Pages

Monday, August 30, 2010

Sniper : Ghost Warrior - Story Mode Review



Game - Sniper : Ghost Warrior
Publisher -City Interactive
Developer - City Interactive
Engine - Chrome 4
Platform - PC, 360
Release Date - 29 June 2010

Envy Review for PC
Difficulty - Medium

Gameplay - 3.5
  • Paparan perspektif first person
  • Melibatkan kawalan tipikal seperti kebanyakkan FPS yang lain
  • Pemain perlu memainkan tiga karekter yang berbeza mengikut level tertentu. Karekter pertama adalah Sgt. Tyler Wells, seorang penembak tepat daripada unit Razor Six Four untuk (long range dan stealth), karekter ke-2 pula adalah Pvt. Anderson, operator daripada unit Delta Three (assault combat). Satu lagi karekter adalah El Trejon, seorang pemberontak tempatan yang bertindak membantu Wells.
  • Bermain dalam medium difficulty, satu indikator turut dipaparkan di dalam scope menunjukkan sasaran sebenar tembakan
  • Untuk rujukan pemain, beberapa paparan HUD sangat membantu seperti wind meter - berfungsi menunjukkan arah tiupan angin semasa, heartbeat monitor - memudahkan pemantauan heart rate agar dalam keadaan normal supaya lebih tenang dan memudahkan bidikan sasaran disebabkan kurang goyangan dan heat meter - menunjukkan tahap visibility karekter kepada musuh
  • Heat meter yang penuh akan mengakibatkan musuh mula menembak dan menyerang pemain selain memberi amaran kepada rakan lain mengenai kehadiran penceroboh. Untuk mengelak ini berlaku, pemain perlu segera bersembunyi sebaik melihat heat meter mula meningkat. Jika berjaya, meter tersebut akan mula menurun. Sebaiknya pemain mula mencari posisi baru selepas itu
  • Mini map berupa imej satelit turut dipaparkan, menunujukkan kedudukan semasa pemain, lokasi objektif serta kedudukan musuh yang telah dikesan pemain
  • Dalam combat, pemain boleh membawa 2 senjata pada satu masa termasuk frag grenade dan throwing knife. Variasi senjata disediakan, antaranya adalah H&K USP pistol dengan silencer (pistol), Stoner SR-25, Accuracy International AS50, H & K MSG-90, SVD Dragunov (sniper rifle) dan MD-97, AKS-74 (assault rifle)
  • Menggunakan sniper rifle , pemain memiliki kelebihan yang amat ketara untuk range combat dengan attachment scope yang disertakan. Scope mode diaktifkan mengunakan (RMB) dengan fungsi ZOOM (Mouse Wheel). Pengecaman karekter juga boleh dilakukan berdasarkan warna yang terpantul daripada badan sasaran. Pantulan warna merah menunjukkan karekter tersebut adalah musuh.
  • Antara abiliti yang ditampilkan adalah FOCUS (Shift), membolehkan pemain memperlahankan pergerakan musuh dalam scope mode.
  • Setiap tembakan yang baik dan sempurna akan menghasilkan bullet cam mode menunjukkan peluru daripada tembakan tersebut meluncur dari muncung rifle ke arah sasaran dituruti dengan impak tembakan tersebut ke atas sasaran.
  • Selain pendekatan stealthy yang menjadi elemen utama permainan video ini, pendekatan assault dan open combat juga turut digunakan melalui karekter Pvt. Andersson dan El Trejon.
  • Health meter dengan paparan bar serta peratus dipaparkan menunjukkan tahap health pemain. Sebaik menerima damage, meter tersebut dipulihkan sebahagian menggunakan syringe yang dimiliki oleh pemain
  • Dipenghujung setiap level, satu ringkasan pencapaian dipaparkan memaparkan tempoh permainan level, peratus ketepatan tembakan, serta jumlah headshot dan musuh yang dibunuh.

Secret intel


Swimming



Marking target for Sgt. Wells


Rapelling


Bullet Cam Mode


Beautiful World and Detail - 4.5

Landscape - 4.5, Character - 3.7, Costume - 4, Weapon - 4, Object - 4


You Live in it - 3
  • Grafik yang cantik dan terperinci menghasilkan environment hutan yang hidup dan realistik
  • Misi merangkumi waktu siang dan malam
  • Efek darah yang baik dan realistik
  • Penggunaan senjata yang agak mudah dan selesa membolehkan sasaran yang baik.
  • Efek bunyi tembakan yang baik
  • Bermain dalam medium difficulty membuatkan penulis berasa seperti penembak tepat elit disebabkan setiap tembakan yang tepat, rata-ratanya headshot
  • Walaupun indikator sasaran tembakan sebenar dipaparkan dalam medium, tetapi permainan masih lagi mencabar dengan goyangan senjata serta tiupan angin. Cabaran tersebut menjadikan medium setting tetap berbaloi walaupun terdapat sedikit bantuan
  • Invisible wall menghalang kepuasan eksplorasi dan untuk merencana taktikal
  • Mekanikal stealth agak lemah di mana musuh sering menyedari kehadiran pemain walaupun dari jarak yang agak jauh. Tembakan musuh yang sangat tepat walaupun dari jarak jauh juga sangat tidak realistik dan amat memberi tekanan. Malah apabila pemain berada di atas menara yang tinggi juga tidak selamat daripada tembakan musuh yang sangat tepat
  • Beberapa pergerakan tidak realistik. Antaranya adalah ketika menaiki tangga di mana tangan kerekter masih lagi memegang rifle
  • Rupa musuh yang sama kebanyakkannya agak membosankan
  • Assault combat agak sukar dan membosankan dengan abiliti cover yang lemah serta permainan yang sangat tipikal

Overall - 3

Permainan penuh Sniper : Ghost Warrior ini memberi tanggapan berbeza kepada penulis jika dibandingkan dengan demonya. Mekanikal stealth yang lemah selain AI musuh yangat peka dan memiliki tembakan yang sangat tepat amat memberi tekanan serta mengurangkan kepuasan permainan. Grafik yang cantik serta realistik sedikit sebanyak menyelamatkan permainan ini daripada terus membosankan penulis. Bagi penulis, Sniper : Ghost Warrior masih agak jauh untuk menyaingi FPS hebat seperti Call Of Duty 4 : Modern Warfare mahupun Battlefield : Bad Company 2.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Sniper : Ghost Warrior Media

Story Mode Gameplay - Guardian Angel



Sniper : Ghost Warrior Screenshots


Sgt. Tyler Wells


In-game Action













Sniper Scope Mode




Bullet Cam Mode





Headshot







World And Environment










No comments:

Post a Comment