Publisher - Activision
Developer - Radical Entertainment
Engine - Titanium
Platform - PC, 360, PS3
Envy Review for PC
Developer - Radical Entertainment
Engine - Titanium
Platform - PC, 360, PS3
Envy Review for PC
Gameplay - 3.7
Action - 4
Beautiful World and Detail - 4
Landscape 4.5, Karekter 4, Weapon 3.5, Kostum 3.7, Objects 4, Babes 2.5, Creatures 3.5
You Live in it - 3.7
Overall - 4
Padat dengan aksi combo dan shapeshifting yang menarik dan mengagumkan. Kebebasan meneroka Manhattan dengan keperincian dan dan kecantikan grafik yang amat baik, Protoype menawarkan permainan yang sangat mengagumkan dan tidak membosankan. Selain daripada misi utama terdapat banyak lagi side mission untuk diselesaikan oleh pemain, menjanjikan kepuasan sepanjang permainan. Action adventure yang wajib dimain.
- Paparan perspektif third person
- Pada asasnya, Alex Mercer mempunyai keupayaan untuk menukar rupa bentuk tubuh dan menyerap makhluk lain. Ia menggabungkan kawalan navigasi dan combat.
- Dalam navigasi, Alex mempunyai abiliti wall running(Shift), membolehkannya berlari sepanjang dinding dan permukaan bangunan. Abiliti long jumping (Space) juga dimilki oleh Alex. Lebih lama tempoh charge(hold Space), lebih jauh dan tinggi lompatan dilakukan. Selain itu, gliding (Space+ in air + Shift) membolehkan Alex terbang sejauh mungkin. Alex juga mempunyai kelajuan pecutan (Shift) yang tinggi sehingga meninggalkan kesan pada permukaan jalan yang dilaluinya.
- Alex tidak akan terbunuh jika terjatuh atau mendarat walau setinggi manapun bangunan tersebut. Terjatuh atau mendarat daripada kedudukan yang tinggi akan meninggalkan kesan rekahan yang besar pada permukaan tempat pendaratan tersebut malah impak yang terhasil menyebabkan sesiapa yang berdekatan akan melambung.
- Penjelajahan ke seluruh bandar Manhattan akan menarik perhatian ramai terutamanya tentera, Blackwatch dan Hunter. Disguise (F1 atau R) amat membantu untuk memastikan imejnya tidak terbongkar dan kurang menarik tumpuan. Menyamar sebagai tentera merupakan penyamaran terbaik sehingga membolehkan Alex memasuki pengkalan tentera. Tahap efektif penyamaran dipaparkan pada Disguise Meter yang dipaparkan bersebelahan Mini Map. Meter tersebut mempunyai shutter di bawahnya. Apabila shutter tersebut dalam keadaan tertutup penyamaran Alex adalah selamat. Apabila terbuka, ia menunjukkan gerak geri Alex mendapat tumpuan. Setiap tindak tanduk negatif yang menonjolkan imej sebenar Alex akan meningkatkan meter tersebut. Penyamaran Alex akan terbongkar apabila meter tersebut penuh dan menukarkan Disguise Meter kepada warna merah. Ia menyebabkan tentera akan terus menyerang Alex. Alex perlu lenyap daripada pandangan musuh supaya meter tersebut kembali menurun dan memulakan penyamarannya semula.
- Consume (E + MB2) merupakan antara abiliti penting yang dimiliki oleh Alex. Consume merupakan tindakan Alex menyerap manusia atau undead. Ia membantu Alex mendapatkan semula memorinya yang hilang daripada sasaran tertentu, menyerupai rupa bentuk tubuh dan wajah orang yang diserap selain kebolehan yang dimilki dan meningkatkan health selain memperoleh Evolution Point (EP)
- EP berguna untuk meningkatkan kebolehan dan abiliti Alex dalam combat dan navigasi. Setiap upgrade tersebut perlu dibeli menggunakan EP tersebut. EP diperolehi dengan membunuh musuh, memusnahkan atau melepaskan diri daripada Strike Team dan menyelesaikan misi dan objektif.
- Dalam combat, abiliti dan kuasa Alex terbahagi kepada 3, serangan, pertahanan dan penglihatan.
- Dalam setiap serangan, Alex boleh memilih untuk menggunakan BLADE (F7 atau R), CLAWS, (F3 atau R) WHIPFIST (F6 atau R), MUSCLEMASS (F5 atau R) dan HAMMERFISTS (F4 atau R). Setiap serangan menggunakan kuasa-kuasa tersebut boleh dipelbagaikan menggunakan combo menerusi Attack (MB1) dan Special (MB2).
- Serangan terkuat Alex adalah Devastators, memerlukan Alex berada dalam keadaan Critical Mass. Critical Mass dicapai apabila Alex mempunyai lebihan simpanan biomass yang diperolehi daripada aktiviti consume. Ia dipaparkan pada health bar, di mana bar biru (Critical Mass) menaik melitupi bar merah (health). Selain itu, Critical Mass juga dicapai apabila Alex hampir terbunuh di mana bar merah terus kosong dan diganti dengan sedikit bar biru untuk serangan Devastator.
- Alex juga memiliki beberapa abiliti penglihatan iaitu Thermal dan Infected Vision. Thermal Vision membolehkan Alex melihat musuh menerusi asap tebal dan halangan lain. Infected vision membolehkan Alex mengecam Infected. Namun begitu, penggunaan Infected Vison terlalu lama akan mengurangkan health Alex.
- Kuasa serangan dan pertahanan Alex boleh digabung dalam satu masa.
- Targeting (Tab) amat berguna terutama dalam boss fight untuk memastikan sasaran sentiasa dalam pandangan Alex. Selain itu, ia juga berguna apabila digabungkan dengan lontaran objek, penggunaan senjata api dan serangan udara.
- Sistem health dipaparkan pada bar merah melintang pada skrin. Apabila menerima damage, health akan berkurangan. Alex perlu mengelak damage untuk sementara bagi memulihkan kembali sebahagian healthnya. Aktiviti consume juga mampu memulihkan health Alex bergantung kepada jumlah manusia atau Infected yang diconsume.
- Tiada fungsi Quick Save disediakan dalam permainan. Sebaliknya, hanya sistem checkpoint digunakan. Checkpoint yang telah dilepasi juga tidak dapat disave.
Action - 4
- Pelbagai objektif perlu diselesaikan oleh Alex dalam menyiasat apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya dan Manhattan. Antaranya menyelamatkan Elizabeth Greene dari GENtek fasiliti, mengumpul genetik Hunter, membunuh dan consume Leader Hunter, menyelamatkan Dana, memusnahkan Bloodtox Blowers, membunuh Elizabeth Greene, memusnahkan fasiliti penghasilan Bloodtox, membunuh Supreme Hunter dan menghalang pelancaran bom nuklear untuk memusnahkan Manhattan.
- Selain itu, banyak lagi misi sampingan disediakan sepanjang permainan. Misi-misi tersebut terbahagi kepada beberapa jenis antaranya consume events, movement, glide, kills dan wars.
- Berbagai-bagai pilihan senjata api dan kenderaan untuk digunakan sepanjang permainan bagi menghadapi musuh atau pengangkutan antaranya, kereta kebal dan helikopter. Dalam penyamaran sebagai militari, penggunaan pelancar roket amat membantu bagi menghadapi musuh.
- Aksi combat Alex sangat menarik dan mengagumkan. Kuasa dan abiliti yang dimiliki mampu membunuh musuh dengan cara yang paling kejam dan mudah.
- Musuh yang perlu dihadapi oleh Alex terbahagi kepada 2 iaitu Militari dan Infected. Militari diperkuatkan dengan senjata api dan artileri berat selain helikopter dan kereta kebal. Apabila menghadapi tentera, mereka seringkali meminta bantuan infantri daripada Strike Team, sekumpulan helikopeter dengan pengesan UAV yang akan bertindak mengejar dan memusnahkan Alex. Kejar-mengejar melibatkan Strike Team seringkali memberi tekanan disebabkan serangan roket bertubi-tubi mereka (sebelum mendapat abiliti untuk hijack helikopter). Alex turut menghadapi ancaman daripada Supersoldier yang memiliki tenaga dan kekuatan yang amat kuat dengan ketahanan yang tinggi. Mereka juga mapu mengesan Alex walaupun dalam penyamaran.
- Ancaman terbesar yang kerap diterima Alex daripada Infected adalah Hunter. Hunter sangat agresif dan mempunyai lontaran yang kuat serta mempunyai daya lompatan yang tinggi seperti Alex. Mereka juga mempunyai ketahanan yang tinggi. Huter boleh diconsume apabila ia berada dalam keadaan pening akibat serangan Alex. Hunter yang lebih kuat adalah Leader Hunter, lebih agresif dan kuat sera lebih sukar dibunuh. Boss fight pula melibatkan Supreme Hunter, memiliki kuasa seperti Alex dan daya pemulihan yang agak lambat. Mereka sangat sukar untuk dibunuh disebabkan daya ketahanan yang amat tinggi. Alex perlu menghadapinya 2 kali sepanjang permainan.
Beautiful World and Detail - 4
Landscape 4.5, Karekter 4, Weapon 3.5, Kostum 3.7, Objects 4, Babes 2.5, Creatures 3.5
You Live in it - 3.7
- Jalan cerita yang menarik
- Pergerakan Alex yang menarik dan semulajadi
- Character development yang sangat baik dan terperinci merangkumi kuasa, abiliti dan combat
- Binaan Kota Manhattan yang realistik dan cantik.
- Keperincian grafik merangkumi karekter dan environment yang cantik
- Efek bayang-bayang yang realistik
- Open world yang sangat luas untuk diterokai
- Efek darah dan gore yang sangat baik, menarik dan realistik
- Suasana Manhattan yang sangat hidup dengan orang ramai melakukan aktiviti masing-masing. Persekitaran yang dipenuhi Infected juga sangat hidup.
- Perubahan waktu siang dan malam.
- Karekter orang awam dan tentera yang sama agak membosankan permainan
- Di suatu kawasan, suasana panik akibat serangan Infected mengakibatkan huru-hara. Namun begitu, bergerak ke hadapan lebih kurang 200 m suasana kembali terkawal dengan orang awam melakukan aktiviti masing-masing. Ini agak mengurangkan realistik permainan ini.
- Dalam gameplay, tiada akses untuk memasuki mana-mana bangunan atau memandu kenderaan seperti kereta ataupun lori.
- Terlalu banyak combo untuk dihafal agak menyukarkan kelancaran permainan.
Overall - 4
Padat dengan aksi combo dan shapeshifting yang menarik dan mengagumkan. Kebebasan meneroka Manhattan dengan keperincian dan dan kecantikan grafik yang amat baik, Protoype menawarkan permainan yang sangat mengagumkan dan tidak membosankan. Selain daripada misi utama terdapat banyak lagi side mission untuk diselesaikan oleh pemain, menjanjikan kepuasan sepanjang permainan. Action adventure yang wajib dimain.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
Prototype Screenshots
Blade ability
Claws ability
Hammerfist ability
Whipfist ability
Armour shapeshifting
Infection vision ability
Wall running
Gliding
Stealth Consume
Sabotaging viral detector
Hijacking
Flying the helicopter
Driving the tank
Destroyed hive
Evolution points
In-game Actions
Alex Mercer in HD
Other characters
Cross
Dana Mercer
Karen Parker
Elizabeth Greene
Enemies
Hunter
Supreme Hunter
Elizabeth Greene
Infected
Blackwatch
In-game HD
Prototype Screenshots
Blade ability
Claws ability
Hammerfist ability
Whipfist ability
Armour shapeshifting
Infection vision ability
Wall running
Gliding
Stealth Consume
Sabotaging viral detector
Hijacking
Flying the helicopter
Driving the tank
Destroyed hive
Evolution points
In-game Actions
Alex Mercer in HD
Other characters
Cross
Dana Mercer
Karen Parker
Elizabeth Greene
Enemies
Hunter
Supreme Hunter
Elizabeth Greene
Infected
Blackwatch
In-game HD