masing-masing. Seolah-olah nyawa mereka, kesemua Necromorph gergasi tersebut akan mati setelah kesemua bebola kuning tersebut dimusnahkan.
Beautiful World and Detail - 4.5Landscape 4.5, Karekter 4.5, Weapon 4.7, Kostum 4.5, Objects 4, Babes 2.7, Creatures 4.7
You Live in it - 4.7Jalan cerita yang sangat menarik, penuh debaran dan kejutan.
Grafik dan keperincian watak mahupun world sangat cantik dan mengagumkan. Suasana, pergerakan dan mood di dalam beberapa zon seperti Zero Gravity dan Vakum sangat realistik. Pengalaman berada di ruang angkasa luar Ishimura sangat mengagumkan dan terasa seperti realistik walaupun pemain tiada pengalaman sebenar berada di angkasa. Ia antara pengalaman paling menyeronokkan dan mengkagumkan di dalam game. Efek bunyi Dead Space antara yang paling menghidupkan permainan ini, mampu memberikan debaran
dan menghidupkan suasana menyeramkan. Daripada bunyi dengusan dan ngauman Necromorph, sayup-sayup bunyi jeritan mangsa Necromorph, suara nyanyian menakutkan hinggalah efek bunyi tembakan senjata, hentaman asteroid dan bunyi menghancurkan daging. Malah kadang-kala jelas kedengaran pergerakan Necromorph dalam ruang ventilasi udara. Visual menjijikan yang dipaparkan melalui sistem pembiakkan Necromorph, mayat-mayat dan darah sangat cantik dan realistik. Selingan
in-engine cutscene juga menarik dan menghidupkan jalan cerita. Satu lagi faktor yang betul-betul menghidupkan Dead Space adalah paparan HUDnya. Tiada lagi paparan HUD pada skrin seperti FPS yang lain, sebaliknya ia dihasilkan dengan lebih kreatif dan canggih, kesemua maklumat dan inventori yang dimiliki oleh Isaac disampaikan melalui RIG, memaparkan satu skrin hologram menunjukkan kesemua
Inventory, senjata,
Objective dan Map. Ia lebih menampakkan realiti dalan FPS ini disebabkan skrin yang tidak lagi diganggu dengan paparan HUD. Selain itu, kebesan yang ditawarkan dalam dunia Dead Space juga sangat memuaskan hati. Setiap objek boleh disentuh malah akan terjatuh apabila terlanggar. Isaac juga bebas menyusuri pelusuk Ishimura dan Valor untuk mencari objektif atau mengumpul inventori tanpa batasan. Halangannya cuma pintu-pintu yang terkunci oleh sistem komputer. Sesetengah kawasan seperti lif terbuka atau platform tinggi,
invisible wall diletakkan menyebabkan Isaac tidak akan terjatuh walaupun berjalan terus ke arahnya.
Overall - 4.7Antara FPS yang diberi nafas baru, Tiada lagi taktik
run and gun atau tembakan-tembakan terus kepada musuh.
Sebaliknya Dead Space mengutamakan taktikal
dismemberment dalam melumpuh dan membunuh musuh
. Penyampaiannya sangat menarik dan menerujakan malah menghidupkan cerita seolah-olah pemain sedang menghayati sebuah filem sains fiksyen. Dengan grafik yang cantik dan efek bunyi yang sangat mengagumkan, dunia Dead Space wajib diteroka bagi semua peminat-peminat
game pelbagai genre
.1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
Dead Space Screenshots
Menu interface