Pages

Sunday, October 31, 2010

Medal Of Honor - Story Review


Game - Medal Of Honor
Publisher - Electronic Arts
Developer - EA Los Angeles
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 12 October 2010

EnvyReview for PC
Difficulty - Hard
Gameplay -4.5
  • Paparan perspektif first person
  • Pemain berpeluang memainkan watak tiga individu yang mempunyai latar belakang berbeza. Watak tersebut bergantung kepada level yang dilalui. Ketiga-tiga watak tersebut adalah Rabbit (Navy SEAL), Deuce (Army Special Forces) dan Dante (Army Ranger). Terdapat juga watak kecil yang hanya dimainkan dalam satu level iaitu Hawk, co-pilot Helikopter AH-64 Apache
  • Medal Of Honor berlatarkan Afghanistan dengan melibatkan beberapa lokasi utama seperti Gardez, Bagram, Shahikot Valley dan Takur Ghar
  • Dalam combat, pemain dilengkapi 2 slot senjata dan 1 slot senjata khas untuk pistol. Pemain boleh menukar senjata yang digunakan dengan yang di dalam inventori menggunakan (scroll MB3). Senjata yang dimiliki boleh ditukar dengan mengutip senjata lain (hold F) yang dijumpai semasa eksplorasi atau daripada musuh yang terbunuh.
  • Sesetengah senjata turut dilengkapi dengan attachment seperti scope, red dot sight, silencer dan grenade launcher. Sesetengah fungsi attachment perlu diaktifkan untuk menggunakan grenade launcher
  • Medal Of Honor menampilkan variasi senjata moden. Antaranya adalah M4, M14, AK-47 (assault rifle), MP7-A1 (submachinegun), Barretta M82, M110 SASS, SVD Dargunov (sniper rifle), Remmington Model 870 (shotgun), M249 SAW, PKM (LMG) dan RPG (rocket launcher)
  • Bergantung kepada level, Marlowe juga memiliki beberapa sokongan ketenteraan seperti A-10 Thunderbolt II dilengkapi GAU-8 strafing gun, AC-130 dilengkapi M120 howitzer dan F-15E Strike Eagle
  • Dalam satu level, pemain dapat menggunakan sistem artileri daripada helikopter AH-64 Apache yang dilengkapi 30 mm cannon, Hydra rocket dan misil Hellfire
  • Beberapa tempat atau kenderaan menyediakan stesen machine gun
  • Abiliti melee (MB3) amat membantu semasa close combat
  • Bantuan crosshair diberi bagi membantu pemain memastikan ketepatan tembakan. Crosshair yang dinamik menyebabkannya melebar jika pemain sedang bergerak atau berlari mengakibatkan sasaran tembakan kurang tepat. Ia juga dinyahaktifkan apabila sprint. Untuk tembakan yang lebih tepat, IRONSIGHT atau SCOPE (hold MB2) amat diperlukan terutama untuk headshot yang mampu membunuh musuh dengan segera. Setiap headsot akan memaparkan ikon
  • Abiliti STEADY (MB2 + Shift) diperlukan dalam menggunakan Sniper rifle untuk mengurangkan goyangan rifle tersebut supaya lebih stabil untuk memastikan ketepatan tembakan terutamanya headshot.
  • Abiliti lean (Q / E) yang dimiliki membolehkan senjata dihendap keluar dari cover tanpa mendedahkan badan
  • Beberapa jenis grenade dan explosive turut disediakan seperti M-67 frag grenade dan C4. Grenade (G) boleh dicharge (Hold G) untuk untuk memastikannya meletup sebaik dilontar ke arah musuh
  • Grenade Indicator perlu diberi perhatian oleh pemain untuk memastikan jarak yang selamat daripada grenade tersebut. Terlalu hampir dengan letupan grenade akan menyebabkan pemain terbunuh.
  • Abiliti SPRINT (Shift) bukan sahaja membolehkan pemain bergerak ke tempat lain dengan lebih pantas, tetapi juga amat berguna untuk diaplikasikan dalam combat terutama untuk retreat, berpindah cover dan mengelak damage yang besar daripada tembakan musuh. SPRINT hanya boleh dilakukan dalam jarak tertentu sahaja sebelum mengalami keletihan.
  • SLIDE (Shift + C) amat membantu untuk memasuki cover dengan lebih pantas
  • Pemain berkesempatan menunggang ATV dalam Medal Of Honor
  • Damage dipaparkan melalui warna merah yang terhasil pada skrin, menunjukkan tahap kritikal damage tersebut. Semakin besar damage, semakin terang warna merah tersebut mengaburi skrin. Apabila ini berlaku, langkah terbaik adalah berlindung untuk mengelak serangan seterusnya sehingga paparan skrin kembali normal menandakan keadaan pemain kembali pulih.

Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape 4.7, Character 4.7, Costume 4.7, Weapon 4.7, Object 4.9


You Live in it - 4.5
  • Jalan cerita yang menarik
  • Kesinambungan cerita dan aksi antara gameplay dan cutscene yang sangat menarik
  • Grafik yang cantik dengan keperincian karekter, senjata dan environment yang sangat baik dan mengagumkan
  • World yang luas walaupun permainan secara linear memberikan kebebasan dan kepuasan kepada pemain.
  • Afghanistan kelihatan realistik dengan persekitaran gurun serta kawasan gersang yang terperinci dan semulajadi
  • Penggunaan senjata yang mudah dan amat selesa.
  • Misi melibatkan pelbagai waktu seperti siang dan malam
  • Efek darah dan gore yang sangat baik dan realistik. Damage yang besar bukan sahaja menghasilkan percikan darah yang ngeri malah mampu memisahkan anggota badan musuh serta menghancurkan kepada melalui headshot
  • Reflek damage yang sangat baik. Setiap musuh yang terkena tembakan akan bertindak balas bergantung kepada kritikal damage yang diterima.
  • Voice acting yang sangat baik menghidupkan jalan cerita
  • Ketiadaan fungsi weapon upgrade atau character customization agak membosankan dan mengurangkan variasi permainan
  • Mayat hilang selepas beberapa ketika agak mengecewakan
  • Invisible wall agak banyak dalam permainan

Overall
- 4.5

Medal Of Honor antara terawal dihasilkan dengan menampilkan perang moden berlatarkan Afghanistan. Kesinambungan aksi dan combat digarap dengan amat baik untuk menghidupkan suasana ketegangan melibatkan USA dan Taliban. Rupa bumi Afghanistan juga dihasilkan dengan sangat baik dan realistik. Paling mencuri tumpuan adalah tahap gore dan efek darah yang dihasilkan dalam permainan ini yang amat menakjubkan dengan kepala yang hancur serta serta anggota badan musuh yang melayang akibat damage daripada senjata kaliber besar.Namun begitu, gameplay yang ditawarkan agak tipikal dengan kebanyakan permainan. Modern FPS yang wajib dimainkan.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Medal Of Honor Screenshots


In-Game Combat














AH-64 Apache Gameplay







In-Game Action













World And Environment









No comments:

Post a Comment