Pages

Sunday, March 6, 2011

Darksiders - Review

Game - Darksiders
Publisher - THQ
Developer - Vigil Games
Platform - PC
Released Date - 23 September 2010

Envy Review for PC

Gameplay - 3.5

  • Paparan perspektif third person
  • Karekter utama yang dipegang oleh pemain adalah War, salah seorang anggota Four Horsemen Of The Apocalypse
  • Permainan Darksiders terbahagi kepada 3 mode iaitu eksplorasi, puzzle dan combat
  • Dalam eksplorasi, War memiliki abiliti untuk berenang, gliding dan double jump
  • Menyusuri permainan, War akan mendapatkan semula senjata dan abiliti istimewa miliknya yang telah dirampas.
  • Senjata yang dikumpul oleh War diakses daripada INVENTORY (I) yang turut menyediakan maklumat lain seperti enhancement dan abiliti. Selain Chaoseater yang sentiasa bersama War, mana-mana 2 senjata untuk dilengkapkan dalam QUICK WEAPON SLOT untuk digunakan semasa combat. Antara senjata tersebut adalah SCYTHE, CROSSBLADE dan MERCY
  • Setiap senjata mempunyai combo tersendiri untuk dipraktikan selain beberapa abiliti combat lain seperti BLOCKING dan COUNTER ATTACK (L-ALT). CROSSBLADE dan beberapa elemen environment khususnya kereta boleh digunakan sebagai senjata projektil menerusi abiliti THROW yang dimiliki. Untuk lontaran yang lebih tepat CROSSHAIR (Q) perlu diaktifkan dan dilancarkan menggunakan (F)
  • Di samping itu, abiliti WRATH juga agak berfungsi dalam combat untuk menghasilkan damage yang lebih besar dan berkesan ke atas musuh. WRATH bergantung kepada wrath meter yang dipaparkan di bawak health meter. Untuk mengisi semula wrath meter yang telah digunakan orb berwarna kuning perlu dikumpul sama ada dengan membunuh musuh atau daripada orb crate.
  • CHAOS FORM (V) pula amat berguna dalam combat terutama apabila menghadapi musuh bersaiz besar atau dalam jumlah yang terlalu ramai. Seperti WRATH, CHAOS FORM turut bergantung chaos meter yang dikumpul setiap kali War menyerang musuh menggunakan Chaoseater.
  • Lazimnya apabila musuh hampir terbunuh, satu paparan ikon dapat dilihat pada bahagian atas kepala musuh dan membolehkan War melancarkan finishing yang mampu membunuh musuh dengan segera
  • Untuk tujuan upgrade atau membeli senjata baru, soul dikumpul oleh War dalam bentuk orb berwarna biru
  • Health dipaparkan pada health meter berwarna hijau. Setiap health meter yang telah habis akibat damage akan diisi semula secara automatik menggunakan lifestone. Ia bergantung jumlah lifestone yang dimiliki oleh War. Health meter dipulihkan semula menggunakan health orb berwarna hijau.

Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape - 4, Costume - 4.7, Weapons - 4, Babes - 2, Creatures - 4.5


You Live in it - 4
  • Environment kemusnahan New York yang menarik dan realistik. Begitu juga environment underworld
  • Pergerakan combat dan combo yang realistik walaupun agak kurang variasi
  • Variasi senjata dan musuh
  • Puzzle yang menarik dan mencabar untuk diselesaikan. Puzzle pula tidak terlalu sukar untuk diselesaikan
  • Terlalu banyak capaian butang untuk combo yang perlu dihafal membuatkan combat kadang kala tidak menjadi
Overall - 4

Darksiders menampilkan permainan action adventure yang sangat menarik merangkumi combat dan puzzle yang disediakan. Variasi abiliti dan teknik combat yang dimiliki membuatkan setiap kali bertemu musuh tidak akan bosan sama sekali. Open world yang luas juga memberikan permainan bebas dan memuaskan. Bagi peminat God Of War dan action adventure, Darksiders merupakan permainan video yang perlu dicuba

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Darksiders Screenshots
















No comments:

Post a Comment