Pages

Saturday, August 21, 2010

Mafia II - Demo Impression



Game - Mafia II
Publisher - 2K Games
Developer - 2K Czech
Engine - The Illusion
Platform - PC, 360 PS3
Release Date - 24 August 2010

Envy Review for PC
Gameplay - 4.7
  • Paparan perspektif permainan adalah third person
  • Karekter utama dalam Mafia II ialah Vito Scaletta, seorang veteran Perang Dunia ke-2 dan juga imigran Sicily yang membesar di USA
  • Mafia II berlatarbelakangkan Kota Empire Bay sekitar tahun 50-an. Beberapa lokasi telah didedah kepada pemain dalam demo ini seperti Greenfield, Misery Lane dan Hunter Point. Nama setiap lokasi dinyatakan secara automatik apabila Vito memasukinya
  • Objektif utama dalam demo ini adalah membunuh Fat Man
  • Had masa 10 minit diterhadkan dalam permainan demo ini, hanya cukup untuk menamatkan keseluruhan demo ini tanpa eksplorasi meyeluruh
  • Berada di dalam open world yang luas di Empire Bay, pemain boleh bergerak ke tempat lain menggunakan kereta. Kereta boleh diperolehi sama ada dari garaj kereta di kediaman Vito atau mencurinya dari tempat parkir awam. Pemilihan kereta dari garaj akan turut memaparkan bilangan koleksi kereta dan maklumat terperinci kereta tersebut daripada kelajuan, harga, berat hinggalah tuning yang telah dilakukan. Kenderaan turut disediakan fungsi HORN (E), BRAKE (S), HAND BRAKE (Space), SPEED LIMIT (L) dan radio dengan pelbagai saluran seperti Empire Central, Antara kereta yang disediakan adalah Smith Custom 200, Smith Thunderbolt , Shubert Frigate dan Potomac Indian
  • Pemanduan kenderaan dalam Mafia II lebih realistik berbanding kebanyakan permainan video lain dengan penggunaan bahan api untuk menggerakkannya. Isian semula boleh dilakukan di stesn minyak yang disediakan.
  • Melalui akses peta di dalam menu utama, waypoint boleh ditandakan untuk menunjukkan laluan yang perlu diambil untuk elak daripada tersesat. Terdapat beberapa warna waypoint yang perlu diberi perhatian iaitu warna merah merujuk kepada laluan objektif manakala warna hijau pula merupakan waypoint ke arah dsetinasi yang ditetapkan sendiri oleh Vito. Waypoint objektif dipaparkan secara automatik
  • Beberapa interaksi (E) turut diperlukan dalam permainan. Lazimnya ia dilakukan melalui indikator yang dipaparkan pada skrin. Antaranya adalah mengangkat telefon, membuka peti sejuk, menghidupkan suis, membuka pintu, membeli makanan dan mengambil senjata
  • Dalam combat, pemain dibekalkan dengan dua slot senjata. Setiap senjata yang dijumpai boleh diambil menggantikan salah satu senjata yang berada dalam simpanan. Antara senjata yang terdapat dalam demo ini adalah M1911 semi automatic pistol, .38 Revolver, Thompson 1928 SMG, shotgun dan MG42 machine gun yang hanya boleh digunakan di stesennya sahaja
  • Penggunaan senjata akan memaparkan crosshair pada skrin untuk memudahkan sasaran tembakan. Sasaran yang mengenai musuh akan menukarkan warna crosshair tersebut kepada warna merah. Untuk tembakan yang lebih tepat, ZOOM (MB2) diperlukan terutama headshot yang mampu memberi critical damage ke atas musuh
  • Abiliti COVER (default C = MB3) yang dimiliki memberikan sistem pertahanan yang lebih baik. Untuk tembakan yang lebih tepat semasa dalam COVER, abiliti LEAN (MB2) membolehkan Vito menghendap keluar senjatanya.
  • Selain menggunakan senjata, hand to hand combat juga turut digunakan apabila menghadapi musuh tanpa senjata. Pelbagai variasi gerakan dapat dilakukan dalam hand to hand combat seperti LIGHT PUNCH (MB1), HARD PUNCH (MB2) dan dodging (hold SPACE)
  • Health dipaparkan pada bulatan yang mengelilingi minimap berwarna hijau. Apabila menerima damage yang teruk, makanan dan minuman dapat memulihkan sebahagian damage tersebut.
  • Sistem saving checkpoint digunakan dalam Mafia II. Jika terbunuh, Vito akan memulakan semula permainan daripada checkpoint terakhir
  • Sistem Wanted Level digunakan untuk menunjukkan tahap respon pihak berkuasa ke atas setiap kesalahan atau jenayah yang dilakukan Vito. Tahap wanted level yang diperolehi oleh Vito boleh diketahui menerusi ikon yang akan dipaparkan pada atas mini map bergantung kepada tahap jenayah yang dilakukan serta status dikehendaki oleh pihak polis. Semakin tinggi level, semakin tinggi tekanan yang diberikan oleh polis. Jika tembak menembak sudah dianggap jenayah berat, kesalahan seperti memandu pada kelajuan tinggi sahaja sudah mampu menarik perhatian polis
  • Setiap kali dikesan atau dikejar pihak berkuasa, heat meter berwarna biru akan menaik di sisi mini map serta mewujudkan kelipan biru dalam mini map. Untuk mengelak daripada terus diburu, Vito perlu melepaskan diri atau lari daripada polis yang mengejar sehinggalah heat meter tersebut menurun. Untuk menurunkan wanted level, beberapa cara boleh dilakukan seperti menukar pakaian atau mengubah suai kereta yang telah dicam oleh polis
  • Jika ditangkap, beberapa pilihan diberikan kepada Vito bergantung kepada tahap kesalahan atau jenayah yang dilakukan. Jika kesalahan ringan seperti memandu laju, kemungkinan hukuman yang dikenakan adalah denda manakala jika lebih serius seperti menyerang orang kemungkinan Vito akan ditahan. Untuk mengelak daripada hukuman tersebut, beberapa tindak balas boleh diambil seperti memberi rasuah, atau mengelak daripada ditahan sama ada melarikan diri atau membunuh polis tersebut
  • Tempat seperti butik pakaian, restoran, bar dan kedai senjata disediakan sebagai kemudahan bagi Vito membeli pakaian, makan, minuman, senjata dan bekalan senjata.
  • Di beberapa lokasi tertentu, terdapat majalah Playboy yang boleh mengunlock koleksi Playmate era itu untuk dikumpul oleh Vito. Untuk demo, terdapat 5 imej Playmate untuk dikumpulkan

Collecting random Playboy magazine

Map

Buying weapon and ammo at Gun Shop

Vito's wardrobe


Beautiful World and Detail - 4.7

Landscape - 4.9, Characters - 4.7, Costume - 4.7, Weapons - 4.5, Objects - 4.9, Babe - 4


Unlocked Playmate image


You Live in it
- 4.9
  • Latar belakang era 40-an yang baik dan realistik
  • Kebebasan eksplorasi di dalam Empire Bay sangat yang mengagumkan dan memuaskan
  • Pelbagai kenderaan merangkumi variasi model disediakan
  • Crowd yang hidup dan variasi dengan aktiviti masing-masing. Reaksi dan tindak balas mereka terhadap setiap tindak tanduk Vito juga realistik dan variasi. Sebahagiannya takut kepada Vito, ada yang memarahinya dan ada yang cuba membalas perbuatan kasar Vitoke atas mereka.
  • Pemanduan kenderaan sangat realistik dengan penglibatan pihak polis jika Vito melakukan kesalahan lalu lintas seperti memandu melebihi had laju atau melanggar kenderaan lain. Penggunaan bahan api juga turut memainkan faktor penting menghidupakan pemanduan
  • Kawalan combat dan kenderaan yang amat baik dan mudah.
  • Mayat yang kekal di kedudukannya
  • Efek darah yang sangat baik. Kesan darah turut terdapat pakaian Vito jika terkena damage yang agak besar dan kritikal
  • Kesan damage ke atas environment yang sangat realistik.
  • Efek letupan yang sangat baik dan realistik
  • In-engine cutscene menjadikan penghayatan permainan lebih menarik kerana setiap yang berlaku dalam permainan turut mempengaruhi cutscene
  • Voice acting yang baik dan menarik menghidupkan jalan cerita


Overall - 4.7

Antara pencabar GTA yang sangat baik. Kebebasan dan keluasan Empire Bay amat dirasai walaupun dalam demo ini lingkungan kawasan untuk eksplorasi agak terhad. Selain itu, bandar yang hidup menghidupkan permainan ini. Walaupun cuma demo, Mafia II sangat menarik untuk dimainkan berkali-kali tanpa jemu. Permainan video yang wajib dimainkan. Mafia II juga merupakan permainan video yang paling ditunggu oleh penulis sepanjang 2010.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Mafia II Demo Media

Mafia II Demo Gameplay


Mafia II Screenshots








No comments:

Post a Comment