Pages

Thursday, March 4, 2010

James Cameron's Avatar : The Game - Review

Game - James Cameron's Avatar : The Game
Publisher - Ubisoft
Developer - Ubisoft Montreal
Engine - Dunia
Platform - PC, 360, PS3, Wii, PSP
Released Date - 01 December 2009

Envy Review for PC
Gameplay - 2.5
  • Memaparkan perspektif third person
  • Pemain memulakan permainan dengan membawa watak Able Ryder, seorang tentera marin daripada RDA. Pada satu ketika, pemain akan diberi pilihan sama ada untuk kekal bersama RDA atau menyertai Na'vi bagi mempertahankan Pandora. Untuk review ini, pemain kekal bersama RDA.
  • Ryder sentiasa berlari sepanjang permainan dengan beberapa pergerakan tambahan seperti melompat (SPACE) dan dodge (LEFT SHIFT).
  • Tracker (TAB) memaparkan peta untuk rujukan Ryder, objektif semasa dan sector challenges. Peta bukan sahaja memaparkan kedudukan semasa Ryder dan laluan yang boleh digunakan malah menunjukkan kedudukan kenderaan, GMI, A-Pod, travel agent, zon objektif dan objektif
  • Ryder memiliki pengimbas (MB3) yang membolehkan setiap personel, hidupan, objek dan persekitaran Pandora dianalisa dan memberikan maklumat mengenai hidupan tersebut. Setiap maklumat yang diperolehi daripada imbasan tersebut boleh diperolehi daripada akses Pandorapedia di dalam menu.
  • GMI merupakan mesin teleport yang membolehkan Ryder dipindahkan dengan segera ke suatu tempat lain yang terdapat GMI yang telah diaktifkan.
  • Dalam combat, Ryder dilengkapi 3 slot senjata api yang boleh dilengkapkan sama ada assault rifle, machine gun, shotgun, standard issue rifle, grenade launcher, nail gun dan flamethrower. Setiap senjata di dalam slot tersebut boleh diganti dengan yang lain mengikut kesesuaian situasi dan combat. Selain itu, Ryder juga memiliki double wielded pistols yang dimiliki secara kekal dengan kapasiti peluru yang infiniti dan amat diperlukan apabila senjata utama kehabisan peluru.
  • Amuniti senjata perlu diisi semula di A-POD tanpa sebarang had
  • Kehadiran musuh boleh diketahui melalui paparan merah di sekeliling mini map
  • Kelebihan turut diperolehi oleh Ryder dengan tersedianya AMP Suit. Ia mampu bertindak sebagai shield dan mempunyai kapasiti amuniti senjata yang tinggi.
  • Selain itu, Ryder juga turut memiliki skills yang merupakan keistimewaan kepadanya terutama bagi tujuan combat yang efektif. Antara skills tersebut adalah tactical strike, ultrasonic repulsor, genetic regenerator, berserk, zeta field dan chromatic blend. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa had. Namun begitu, setiap kali penggunaannya perlukan sedikit masa sebelum dapat digunakan semula. Seperti slot senjata juga, skill boleh ditukar mengikut kesesuaian situasi.
  • XP diperolehi apabila Ryder membunuh musuh, memusnahkan hidupan dan tumbuhan tertentu, menyelesaikan objektif dan mengutip sampel sel. XP meter yang telah dipenuhi akan memberikan upgrade kepada kelengkapan senjata, skill dan armor Ryder.
  • Avatar turut menyediakan pelbagai kenderaan merangkumi darat dan udara. Setiap kenderaan turut dilengkapi dengan sokongan artileri dan senjata bagi menghadapi musuh. Namun begitu, penggunaannya dalam combat agak sukar kerana tidak mempunyai bantuan crosshair atau pelarasan turret
  • Health dipaparkan pada health bar menegak berwarna biru di sebelah kiri skrin. Sisi health bar tersebut adalah cell sample meter yang berfungsi sebagai indikator kepada jumlah sampel sel yang telah dikumpul. 10 sampel sel yang berjaya dikumpul akan memberikan memberikan 1 abiliti recovery kepada Ryder. Recovery berfungsi memulihkan sepenuhnya health apabila hampir terbunuh. Jika Ryder terbunuh tanpa memiliki sebarang recovery, permainan akan dimulakan semula daripada checkpoint terakhir.
Action - 3.5
  • Pemain membawakan watak Able Ryder, seorang tentera marin dari RDA
  • Kebanyakkan objektif yang perlu diselesaikan oleh Ryder adalah melibatkan pengumpulan kristal shards untuk mendapatkan harmonic daripada Willow Of Tree dan melemahkan serangan Na'vi dengan menghapuskan Na'vi individu penting di kalangan mereka
  • Selain daripada menyelesaikan misi utama, sector challenge turut meberi cabaran kepada Ryder. Sector Challenge yang diselesaikan akan menganugerahkan XP. Antara cabaran sector challenge adalah Lift The Fog yang memerlukan Ryder mendedahkan keseluruhan map yang dilitupi kabus, mengaktifkan GMI dan A-Pod atau membunuh Hammerhead
  • Avatar melibatkan lokasi di Planet Pandora yang dihuni oleh pelbagai jenis hidupan daripada pelbagai spesis flora dan fauna. Hidupan tersebut unik dan sebahagiannya memberi ancaman kepada Ryder. Antara lokasi yang terlibat di Pandora adalah Hell's Gate, Blue Lagoon, Needle Hills, FEBA, Grave's Bog, The Hanging Gardens, Lost Cathedral, Plains Of Goliath dan Tantalus
  • Ancaman utama Ryder adalah Na'vi, pahlawan yang mempertahankan keamanan Pandora. Na'vi juga mempunyai lapisan peringkat mereka sendiri seperti Elite Bodyguard, Hunter, The Lookout, Rider, Saboteur, Feral Na'vi dan Warrior
  • Avatar juga turut melibatkan beberapa Na'vi dalam boss fight seperti Beyda'amo, Tan Jala, Swaste dan Hukato . Ada juga boss fight yang melibatkan anggota RDA seperti Harper dan avatarnya, Epstein dan avatarnya, serta Commander Falco
  • Selain ancaman Na'vi, beberapa jenis hidupan liar di Pandora juga turut berbahaya seperti Banshee, Viperwolf, Hammerhead, Sturmbeest dan Thanator. Sesetengah tumbuhan seperti Cillaphant, Baby Stem, Chalice Plant, Mine Pod dan Scorpion Thistle juga turut memberi ancaman kepada Ryder
  • Pelbagai senjata disediakan dalam Avatar merangkumi assault rifle, grenade launcher, nail gun dan flamethrower. Antara senjata yang berkesan untuk digunakan adalah assault rifle dan LMG, namun begitu penggunaannya agak terhad disebabkan kehabisan peluru. Grenade launcher juga amat berkesan terutama untuk combat jarak jauh atau menghadapi sekumpulan musuh yang ramai. Nail gun juga amat berguna untuk sasaran musuh jarak jauh. Di sesetengah tempat khususnya kem atau stesen RDA, Ryder juga boleh menggunakan beberapa artileri sokongan yang disediakan seperti CARB Gun dan automatic turret
  • Pelbagai kenderaan disediakan untuk laluan darat udara mahu pun air. Sebahagian kenderaan tersebut dilengkapi dengan sokongan artileri dan senjata bagi menghadapi musuh. Antaranya adalah Mark-IV Gator, AT-99 Scorpion, Swan, C-21 Dragon, SA-2 Samson, Buggy dan ATV
Beautiful World and Detail - 4

Landscape - 4.5, Character - 3.7, Costume - 4.5, Weapon - 4, Object - 3.5, Creatures - 4, Babes - 2.5

You Live in it - 3
  • Grafik yang cantik
  • Environment Pandora yang sangat cantik dan mengagumkan.
  • Kitaran waktu siang dan malam. Waktu malam di Pandora amat cantik dengan setiap tumbuhan menghasilkan sinar cahaya yang amat mengagumkan dan menarik
  • Skills yang dimiliki amat menarik dan membantu dalam setiap combat yang dihadapi
  • Kepelbagaian makhluk dan hidupan yang unik
  • Efek bunyi tembakan yang agak baik
  • Efek api dan letupan yang sangat baik dan realistik
  • Dialog dan voice acting yang menarik dan kelakar
  • Permainan menjadi kurang menarik apabila setiap makhluk yang terbunuh akan lesap dengan segera.
  • Aksi dan mekanisma combat dalam Avatar : The Game kurang menarik dan kurang lancar. Antara faktornya adalah tindak balas musuh terutamanya Na'vi Warrior terhadap setiap serangan musuh langsung tiada respon sebaliknya ia menyasarkan serangan kepada lawan yang tidak sepatutnya. Malah Ryder mampu membunuh mereka tanpa sebarang ancaman atau serangan. Selain itu, tiada sebarang damage ke atas team mate yang terkena tembakan atau letupan. Pendekatan combat dalam Avatar juga menyebabkan Ryder sering kali melakukan tembakan membuta tuli dan membazirkan peluru disebabkan crosshair yang kurang baik dan ketiadaan iron sight atau zoom. Pemain juga tidak memiliki sebarang serangan melee.
  • Cutscene yang sangat ringkas kurang menarik
  • Paparan loading ketika teleport sangat tidak menarik
  • Spawn musuh di merata tempat malah tiba-tiba sahaja muncul tanpa dapat dilihat arah kedatangannya.
  • Hit detection dari jarak yang agak jauh sangat lemah menyebabkan combat dari jarak jauh tidak boleh digunakan.
  • Ketahanan AMP Suit yang sangat lemah
  • Kawalan kenderaan di udara agak sukar terutama dalam combat
Overall - 3

Berada di pihak RDA, permainan agak menarik dengan kelengkapan dan teknologi peperangan yang canggih. Ditambah dengan kecantikan, keluasan dan keunikan dunia Pandora serta hidupannya, permainan yang ditawarkan tidak langsung membosankan. Avatar akan menjadi lebih baik dan menyeronokkan jika mekanisma combat dihasilkan dengan lebih efektif seperti abiliti cover dan melee serta pendekatan stealthy.
1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect
James Cameron's Avatar : The Game Screenshots

Ryder in my favorite armor suit, Militum

Ryder's avatar

Officer Kendra Midori

Chromatic Blending

RDA? Na'vi?

Another chance

Travel interface
In-Game Combat














In-Game Action









World and Environment










No comments:

Post a Comment